Wednesday, December 17, 2008

Again, this is tujuhhariseminggu's stat for July 08 - 16 Dec 08. Oklah kot. Tengok2 cam makin berkurang pun ada. Tapi at least adalah org jenguk blog ni kan. Seperti anda semua. Tq tq tq...

For this time, ada penambahan sikit. Which is, by using statcounter, we will know how many people from around the world are visiting our website. Is it cool isnt?

Tadaaaa, erkkk.. Panama pun ada eh?

mood: ~ntah2 typing error @ tertekan url yg salah kot.. Ehehheheee..~

Monday, December 15, 2008

Meh Gelak Ketawa - Ehehehhe...

Erm... Hari tu, masa g Sabah, kan ada singgah kat Kundasang War Memorial Park. Cantik tempat tu. Masa tgh jalan2 kat dalam tu, ternampak plak dua papan tanda arahan yang klaka nih.

Memang selalu kan tgk papan anda nih. To avoid vandalisme. Bagus, tapi line terakhir tu. "Ada T.V". TV berapa eh? TV3? RTM 1, 2? nTV 7... Ehehehhee. So, kira ala2 papan tanda ni membawa maksud "Jangan menconteng tugu, ada orang sedang menonton TV"

Rintihan para rumput kepada manusia. Tolong.... tolong. Camna lah agaknya rumput mintak tolong. Scary eh.... So, jangan pijak rumput yer, nanti mereka mati. Tapi, kalo papan tanda ni diletakkan kat padang sekolah, camna eh. Payahlah cikgu Pendidikan Jasmani Kesihatan. Yelah nak main bola kat ner? (tapi, best gak x yah main bola.... :D)

mood: ~hik hik hikkkkk...~

Ice Blended...???

Uihhh... Oink oink oink (uih.. da macam bunyi per.. :D). Signal alarm of emotion disorder. Ice blended??? Apa kene mengena ngan emotion disorder. Pernah buat ice blended tak. Kita campur jer bahan2 yang ada. Buah, ais, additional flavor. Macam2 ada, pastu treeettttttttttttt (bunyi blender lah...) Ha, camtulah dalam kepala ku skang. Macam2 ada. Marah, suka, pening, serabut, berangan-suka-org-tapi-org-tak-suka-pun, Master's class registration yang tetiba. Aduihhh, pening jap.

1-2 weeks previously nih memang macam2 berlaku. Mula ngan lab ku. Ingatkan nak wat penuh semangat jati dan penuh wibawa, lab assistant cuti plak. Tu lah, ku yang senget, tak mintak kunci lab awal2. Padan muka ku. Pastu, exam week student plak. Mak aih, 4 paper ku serentak exam (erm.. tak serentak pun, selang seminggu...) Tanda paper lagi, jaga exam lagi. Aduih.

Tapi, semangat ku datang kembali (sambil nyanyi lagu mentera semerah padi... MENTERA!!!!! SEMERAH PADI!!!!! YE YEAHHH!!!!) Yeargh, wake up ally. Jangan peduli kalo org tak suka kat kita pun (errr.. sedih gaklah berangan sorang2...), ala... sorang tak suka, ada ramai lagi yg suka (wahh, statement berani... larikkkkkkkkk). Chaiyoooooo'

mood:~anakkkkoooooooo~


Tuesday, December 2, 2008

100th Post: Akhirnya

Alhamdulillah... Akhirnya dah sampai ke post yang ke 100. Yes. Tercapai gak azam ku utk tahun nih. Thanx for those yang slalu ke sini (Walaupun ada yang kena paksa kan... huahahahahahha). So, utk post yang ke 100 nih ku nak letak gambar ini.

Elizabeth Sati Ambie

Sape nih??? Clerk school ku. Ehehehheee... Minah yang slalu kena wat keje ku. Ye lah, konon2 bz kan. :D Tq Elizabeth-APA TUUUUUUUUUU...

mood: ~meh kejar utk post yang ke 200 plak...~

Monday, December 1, 2008

Nak KAKIGORI free...???

Kakigori??? Kaki Gorilla ker???

Yes, this is a yummy-icy kakigori. Kenapa tetiba nak makan kakgori ni eh? Tadaaa, sebab ianya free. FYI, if u purchased at least 4 movie ticket at Cineleisure Damansara Cineplex, u'll get one voucher of kakigori for FOC. So, last saturday g tgk Twilight (sib baik berempat), dapatlah makan kakigori ini.

