Thursday, August 25, 2011

Cochranean 99–Buka Puasa 2011 gathering

coch99 1b

assalamualaikum… manistakkurmaini??? eh, eh… silap channel plak… pekaba semua… ai tau, suma rindu  kat ai kan??? *eh… perasan kah kamu???

nak story pasal Buka Puasa 2011 – Cochranean 99… buat kat sekolah tuh… lihat di atas, Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane formerly known as SMK Jalan Cochrane… meremang seiii bebulu reroma bila masuk sekolah balik… lalu kat korridor… bau2 bangunan sekolah… rindunyehhhhhh…

coch99 2

inilah korridor yang dimaksudkan… *eh, ni nak tunjuk pic korridor ke, nak tunjuk pic ai… muahahha… ye, tema majlis adalah Back to School… akibat keterlanjuran dalam pengembangan lemak2 dan otot2 di badan, maka baju sekolah lama tidaklah muat lagi… maka, terpaksalah mengimprovisasikan pakaian back to School itu… hu3…

coch99 6

Cochranean SPM 1999… mak haihhh, da hampir 12 taun yang lepas… amakt kertu yer… hu3… this event was held at Dewan Sekolah… terasa kecik plak tgk dewan sekolah balik… dulu, masa muda remaja, besau bebeno tgk dewan itu…

coch99 4

slrpppp…. *oitttt… lap sket air liur tuh… haaa, siap ada coklat fountain limpah2 lagi… huwaaaa… camna nak kurus… saje je diorang nih… seriously… sgt sedap buka puasa ngan coklat ini… nyum nyummm slrpppp…

coch99 5

door gift…. school book, school badge n key chain… aiyoo, zaman2 sekolah dulu campak2 buang2 je buku… bila da bebeso nih, sgt suka tgk buku sekolah balik… teringat dulu2, wat nota sejarah adalah sejenis penderaan terhadap emosi dan otot2 pergelangan tangan… sampai tembus2 dakwat ke page sebelah sebab menyalin nota beserta perasaan geram…. ha3…

coch99 8

tadaaa… ghost-bird… eh, silap… burung hantu… our alma mater… nak tau nape burung hantu??? yelah, cochranean kan suma rajin membaca buku… stay up malam2 utk ulangkaji… spt burung hantu yang berjaga malam… kan kan kan??? iyolahhh tu… *rasanya, ai lebih persis dengan hantu berbanding burung hantu… hiks…

coch99 16

lompat2 ramai2 dalam gelap… hu3… kat tennis court nilah tpt perhimpunan pagi2… sambil nebes2 kalo tak pakai tie ari isnin… jalan dengan memanjangkan leher di depan pengawas supaya rambut tidak melepasi kolar baju… gigit2 kuku bila perasan bahawa diri ini terlupa utk memotong kuku… hahaiii… memori…

ooo, kalo kat cochrane, sape2 yg langgar peraturan, cth, kalo tak pakai tie, abislah baju sekolah kena cop ngan rubber stamp tuh… “melanggar peraturan sekolah”… mencabar nak basuh baju lepas tuh…

coch99 17

aktiviti tahunan… musical chair… kecoooohhhhhhhhh sekampungggg!!!!! yang menjerit tanpa sebab… yang duk senggol punggong org lain… terbuktilah bahawa, saiz punggong yang mantap dan padat bukanlah pengukur kejayaan… kerna, yg menang adalah yang berpunggong kecil sahaja… ha3…

sesi pic di sana sini…

coch99 31

huihh, nakal tak kami????

coch99 23

inilah bekas wakil kumpulan nasyid cochrane yang asyik tumpas di pusingan awal akibat gagal membezakan antara lagu pop dan lagu dakwah… hiks… *thanks Nana, Aimi, Shelly sbb organize partayyy ini…

coch99 22

sesi pic bersama2… ooo, tidak ramai yang semakin dedem… hanyalah saya sahaja T____T

coch99 20

lihat, cuba utk kelihatan langsing dengan mengangkat separa kaki ke atas ketika bergambar… namun… hahahhaa…

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar… dapat juga buka puasa kat sekolah… agak bertuah bila dpt schoolmate yang nak lagi get together, walaupun selepas berbelas2 taun… syukurrr…

so, puasa pun nak abis nih… salam aidilfitri… semoga kita dapat bergumbira bersama keluarga tersayang… jadikan aidilfitri kali ini lebih indah dari biasa… akhir sekali…

terimalah…

coch99 1a

-COCHRANEAN SPM BATCH 1999-

kami semua lahir pada…

coch99 25

mood:~taun dpn da 30 woiiittttt….~

Monday, August 22, 2011

SUKA–Bumbu Bali–Cochrane Road School

yeaa… alhamdulillah… sempat juga buka puasa sama2 ngan kwn2… walaupun x semua kan… seriously, this year nye ramadhan, masing2 bz… ngalahkan retis…

