Wednesday, October 31, 2012

Parking di MidVal adalah begitu dot dot dot…

Di kala tengahari yang suram…

Eherm, ramai gak yang g MidVal tengahari ni ye… Udah sepuluh kali pusing-pusing, tak dapat parking… Ada yang dah masuk dlm keta, tapi sibuk duk minum air mineral bergelen-gelen, x nak keluar kan kereta… Pose je dalam kereta… Mungkin minum air mineral Spritzer akan berperisa stroberi kalau minum di dalam kereta di P2 parking MidVal… Mungkinlah…

Pusing lagi… Ni kalau pusing lima kali lagi, x dpt parking gak, memang park kat tengah-tengah jalan sambil tinggalkan nota berbunyi “Call me if U need me”… Gittew… Ha3…

Haaa, ada org nak keluar, terus zasst bagi signal… Nak chop parking… Reverse sket lah, bagi senang sket makcik ni nak keluar… Ye kawan2, jika nampak auntie2 atau makcik2 yang penuh kesopanan dan keadaban membawa kereta, sila berikan ruang yang lebih untuk mereka reverse, kerana mereka akan terlebih-lebih mengambil ruang… Bak kata pepatah… “mereverse kancil seperti mereverse gajah gamaknya”… eh…

OK, cun… jom masuk parking… Lets tukar kepada D dan maju… Tetiba shreeetttttttttttttttt… Ada orang dari depan amik parking… Dengan penuh tawadduk dan tanpa rasa bersalah… Sedap ye ko amik parking aku… Amboi2… Siap reverse-reverse betulkan kereta… Ewahhh… Kita hon-hon, tak wat apa2 pun…

Ok, mari bunyikan hon tanpa henti… Nak turun marah-marah, tak cun ah… Kita tekan hon… Biar semua pandang-pandang… No respond… Kelihatan pemangsa masih buat2 bz, betul-betulkan maskara ke bulu mata yang seperti bulu kaki itu… Eh, pakai lipstik pula di bibir yang merekah bak tanah gersang di kawasan kemarau… Takpe, sambung hon lagi… Tetiba…

Aiyoo, inchek kenapa hon-hon???
”Aiyaaa abg Bang, tengok itu pompuan, sudah amik saya punya parking”
Kasi sama dia je lah, dia kan pompuan
”Oooo, kalau pompuan, boleh buat apa-apa je la???”
Bagi je lah
*terus ambil rambut palsu paras bahu, sarung dan libas-libas depan abg security
Saya pun pompuan maaaaa!!!” <—ha3, yang ini adalah rekaan semata-mata…

Terus lah blahh, malas nak gaduh-gaduh… Kepada pompuan itu, silalah tunggu beberapa hari lagi… Pasti kejadian yang sama akan berlaku kat ko… Masa kejadian tu berlaku, lagi horror… Masa tu ko dah nak tercirit sangat-sangat… Nafas tersekat-sekat, peluh menitis-nitis di dahi… Nampak parking kat toilet Shell, bila ko nak masuk parking je, ada yang potong… Maka terciritlah ko dalam keta itu… Cirit birit yang meleleh sampai ke lutut… Bau toksah cakap lah… Haaa, ngeri tak??? ^_^

Huish, henti-hentikanlah buat benda camtu yer… Janganlah sesedap rasa menculik parking org lain… A big no!!! Nasib baik kat lane sebelah ada parking lagi… Terus parking… Owh, jika parking di MidVal yang sebesar 18 padang bola itu, silalah ambil pic no parking anda ye… Kalau tak, terkial-kial lah nak cari kereta kelak… Jap-jap, cari phone… Nak snap lokasi parking…

Owh… Demm Demmm Dommmm…

phone

Phone saya skang, bukan sahaja polifonik, malah ia tak berkamera… Tapi ada torchlight… Hahahahhahaa!!! Tq Diha bagi pinjam phone…

mood:~ada sesapa nak derma BB???~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...