So, u can redeemed ur voucher kat Midori Restaurant. Di bawah wayang itu. Yang best nyer, no purchase are needed. Bleh redeem kakigori tanpa beli apa2 yang lain. Best. So, after show, we decided to have a free dessert. Nyam nyam nyam.

Zul, Kebab n Fai. Ehehhee, untuk 4 org, cam tak cukup lah kakigori itu. Ada banyak perisa, weols amik strawberry+milk flavor. Erm, sedap lah gak. Aiskrim tu cam homemade nyer lah. Manis2 buah. Siap dapat extra sirap. TQ Midori (errr, cineplex as well).

mood: ~sedap nye eskrem....~

Meh Tonton Nonton

Erm, dalam dua minggu ni, ku telah menonton 4 movie. Kat Cineleisure Damansara. Chewahh, mementang dah pindah Damansara Damai, dekatlah ngan tempat ni.

1st movie tgk kat sini. Kelakar weh. Tak start lagi pun, ku dah start gelak. :D

Tadaaa, tgk gak 007 nih. Setelah puas memaksa ezwan, akhirnya. Tgk ari rabu. Murah sket. RM6. Normal price RM10-11. Uih, cerita nih penuh ngan scene2 tensi (tension yang telah dibahasa melayukan...) Tapi aksi superb beb. Cool gila mamat nih.

Seterusnya Selamay Pagi Cinta. Poster x der lah plak. So letaklah gamba Que ngan Amani (credit to Budiey.com). Eh, Que ada masa convocation IUCTT ari tu. Adiknya rupa2nya belaja kat IUCTT. Baru ku tahu.

Ha, dalam banyak2 filem, ni yang paling ku suka. Paling sangat amat tersuka. Unpredictable film. Ingatkan cam ala2 Quarantine. Penuh aksi dan scene tensi. Rupanya, so sweeetttttt. Jatuh chenta ngan pontianak sekejap. Best. Tgklah ye cerita ini yer. Romantic+comedy+seremmmm.

mood: ~erm... nak tgk antoo fighter x????~

Foosball

Foosball??? Ha, ku 1st time dengar nih. Apa kah dia? Adakah ala2 football???

Ha, inilah dia. Game called foosball. Cam main bola gak. Slalu nampak kat tempat hiburan yang kita suka berlibur. So, ari tu (sementara tunggu show Selamat Pagi Cinta bermula), ku ngan ezwan pun choba lah game nih. Takut gak nak main. Yelah, main bola pun x reti. Inikan nak main menda nih.

Ezwan dengan gaya selambanya (ehehhee, gambar ini ditangkap selepas bermain...) Best gak. Berpeluh jap lah. Walaupun nampak cam ala2 senang, berpeluh+adrenalin mengalir kencang gak lah.

Iyargh... Murah gak lah main nih. RM 2 sekali main (9 balls provided). Ku menang 5-4. Ehehehe. Mehlah ke Cineleisure Damansara, bersebelahan The Curve ittew. Beriya2 x diriku bermain. Errr, nampak x bola kat mana???

mood: ~best gak lelepak kat sini...~

Kyle XY - Matt Dallas

Kyle XY Season 2 dah start kat TV3. Rasanya dah tiga episod kot. Eh, empat kot. Best. For this season, dia sempat jumpa Bryan, his creator. Tapi sekejap je lah. So, skang Kyle tgh develop his own abilty. Sebabnya, dia sendiri tak tahu yang dia boleh wat apa. Manalah tahu bleh fire2 org cam ultraman ker.

credit to: www.unificationfrance.com
Cute kan... :D

credit to: www.celebrific.com

Ha, mamat ni hanyalah orang biasa cam kita2 jugak. Cuma dia ensem sket. :D Jangan lupa saksikan Kyle XY setiap Ahad jam 11.00 pm di TV3.

mood: ~lallalallallaaaaa....~

Wednesday, November 26, 2008

IUCTT's 6th Convocation - Gamelan

IUCTT's 6th Convo Fiesta had been held on24th November 2008. Erm... Dah enam kali yek IUCTT konvo. Teringat zaman2 konvo dulu eh. I'm officially involved in this ceremony -as-gamelan-player. Wah, best dapat main gamelan balik. Rindu eh.

Bonang. One of the component in gamelan. So, mari pose di hadapan bonang. A complete set of gamelan consist saron (peking, penerus, barong), bonang (penerus, barong), gambang, kenong, gong. Tapi utk kali ini ada saron (peking, penerus), gambang, bonang (barong), gendang dan gong sahaja. Hehehhee, x cukup korum. Kalo ada kesempatan, adalah nanti satu post special for gamelan.

