Wednesday, November 19, 2008

Meh Jalan Jalan - Sabah - two

First trip at Sabah. Kundasang. Pernah dengar? Tak pernah!!! Ye, samalah kita. Tempat ni kalo nak dibuat perbandingan, dia ala2 cameron highlands lah. Kena mendaki (guna van lah, takkan nak mendaki ala2 mendaki everest tu) ke tanah tinggi. Sejuk. Cantik. Sebelum sampai ke Kundasang, kita akan sampai di Nabalu dulu.

Kat sini cam perkampungan tradisional. Ada jual cenderamata, cam Central Market kat KL tu. So, kalo nak membeli belah, boleh singgah di sini. Tapi harganya x lah murah sangat. Tapi, Sabah Tea murah kat sini.

Tadaaaa... Kinabalu Mount. Selalunya dapat tgk kat gambar. Dapat tgk dengan mata kepala sendiri. Wow, such a great experience. Sangat besar. Rasanya kitorang dah sampai tempat tinggi, tapi ada benda lagi tinggi. Cam raksasa pun ada gaks. Camna lah agaknya perasaan org yg daki gunung tu kan. Mesti lagi best.

Tadaaa. Kundasang's market. Cam kat Cameron Highland kan. Ada banyak buah buahan dan sayuran. Fresh2 belaka. Buah yang ditanganku tu, buah Tarap. Cam cempedak sket2. Bau pun sama ngan cempedak sket2. Sedap katanya. Tak berkesempatan nak rasa.

Selepas jalan2 di market tu, kami singgah di Kundasang War Memorial Park. Eh, mana diriku, apa lagi kena amik gamba. Best kat sini (suma nya best katanya...)

Ya, itulah sejarah Memorial Park ni. Kalo rajin, bacalah. Okeh, ini ringkasan nya. Dulu, semasa perang dunia ke2 (eh, pertama kot... X sure lah), semua tawanan Britain dan Australia ditempatkan di kepulauan Borneo ini. Namun, semasa zaman Jepun serang2, diorang takut kalo semua tawanan ini akan dibunuh. Jadi semua tawanan ni dipindahkan ke tempat yang lain.

Proses perpindahan ini sangat dahsyat. Di mana mereka terpaksa menempuhi perjalanan sejauh 356 km. Jauh kan. So, dalam perjalanan itu, ramai yang telah meninggal dunia akibat pelbagai sebab. Malaria, x cukup makan, cirit birit. Hanya 6 orang sahaja yang selamat. Tugu ini telah dibina untuk mengingati perkara ini. Cantik tau memorial park ni.


Damai dan aman. Cantik kan. Kalo wat wedding pun best. Tapi kena ala2 I DO U DO lah.. :D

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...