IMG_0112

on Friday… @ SUKA CafĂ©… Kat tepi Hotel Istana, 1st floor of One Residency… Affa, Kerb, me, Fyza n Syafique… Nice place… Santek… Food??? OK la… x banyak sgt pilihan, tp ok laaa…

IMG_0406

ok, on Sunday we went to Bumbu Bali, Bdr Puteri Puchong… makan makanan Bali… Siap memagang segala… big portion ok… kenyang… hu3… Christian, Zack, Affa, me, Oman n Jijie… eh, shirt I pakai nampak hampir sama plak… he3… nampak benorrr suka kaler tu je…

sabtu aritu paling mengghairahkan… ha3… buka puasa kat school…

coch99 1a

haaa, back-to-school… owhhh, terasa sgt mudaaa… sporting masing2.. walaupun lg sket je nak 30an… tp, ngalahkan budak2 perangai… happening… sgt syahdu, bila g school balik… tgk2 kelas, dewan, lab… aduhaiiii… da nak kena roboh school nih…

coch99 2

haaa, pelajar sekolah tak ai???? hiks….

mood:~nak raya dah eh???~

Thursday, August 18, 2011

filzah nurhumaira yang banyak gigi ^__^

tuduuu… kali ni, meh tgk adik kecik ai… baru 1 taun 6 bulan… tapi, gigi banyak dan besau2… ha3… ikut ai nampak… lihat… banyak kan gigi dia…

IMG01732-20110814-1854

hiks… lihat, kalo baby girl mesti semua kena pink… senang citer… bju tdo pink… terserlah keayuan sejak kecik… *eh, apakespujiadiksendiri…

IMG01733-20110814-1854

sesungguhnya, kalau seseorang itu berabang dan berkakak kan mereka yang da tua2… sangat lah beruntung… ramailah benor nak manja2kan dia… kalo org ni marah, lari ke org lain… kalo majuk ngan org ni, main ngan org lain… hu3… lihat, aksi2 “marilah dukong saya…”… huhh, xkoser…

IMG01734-20110814-1855

ooo, si Filzah nih, kalo marah2 majuk2, dia suka merangkak secara reverse… agaknya itulah sign dia… kalo merangkak ke depan = suka, kalo reverse = x suka… wow, sgt sistematik cara luahan perasaan… hahahha… lihat fringe dia senget benget, akibat perlakuan utk mengurangkan kadar kecomelan beliau…

IMG01735-20110814-1855

lihat, kecik2 da ada feel2 nak jadi artis… “no camera plissssss…” hehhehe…

mood:~alamaksss, x cari baju baju raya utk filzah lg…~

Tuesday, August 16, 2011

Coch 99 – Buka Puasa ‘11 - Back to School

coch

yessss… again, this coming 20th August 2011 on Saturday, ai will be attending Buka Puasa Session for Cochranean 99 batch… as far as ai concern, this will be the third gathering for Coch 99 buka puasa… but for this year, it will be more special and interesting… this event will be held on our school, which now is known as Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane…

ooo, nape wat kat school??? sebab, at the end of this year, this old Cochrane Road School (CRS) will be demolished and we can happily say Hi to IKEA soon… wink… tapi sedih laaa, nanti takleh nak story mory kat anak cucu, “inilah sekolah papa dulu…”… hu3… banyak wehhh kenangan kat school nih… 5 taun tuh…

ok, skang tgh pening2 sebab, cuba tgk poster kat atas tuh… theme – back to school… nak pakai apa weh??? hey, pakailah baju sekolah yg lama2 dulu… tetttttt… x muat… ha3…

secondary1

haa, suci murni tak??? pakai baju putih, seluar kaler ijau2 kelam tuh… erm… kalo pakai camni, ok x???