Hasil kerajinan Alat Gamelan - SUKIRMAN. Pak Man ni ada kat Solo, Indonesia. Dulu masa kat UKM, sempatlah join trip ke umah dia. Sempat tgk camna gamelan ini dibuat dari sekeping besi menjadi instrumen muzikal yang begitu indah. Tapi, Pak Man dah meninggalkan kita semua ke alam yang lebih tenang di sana. Tak salahnye, tahun lepas kot. Al-Fatihah...

Ha, kenal tak Nurfatima. Ala, yang nyanyi lagu selembut sutera. Kalo x ingat, leh g blog Mr Manager. Ada single terbaru dia di situ. Tapi dia x perform lah, sebabnye dia adalah salah seorang pelajar Fakulti Muzik amik Sound Engineering. Tabik ah kat dia. Walaupun da jd artis, tapi rajin nak g belaja. X kisah pun status artis dia. Selamba je wat kerja2 teknikal. Cayalah...

mood:~memoga dapatlah konvo kat UiTM plak~

Meh Jalan Jalan - Terengganu

Yeargh... Program meh jalan jalan diteruskan lagi untuk kesekian kalinya. Wah, bulan nih merata2 pergi. Awal bulan g Kuantan, pastu g Sabah pastu lagi g Terengganu. Leh mintak keje kat 8tv nih. Destinasi budget. Kalo x dapat, mintak kat TV3, Jalan Jalan Cari Makan.

G ke sana nak amik keta sebenarnya. Kawan ku, Fai nyer. MYVi TAT 6555. Inilah pemandangan stesyen bas kat KT.

Sampai je kat Kuala Terengganu (KT), terus ke umah fai. Mandi2, tidur2 ayam (ayam sangat... sampai berdengkur katanya... :D) jap, terus g jalang-jalang (jalan-jalan versi ganu). First place - Pantai Batu Buruk. Ingatkan nak g mandi. Tapi....

Pastu g Muzium Terengganu (the largest museum in Malaysia). Best jalan2. Ada macam2 di dalam itu. Ada pasal kesultanan terengganu. Hensem gak Tuanku Agong kita yer (mak aih.. Ampun Tuanku). Kat situ ada bgtau nama asal terengganu. Gading Anu. Nak tahu lebih lanjut. Sila lah lusuri laman web yang berkenaan yer.

Berapa ringgit yer tiket nih??? Ehehheee...

Pastu g singgah Masjid Kristal. Cantik. Cuma cam kecik je. Betul ke kata orang x bleh nak wat smayang jumaat. Ntah lah. Tapi serius cantik gila. Kagum gak.

Balik tu singgah umah Din (baju belang2 itu). Sedap makan ikan patin masak tempoyak. TQ yer... Siap tapau lagi.

mood :~senyum sokmo....~

Tuesday, November 25, 2008

Meh Jalan Jalan - Sabah - three

Manukan Island (teringat plak kawan ku yg bernama Manureeta.. apa khabar eh dia?) Ha, cantik kan Manukan nih. Airnya membiru sejernih hati suci kasih bertaut kiambang. Eh, mengarut nih. Erm, senang je nak g sini. Memula g ke Jessleton Port (tempat favourite Kak Abid :D). Di sana anda boleh mengambil bot dengan harga RM 17 (pergi-balik) + jetty fee RM 6 (kalo bawa student card RM 3) + goggle dan safety jacket untuk snorkeling RM 15.

Manukan Island entrance. Di sini anda dikehendaki membayar lagi RM 3 for island fee. Nampak tak selipar ijau itu. Ha, dibeli di jeti tadi. RM 5 jer. Sila beli barang2 anda sebelum ke Manukan yer. Mahal di sana. Suar mandi dah RM 60++. Huiiii....
Jeng jeng jeng...

Bergaya dengan jayanya di jeti. Cantik kan jetinyer. Cam kat Aussie. Best. Tapi sun burn sket lah. Ehehhehee....

mood: ~best g Sabah... Jum ke sana...~





Wednesday, November 19, 2008

Meh Jalan Jalan - Sabah - two

First trip at Sabah. Kundasang. Pernah dengar? Tak pernah!!! Ye, samalah kita. Tempat ni kalo nak dibuat perbandingan, dia ala2 cameron highlands lah. Kena mendaki (guna van lah, takkan nak mendaki ala2 mendaki everest tu) ke tanah tinggi. Sejuk. Cantik. Sebelum sampai ke Kundasang, kita akan sampai di Nabalu dulu.

