Wednesday, November 5, 2008

Meh Makan Makan - Bubbles ABC n Pak Mal Nasi Ayam

Aloha... Bila dah bergelar pelajar UiTM, kenalah g makan kat tempat student2 UiTM selalu makan (eh, ye ker...?) Ari ni nak tunjuk dengan riaknya antara makanan yang amat menyelerakan dan menggebukan diri ini. Ehehehhehe

Bubble's ABC - RM 2.50

Haaa. Lazat kan ABC ni. Dijual kat food court seksyen 2. Ala2 kat depan Wet World, berdekatan dengan McD. Murah tuuuuu (erk... 2 hengget setengah tu murah ker???) Atas tu ada anggur, laici yang dicucuk bersama. Dilimpahi sos strawberi, coklat yang lazat rasanya. Isi ABC ni pun agak kaya lah. Macam2 ada. Yang penting kacang tanah di banyak k. Sedap. Perfect combination.

Masa duk bangi dulu, kitorang (fai, man, herda, kiki, lily) sanggup meredah ke Shah Alam malam2 semata2 nak mengenyos ABC nih. Uih... rindu zaman2 dolu. Skang dah sambung study kat Shah Alam, bleh lah makan ari2 :D

Setelah 5 minit dihidang. Adieb yang makan banyak. Muehehehhe...

Pak Mal Nasi Ayam RM 4.50

Haaa, nasi ayam ini boleh didapati di seksyen....??? Eh seksyen berapa eh. Lupa lah. Lupa plak nak tanya org sekeliling. Tapi, kalo tanya student UiTM mesti diorang tahu. Nyos sungguh nasi ayam ini. Berapi gak sos nya. Sedapnya. Tempat ni Linda yang kenalkan.

Rahsia kelazatan nya, sambal kicap yang nyos. Jangan lupa tambah ni...

meh makan-makan's meter : ABC - ****
meh makan-makan's meter : Nasi Ayam - ***

mood: ~pas ni nak makan kat ne eh????~

No comments: