Friday, December 14, 2012

Big Bad Wolf Book Sale 2012

bigbadwolf 1

Aaaaawuuuuuuuuuuuu. Haaawwoooofffff. Uff ufff ufff. Oink oink oink *eh, nape plak ada bunyi vavipinkoinkoink ni??? Ooo, kena makan ngan serigala rupanya ^_^ eh, inikah serigala yang dimaksudkan???

Bukan tuan puan. Hari ni, kita akan menerjah ke kawasan jajahan inchek Serigala Besar yang Nakal. A Big Bad Wolf Book Sale 2012. Wuhooo, kepada mereka yang memang ternanti-nanti sale ini. Ia telah tiba lagi. Iya, mari kita serbu!!! Kat mana nak serbu? Jom kita ke MIECC (Mines International Exhibition & Convention Centre).

bigbadwolf 2

Haaa, sekotak ye tuan puan. Senang, angkut kotak kosong, campak buku-buku yang kita berminat dalam tu. Dari kita nak terhegeh-hegeh kepit buku di dada seperti gaya mereka ke kuliah, lenguh ketiak wei. Kawasan pameran adalah luas. Sangat luas. Sehinggakan tak tahu nak tengok yang mana. Seluas mata memandang. Serius wei.

Harga pulak memang murah. Buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen berharga dari RM 8.00 – RM 12.00. Cookery book mahal sketlah, boleh sampai RM 40.00. Tapi, keseluruhan buku di sini berharga dalam lingkungan RM 8.00 – 15.00. Memang berbaloi. Sungguh woot wooot.

bigbadwolf 3

Perbarisan yang sungguh sayu di hati tatkala ingin membayar. Walaupun sudah ada 16 kaunter dibuka, panjang barisan cukup membuat kita termengah-mengah menanti. Tapi, cukup berbaloi dengan apa yang kita dapat. Suka! Oh, di mana-mana ada logo OCBC, mungkin mereka main sponsor. Kalau nak amik credit card, boleh lah join kat sini, dpt RM 10 voucher lagi.

Rakan dan saya telah membuat kesimpulan. Acara mencari jodoh tidak sesuai untuk dilakukan di pesta buku seperti ini. Kerana apa? Bukannya kerana mereka yang datang tidak berkualiti atau tidak manis dipandang. Bukan, malah mereka yang datang agak hot dan vavavooom. Cuma agak tidak sesuai mencari jodoh kerana semua asyik pandang ke arah buku, sampai nak tgk muka pun tak boleh. Camna nak cari jodoh. ^_^

bigbadwolf 4

Eh, ada cupcake Chic! nye booth plak. TerPAKSA beli seketul dua. Terpaksa tau, bukan nak pun. Kah2.

bigbadwolf 5

Antara yang sempat nak dirangkul. Percaya atau tidak, semua ini cuma berjumlah RM 96.00. Murah kan. Simpan resit untuk claim kat income tax yer.

bigbadwolf 6

Jom singgah ramai-ramai. Sangat berbaloi-baloi. Datanglah awal. Ia buka jam 9.00am. Kalau datang pagi-pagi, x ramai lagi. Boleh lah meredah buku-buku dengan aman.

Big Bad Wolf Book Sale 2012
9am – 9pm
7-23 Dec 2012
MIECC (Mines International Exhibition & Convention Centre)

Susurilah laman sesawang mereka untuk sebarang pertanyaan.

Big Bad Wolf Sale 2012

 

Akhir kata

 

 

 

bigbadwolf 7

“Uols jangan lupa pergi yer, saya tak dpt nak join sebab dalam pantang lagi” kata Bubu.

mood:~jom membaca kerana membaca itu jambatan ilmu~

Friday, December 7, 2012

Chef Tony’s Gourmet PopCorn ^_^

Inginkan kelainan pada popcorn anda? Dah bosan asyik makan yang berperisa caramel. Kalau untung dapat yang banyak caramel, sedaplah popcorn tu. Kalau Kalau dapat yang putih semurni salju, seperti memakan kapas lah gamaknya. Tapi sekarang, popcorn ada pelbagai perisa. Wow weeee…

popcorn 1

Lihat, setinggi pokok krismas. Ada pelbagai perisa. Nyumm nyummm. Generasi baru popcorn telah tiba. Mari kita sama-sama makan popcorn sambil kira-kira pertambahan kalori secara berkala dan mendadak. Ha3.

popcorn 2

Ada tiga kumpulan flavor.

Original Flavors
RM13.80 (S), RM22.30 (L)

Caramel

Savoury Flavors
RM17.80 (S), RM26.80 (L)

Sugar Free, Cinnamon, Mochachino w Almonds, White Chocolate w Almonds, Parmesan, Cheddar

Premium Flavors
RM19.80 (S), RM29.80 (L)

Dark Chocolate, Beligian Butter, Green Tea, White Choco Parmesan, Cheesy Jalapeno, BBQ

popcorn 3

Pilihan saya yang menggemari sebarang faktor kegebuan dan kemontokan adalah Creamy Parmesan. Terimalah!!! Walawehhh, seperti memamah seketul cheese setiap kali sebiji bertih masuk ke dalam mulut. CDM, Cair Di Mulut. Mesti beli, kena beli, beli beli beli. Rakan subahat telah membeli Belgian Butter. Sedap gak. Lemak-lemak manis. Uhuiii. *lap, keybord yang dah meleseh-leseh air liur.