Kat sini cam perkampungan tradisional. Ada jual cenderamata, cam Central Market kat KL tu. So, kalo nak membeli belah, boleh singgah di sini. Tapi harganya x lah murah sangat. Tapi, Sabah Tea murah kat sini.

Tadaaaa... Kinabalu Mount. Selalunya dapat tgk kat gambar. Dapat tgk dengan mata kepala sendiri. Wow, such a great experience. Sangat besar. Rasanya kitorang dah sampai tempat tinggi, tapi ada benda lagi tinggi. Cam raksasa pun ada gaks. Camna lah agaknya perasaan org yg daki gunung tu kan. Mesti lagi best.

Tadaaa. Kundasang's market. Cam kat Cameron Highland kan. Ada banyak buah buahan dan sayuran. Fresh2 belaka. Buah yang ditanganku tu, buah Tarap. Cam cempedak sket2. Bau pun sama ngan cempedak sket2. Sedap katanya. Tak berkesempatan nak rasa.

Selepas jalan2 di market tu, kami singgah di Kundasang War Memorial Park. Eh, mana diriku, apa lagi kena amik gamba. Best kat sini (suma nya best katanya...)

Ya, itulah sejarah Memorial Park ni. Kalo rajin, bacalah. Okeh, ini ringkasan nya. Dulu, semasa perang dunia ke2 (eh, pertama kot... X sure lah), semua tawanan Britain dan Australia ditempatkan di kepulauan Borneo ini. Namun, semasa zaman Jepun serang2, diorang takut kalo semua tawanan ini akan dibunuh. Jadi semua tawanan ni dipindahkan ke tempat yang lain.

Proses perpindahan ini sangat dahsyat. Di mana mereka terpaksa menempuhi perjalanan sejauh 356 km. Jauh kan. So, dalam perjalanan itu, ramai yang telah meninggal dunia akibat pelbagai sebab. Malaria, x cukup makan, cirit birit. Hanya 6 orang sahaja yang selamat. Tugu ini telah dibina untuk mengingati perkara ini. Cantik tau memorial park ni.


Damai dan aman. Cantik kan. Kalo wat wedding pun best. Tapi kena ala2 I DO U DO lah.. :D

Meh Jalan Jalan - Sabah - one

Alhamdulillah, selesai gak trip ke Sabah. Selamat pergi dan pulang. Best, seronok, gumbiraaaa.

Boarding pass kami. So, kalo dikira2, trip kali ini dianggotai oleh 5 ahlinya termasuk diriku. Kak Abid, Kak Noor, Yatie, Naziz n ku (senarai nama megikut paras rupa, yang cantik kemudian :D)

Sindrom bergambar tanpa berhenti sudah bermula. Yang bertudung pink itu Yatie, Kak Abid, Kak Noor n ku. Tengok tu sekali lagi susunan bergambar mengikut paras rupa, yang paling cantik di hadapan. Muehehehhee...

Time ni masa tunggu utk berlepas. Tgh doa2 semoga tak delay lah hendaknya. Flight berlepas jam 915 (kalo x silap lah... al-maklumlah excited-batak masa tu). Dalam kepala otak ni dah pikir macam2 ni. Nak g mana? Nak beli apa? Nak makan apa?

Ini pula adalah simptom batak-tak penah naik kapal terbang-excited. Org lain relaks je. Kitorang terkinja2 nak bergambar (sambil dijeling oleh pihak Air Asia, mana bleh nak amik gamba masa ni...)

Best gak dapat bergambar di sisi kapal terbang. Barulah org percaya kitorang naik kapal terbang (see, another simptom batak...) ehehehhe... Org kata kalo nak senang x yah nak check-in beg. Nanti lambat nak tunggu beg tu kuar. So, kitorang mengangkut semua barang2 ke atas kapal terbang.

Yes, another pic batak-excited-tak tahu malu. Org suma relaks duk dalam tu. Kitorang tak abih2 amik gambar. Again, langgar peraturan lagi. Sib baik x kena marah ngan steward tu.

Taraaa, dah sampai. Erm.. Nak g mana ye? Satu lagi, korang rasa gambar ni betul2 kandid x?