220px-Malaysia_Primary_School_Girls

haaa, mampukah engkau nak lompat tinggi2 camni lagi… silalah sedar dengan kededeman dirimu… hu3… rasa sejuk dan berangin jer… ha3…

tapi, itu biasa sangat… x kreatif… apa kata pakai camni plak… barulah feeling2 Personal Taste…

ft_island_in_school_uniform-200901021935313

haa, Korea la sgt… nanti leh feeling2 nyanyi ramai2 atas stage, K-Pop bagai… huhuiiii… bajet jambu la pakai camni… hu3… tapi, demi impian nak memenangi anugerah pakaian terbaik… saya akan cuba…

Halloween-Women-Hetalia-Axis-Powers-School-Uniform-Cosplay-Set_3

ada berani?????? hahahhahahhaa…

mood:~x sabar plak… hu3…~

pic:~tq gugelina~

Monday, August 15, 2011

ye saya memang begitu… sekian…

terimalah saya seadanya…

bunc

sekian…

mood:~bukankah bunc itu sexy…. hahahaha..~

Thursday, August 11, 2011

kenang terkenang di bulan puasa

haaa, alhamdulillah… hari ni da 11 ramadhan… sedar tak sedar da 11 hari puasa… da masuk 2nd phase of Ramadhan… moga2 kita dilimpahi rahmatNya… dan sekali lagi.. syukur dapat menempuhi Ramadhan dengan penuh keberkatan…

bila sampai bulan puasa nih, teringat lah plak kecik2 dulu berpuasa… puasa dolu2…

~~~

niat puasa ramai2… lepas je sahur, semua duk tdo balik… masuk dlm selimut ramai2, kat ruang tamu… then inchek abah akan baca niat puasa, ramai2 ikut…

mak

rindu kat mak… al-Fatihah

kalo terlajak tdo, tak bersahur, arwah mak akan buat ennaunsemen… “kalo ari ni tak larat nak puasa, boleh buka…” hiks…

pernah skali, masa bulan puasa, g jalan2 kat petaling street… singgah jumpa kwn abah kat kedai makan dia sebelum g shopping baju raya… oleh kerana terliur tgk roti bakar, abah bg lesen utk berbuka…

arwah mak rajin buat kuih… lepat lah, kuih lapis la… uih, menanti kuih siap di kala petang amat menyeksakan… bila da berbuka, kuih tu tak usik sgt pun… he3…

raya mak

menolong arwah mak buat kuih raya… lepas kuih siap, makan nyorok2 kat dlm bilik simpanan kuih… huihhh, teringat biskut gajus arwah mak… shedapppp…

g sekolah petang bw ice… leh tenyeh2 kat kepala kalo panas… ada satu hari, buat ice siap2 kat umah… letak perasa barli… so, masa tenyeh2 ais, ais cair, ada perisa barli… hahhaa… kreatif tak ai???

~~~

skang… puasa sorang2… hu3… sib baik lah taun ni rezeki murah sket… dapat berbuka kat Hilton PJ hampir setiap hari… sebabnya…

IMG01700-20110804-1847

IMG01701-20110804-2153

main gamelan kat sini… so, xde la buka sorang2 kat umah… hu3… apa2pun… selamat berpuasa… moga2 ramadhan kali ini lebih baik dar yang sebelumnya… amin…

mood:~…~

Wednesday, August 10, 2011

dradek ramadhan *dradek = drama pendek

petikan sms di ptg ramadhan yang mulia…

~~~

saya: ello… bz ke???

dia: x laa… kat bazaar ramadhan nih…

saya: oooo… ramai org tak???

dia: ramai gak le…

saya: beli apa je tu???

dia: beli makanan…

saya: …????… <ek eleh, belasah kang… wat lawak ke apa??? sah-sah dah kat bazaar ramadhan, mestilah beli makanan… takkan beli tayar basikal kot…>

dia: aittt, senyap je… marah ke???

dia: awak…

~~~

mood:~entri emo…. hahahhahha…~

Monday, August 8, 2011

ke Singapura pula 15-17 July 2011

huyuuu… mari cerita pasal g singapura plak… 15-17 July 2011… igtkan nak post pasal trip nih last week, tapi bara singapurapura masih hangat… he3… so, kang x pasal2 kena label pengkhianat…

ok, trip 2d2n ni sangat sempoi… ni trip sebelom ramadhan tajuknya… bila ntah dpt idea nak g cuti2 sebelum ramadhan… igtkan nak ke cameron, tp umah oman kat bwh cameron je… x thrill… he3… so, decide ke singapura… obersea sket…

sing 8

wajah baru sampai singapura… kitorang naik KTM dr KL Sentral ke Woodlands CIQ… amik yg ada bed tu… sedap sket nak krohh krohh… RM 40 utk katil atas, RM42 utk katil bwh… nampaknya krohh krohhh ai lagi kuat dr bunyi ketapi bergesel ngan landasan… begitulah kata oman…

