Friday, December 14, 2012

Big Bad Wolf Book Sale 2012

bigbadwolf 1

Aaaaawuuuuuuuuuuuu. Haaawwoooofffff. Uff ufff ufff. Oink oink oink *eh, nape plak ada bunyi vavipinkoinkoink ni??? Ooo, kena makan ngan serigala rupanya ^_^ eh, inikah serigala yang dimaksudkan???

Bukan tuan puan. Hari ni, kita akan menerjah ke kawasan jajahan inchek Serigala Besar yang Nakal. A Big Bad Wolf Book Sale 2012. Wuhooo, kepada mereka yang memang ternanti-nanti sale ini. Ia telah tiba lagi. Iya, mari kita serbu!!! Kat mana nak serbu? Jom kita ke MIECC (Mines International Exhibition & Convention Centre).

bigbadwolf 2

Haaa, sekotak ye tuan puan. Senang, angkut kotak kosong, campak buku-buku yang kita berminat dalam tu. Dari kita nak terhegeh-hegeh kepit buku di dada seperti gaya mereka ke kuliah, lenguh ketiak wei. Kawasan pameran adalah luas. Sangat luas. Sehinggakan tak tahu nak tengok yang mana. Seluas mata memandang. Serius wei.

Harga pulak memang murah. Buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen berharga dari RM 8.00 – RM 12.00. Cookery book mahal sketlah, boleh sampai RM 40.00. Tapi, keseluruhan buku di sini berharga dalam lingkungan RM 8.00 – 15.00. Memang berbaloi. Sungguh woot wooot.

bigbadwolf 3

Perbarisan yang sungguh sayu di hati tatkala ingin membayar. Walaupun sudah ada 16 kaunter dibuka, panjang barisan cukup membuat kita termengah-mengah menanti. Tapi, cukup berbaloi dengan apa yang kita dapat. Suka! Oh, di mana-mana ada logo OCBC, mungkin mereka main sponsor. Kalau nak amik credit card, boleh lah join kat sini, dpt RM 10 voucher lagi.

Rakan dan saya telah membuat kesimpulan. Acara mencari jodoh tidak sesuai untuk dilakukan di pesta buku seperti ini. Kerana apa? Bukannya kerana mereka yang datang tidak berkualiti atau tidak manis dipandang. Bukan, malah mereka yang datang agak hot dan vavavooom. Cuma agak tidak sesuai mencari jodoh kerana semua asyik pandang ke arah buku, sampai nak tgk muka pun tak boleh. Camna nak cari jodoh. ^_^

bigbadwolf 4

Eh, ada cupcake Chic! nye booth plak. TerPAKSA beli seketul dua. Terpaksa tau, bukan nak pun. Kah2.

bigbadwolf 5

Antara yang sempat nak dirangkul. Percaya atau tidak, semua ini cuma berjumlah RM 96.00. Murah kan. Simpan resit untuk claim kat income tax yer.

bigbadwolf 6

Jom singgah ramai-ramai. Sangat berbaloi-baloi. Datanglah awal. Ia buka jam 9.00am. Kalau datang pagi-pagi, x ramai lagi. Boleh lah meredah buku-buku dengan aman.

Big Bad Wolf Book Sale 2012
9am – 9pm
7-23 Dec 2012
MIECC (Mines International Exhibition & Convention Centre)

Susurilah laman sesawang mereka untuk sebarang pertanyaan.

Big Bad Wolf Sale 2012

 

Akhir kata

 

 

 

bigbadwolf 7

“Uols jangan lupa pergi yer, saya tak dpt nak join sebab dalam pantang lagi” kata Bubu.

mood:~jom membaca kerana membaca itu jambatan ilmu~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...