Thursday, November 13, 2008

Disebalik Matematik...

taken-by-copy-&-paste from DayanAmer's friendster buletin:

Take a look at this...
101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?
We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:
H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%
And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%
But:
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!
It's up to you if you share this with your friends & loved ones just
the way I did..
Have a nice day & God bless!!

mood: ~kagum kan.... subhanallah...~


Friday, November 7, 2008

Fly to KK, Sabah

InsyaAllah, this sunday i'll be flying to Kota Kinabalu, Sabah for another 3d2n vacation-rest-makan-makan. Tercapai jugak hasrat nak ke Sabah. Sib baik air asia ada wat promosi tambang murah. Bleh lah merasa ke sana. :D

KK's Airport
credit to: http://joeyeriksen.blogspot.com

Erm... Canggih gak kan KK Airport nih. Nanti nak amik gamba banyak2 kat sini. Barulah org tau ku ke Sabah (batak siutt....)

Tune Hotel

Haaa, we (kak abid, kak nor, yati, naziz and me) will be staying at this 4-star-hotel-1-star-price. Murah siut, RM 38.00 utk 2pax-2nights. Tapi, jauh sket lah hotel ni dr KK town, bersebelahan 1Borneo (shopping complex baru...) Eh, leh lah tgk 007 kat sana. :D

Monsopiad Cultural Village
credit to: www.emmagem.com

Weekend Market - Gaya Street
credit to: http://sabahmyhome.blogspot.com

Antara tempat2 yang ingin dilawati di sana. Hopefully sempat lah nak ke sana. Tapi teringin nak snorkeling kat Manukan Island. Katanya cantik. Adakah???

mood:~nebes nak naik kapal terebang~

Thursday, November 6, 2008

Bunga Citra Lestari - Aku Pasti Datang


Aku Pasti Datang - Bunga Citra Lestari


Biar Malam
Yang kan menghapus gundahmu
Nantikan hujan
Dia kan membasuh hampamu
Aku hanyalah
Jiwa usang yang dahaga akan cinta
Maafkan atas jenuh yang mendera sesaat

Chorus:
Aku pasti datang menjemputmu
Tepati janji yang sempat terhenti (Yakinlah)
Aku pasti datang 'tuk hatimu
Penuhi janji untuk dirimu

Beri ku waktu
Semakin mengenal diriku bila tanpamu
Agar kuyakin
Atas pilihan hatiku adalah kamu

Wednesday, November 5, 2008

Sailormoon???

Sailormoon!!! Hiiiyaaaarghhhhhhh......

Meh Makan Makan - Bubbles ABC n Pak Mal Nasi Ayam

Aloha... Bila dah bergelar pelajar UiTM, kenalah g makan kat tempat student2 UiTM selalu makan (eh, ye ker...?) Ari ni nak tunjuk dengan riaknya antara makanan yang amat menyelerakan dan menggebukan diri ini. Ehehehhehe

Bubble's ABC - RM 2.50

Haaa. Lazat kan ABC ni. Dijual kat food court seksyen 2. Ala2 kat depan Wet World, berdekatan dengan McD. Murah tuuuuu (erk... 2 hengget setengah tu murah ker???) Atas tu ada anggur, laici yang dicucuk bersama. Dilimpahi sos strawberi, coklat yang lazat rasanya. Isi ABC ni pun agak kaya lah. Macam2 ada. Yang penting kacang tanah di banyak k. Sedap. Perfect combination.

Masa duk bangi dulu, kitorang (fai, man, herda, kiki, lily) sanggup meredah ke Shah Alam malam2 semata2 nak mengenyos ABC nih. Uih... rindu zaman2 dolu. Skang dah sambung study kat Shah Alam, bleh lah makan ari2 :D

Setelah 5 minit dihidang. Adieb yang makan banyak. Muehehehhe...

Pak Mal Nasi Ayam RM 4.50

Haaa, nasi ayam ini boleh didapati di seksyen....??? Eh seksyen berapa eh. Lupa lah. Lupa plak nak tanya org sekeliling. Tapi, kalo tanya student UiTM mesti diorang tahu. Nyos sungguh nasi ayam ini. Berapi gak sos nya. Sedapnya. Tempat ni Linda yang kenalkan.

Rahsia kelazatan nya, sambal kicap yang nyos. Jangan lupa tambah ni...

meh makan-makan's meter : ABC - ****
meh makan-makan's meter : Nasi Ayam - ***

mood: ~pas ni nak makan kat ne eh????~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...