sing 9

setelah menggoogle cara2 ke Hostel kitorang, berlari mengejar2 bas, akhirnya naik MRT juga… ke namanya subway… x sure la… senang nak pusing2 kat singapura nih… layan MRT je… sana sini ada… so, kitorang nak ke Chinatown… tpt hostel kitorang… sila lihat warna pakaian ai… pink dan merah… cukup meriah… ha3…

sing 10 

tadaa, comel tak hostel kitorang… BearyGood Hostel… sgt comel… dekat gila wehh ngan MRT chinatown… 10 steps je… betul2 kat chinatown… kira kalo kat msia, betul2 kat atas petaling street… meriah…. basuh2 muka sket… da mcm mangsa rogol muka.. selekeh tak mandi semalaman… he3… owh, ai sgt clumsy di singapura… sampai2 je hostel, da pecahkan 1 botol perfume, tumpahkan 1 cwn kopi… haiyaaa… amik 3beds… ala2 dorm… SGD 26/bed/day…

sing 7

terus berlari2 anak menjelajahi  singapura… 1st, g serbu Sky Tower… ala2 bentuk kapal di atas bangunan… tinggi wooo… duk atas dek….. tgk singapura dr atas… tiket utk SkyPark SGD 20… sila jangan convert ke RM… nangis…

sing 3

uihh, apa nih… main2 sembur2 isap2… aiya… tidak bermoral la pic ini… inilah pic di Merlion… gigih  pusing berjalan utk amik pic kat Merlion nih… dan, kalo nak tahu, lepas je kitorang wat aksi2 kurang bermoral nih, ramai plak yang tiru aksi ini…. berduyun2 lah plak org muncung2 bibir nak wat aksi yang sama… ha3…

sing 4

beriya2 sengetkan badan, konon2 takut tak muat pic… terpikir juga… x menat ke Merlion ni nganga x henti2… hu3… *gila ke apa… ooo, nampak tak bangunan Sky Tower kat belakang tuh… haa, atas tu kan ada bentuk kapal… so, kat atas tulah kitorang jalan2 td…

sing 5sing 6

ok, ini adalah aksi di Chinatown… seperti di PS kita… balik hostel, mandi jap… rehat2 skjap… terus berjalan2 cari souvenir…. pic menunjukkan betapa bateri ai da kaler merah bata… x larat… hu3…

sing 1

lihat, tgk anak panah… itulah Hostel kami… Beary Good Hostel… dekat je ngan MRT station… sgt besh… ooo, mari beramai2 ke hostel ini… 2nd rank, rated at TripAdvisor for B&B/Hostel in Spore… servis terbaekkk la… lap u Jason.. *eh, betul ke nama mamat jg kaunter tu Jason?? hu3…

sing 2

tadaaa, eh, balik dah… yups… ni pic keesokan harinya… aktiviti di malam hari tidak dpt disiarkan kerana jari sangat letih nak snap pic… ha3… cuba tgk baju ai, The End pastu sambung plak kat paper bag tuh Sale… da jd THE END SALE… gitu… jadi papan iklan sudah…

berakhirlah sesi jalan2 di singapura… sgt suka trip nih… sebab sempoi dan mudah… oo, benarlah kata org, kalo nak shopping branded thing, silalh ke spore… murah sket berbanding kat Malaysia… perfume… ooo, oman sambar Pedro dengan harga RM200 je.. berbaloi kan…

mood:~udah, cukup… takleh jalan2 lagi… *sambil tgk kalendar ada tanda kat bulan 10 ke Bali…~

Friday, August 5, 2011

jom heart sama AmanWan :)

ok, ramai2… mari jatuh chenta dengan AmanWan… adoyai… sangat2 comel dan kelakau vlog dia… mari jatuh chenta ramai2…

iKLan Gangster

iKLan Gangster… ahaiii… choki choki… tam tam.. suma ada… terbaekk bro… “abg tembam sudah keluar laaa…” hahhahahha…

Komik-M

hahahhaa… siap ada special appearance dr mama dia… *mak dia kot*… haippp.. dush… haippp… dush…. adoyai… nangis gelak di sini…

Salah Faham Ber-Chatting

ini satu lagi… adoyai… “saya teringat arwah atuk saya”… “padan mukaaa”… hu3… satu lagi… “saya tanya pakwe saya, dia suka ke tidak ngan saya… dia jawab – Mestilah X…D”, ha3… x reti interpret emoticon…

oo, AmanWan pun ada blog… rupa2nya, dia ada komik… cer tgk… best… tak abis explore blog dia lagi… jom ramai2 view channel AmanWan kat youtube… banyak gak vids lain… meh gelak2 utk ilangkan rasa lapar… hu3…

mood:~hahahaaa….~

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...