Nak cari di mana??? Di KL, store mereka di Fahrenheit88 Level2, Wangsa Walk Level2. Tapi, sekarang mereka ada buat roadshow sempena krismas. Haritu, saya pun terserempak dengan mereka di The Empire Subang. Nak tahu lebih lanjut, sila sms ON BERTIH ke 11111. Ehh, tipu. Nak tau lebih lanjut, like mereka di fesbuk Chef Tony’s Gourmet Popcorn Malaysia.

Akhir kata…

popcorn 4

Jom makan popcorn ramai2 maaaa… Tq Joey, ke Josh, ke Joyce. Lupa plak nama kakak. He3.

mood:~adik-adik ku, jangan risau, abgmu akan bw sebekas popcorn SMALL utk anda semua~

Wednesday, December 5, 2012

Tanah-tanih di Johor

Pernah tak bila kita bangun tidur, tiba-tiba terasa nak berada di tempat yang baru. Di kawasan yang baru, jiran baru, kawan baru. Kira semuanya baru. Mulakan hidup dengan lembaran baru. Pernah tak???

Jom usha-usha rumah kat Johor. Jauh sikit dari Kepong. Takkan nak pindah ke Segambut pulak. Setakat 2-3 kilometer, baik tak payah pindah. Hehehehe. Kita tengok Hartanah Johor. Menarik ke tidak. Uih, jom kita tengok kat Propwall.

propwall 1

Eh, banyak juga ni. Nak pilih duduk mana ya? Erm, jom kita jenguk area Nusajaya. Kalau bosan-bosan boleh bergembira di Legoland. Jap, kita google maps. Dekat ke Horizon Hills ni dengan Legoland. Wow weee, 8 km, 14 minit je nak ke Legoland. Ayuh, kita selidik Horizon Hills. Meh klik.

propwall 2

Haa, siap ada penerangan lagi pasal Horizon Hills. Ini sudah bagus. ‘Exclusive and luxury residential’ katanya. Wah, boleh perasan seperti iras-iras penduduk Wisteria Land. Mari menjadi surirumah terdesak. Dibangunkan oleh Gamuda Land dan UEM Land. OK, keduanya pernah dengar. Jadi, developer bukan menjadi masalah.

propwall 4

OK, jom kita masuk pertandingan RM1,000,000 Money Drop untuk membeli rumah di sini. Mencecah jutaan ringgit. Kata nak menjadi penduduk yang eksklusif. Harga pun mesti dalam julat eksekutif. Tapi, cantik kot rumahnya. Sesuailah dengan harganya. Mari kita teruskan angan-angan ini.

propwall 5

Eh, kalau tak nak beli, takpe. Jangan risau. Kita boleh meneruskan angan-angan ini dengan hanya menyewa di Horizon Hills ini. Boleh pilih sama ada ‘fully-furnished’ ataupun ‘semi-furnished’. Yang kosong pun ada.

Jika kita ada hubungan persahabatan yang kuat dengan Eric Deko Idaman, bolehlah kita sewa yang kosong sahaja. Dengan harapan, team Deko Impian akan mendekorasi kediaman kita dengan percuma.

Dengan propwall ni, ia memudahkan kita. Kita boleh pilih untuk mencari rumah untuk dibeli, ataupun disewa. Kalau kita berminat, kita boleh klik pada contact dan isi apa yang diperlukan. Nak tahu pasal info rumah yang kita minat? Klik je kat more info. Kita akan tahu serba sedikit pasal rumah yang kita angan-angankan itu.

propwall 3

Ataupun, kita boleh je isi borang ni. Kita akan dapat maklumat yang diperlukan. Mudah kan. Eh, bukan setakat Horizon Hills sahaja yang ada. Ada banyak lagi kawasan di Johor yang boleh anda terokai *eh, macam duta Mari Melawat Johor ni.

Tak tau kat mana Horizon Hills? Eh, mudah je nak cari. Kat Propwall ni, ada disediakan map untuk setiap hartanah yang diiklankan. Jadi, klik je di map, keluarlah map yang diperlukan. Usah risau ye kawan-kawan.

propwall 6

Mudah kan dengan Propwall. Boleh tahu pasal hartanah dengan mudah. Kalau nak tahu lebih lanjut. Janganlah segan-segan g ke laman sesawang Propwall.

propwall 7
www.propwall.my

mood:~jom berangan-angan ke tempat lain pula~

Monday, December 3, 2012

Perlibahasa Jalanan

Jom kita main #perlibahasa hari ini.  Peribahasa yang digunakan untuk memerli orang. Eh, bukan. Peribahasa yang diubah suai, sesuai dengan keadaan semasa. Hari ni kita fokus kepada situasi di jalanraya. Jom semua.

#1

Kalau minyak tinggal satu bar, janganlah Jalan Kuching hendak diduga.

#2

Jalan yang tenang, jangan disangka tiada AES.

#3

Cilok sana cilok sini, bertemu jua semasa traffic light merah.

#4

Muka Tembok
*muka mereka yang sedang mencilok barisan tanpa rasa bersalah.

#5

Mengorek hidung, sembunyi tangan.
*sambil kesat2 jari dan hembus hidung kuat2 nak buang sisa yang lekat di pinggir lubang hidung ^_^

Ada sesiapa nak tambah lagi??? huhuhu…

mood:~cukup tak best kalau org potong lane…~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...