Thursday, August 25, 2011

Cochranean 99–Buka Puasa 2011 gathering

coch99 1b

assalamualaikum… manistakkurmaini??? eh, eh… silap channel plak… pekaba semua… ai tau, suma rindu  kat ai kan??? *eh… perasan kah kamu???

nak story pasal Buka Puasa 2011 – Cochranean 99… buat kat sekolah tuh… lihat di atas, Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane formerly known as SMK Jalan Cochrane… meremang seiii bebulu reroma bila masuk sekolah balik… lalu kat korridor… bau2 bangunan sekolah… rindunyehhhhhh…

coch99 2

inilah korridor yang dimaksudkan… *eh, ni nak tunjuk pic korridor ke, nak tunjuk pic ai… muahahha… ye, tema majlis adalah Back to School… akibat keterlanjuran dalam pengembangan lemak2 dan otot2 di badan, maka baju sekolah lama tidaklah muat lagi… maka, terpaksalah mengimprovisasikan pakaian back to School itu… hu3…

coch99 6

Cochranean SPM 1999… mak haihhh, da hampir 12 taun yang lepas… amakt kertu yer… hu3… this event was held at Dewan Sekolah… terasa kecik plak tgk dewan sekolah balik… dulu, masa muda remaja, besau bebeno tgk dewan itu…

coch99 4

slrpppp…. *oitttt… lap sket air liur tuh… haaa, siap ada coklat fountain limpah2 lagi… huwaaaa… camna nak kurus… saje je diorang nih… seriously… sgt sedap buka puasa ngan coklat ini… nyum nyummm slrpppp…

coch99 5

door gift…. school book, school badge n key chain… aiyoo, zaman2 sekolah dulu campak2 buang2 je buku… bila da bebeso nih, sgt suka tgk buku sekolah balik… teringat dulu2, wat nota sejarah adalah sejenis penderaan terhadap emosi dan otot2 pergelangan tangan… sampai tembus2 dakwat ke page sebelah sebab menyalin nota beserta perasaan geram…. ha3…

coch99 8

tadaaa… ghost-bird… eh, silap… burung hantu… our alma mater… nak tau nape burung hantu??? yelah, cochranean kan suma rajin membaca buku… stay up malam2 utk ulangkaji… spt burung hantu yang berjaga malam… kan kan kan??? iyolahhh tu… *rasanya, ai lebih persis dengan hantu berbanding burung hantu… hiks…

coch99 16

lompat2 ramai2 dalam gelap… hu3… kat tennis court nilah tpt perhimpunan pagi2… sambil nebes2 kalo tak pakai tie ari isnin… jalan dengan memanjangkan leher di depan pengawas supaya rambut tidak melepasi kolar baju… gigit2 kuku bila perasan bahawa diri ini terlupa utk memotong kuku… hahaiii… memori…

ooo, kalo kat cochrane, sape2 yg langgar peraturan, cth, kalo tak pakai tie, abislah baju sekolah kena cop ngan rubber stamp tuh… “melanggar peraturan sekolah”… mencabar nak basuh baju lepas tuh…

coch99 17

aktiviti tahunan… musical chair… kecoooohhhhhhhhh sekampungggg!!!!! yang menjerit tanpa sebab… yang duk senggol punggong org lain… terbuktilah bahawa, saiz punggong yang mantap dan padat bukanlah pengukur kejayaan… kerna, yg menang adalah yang berpunggong kecil sahaja… ha3…

sesi pic di sana sini…

coch99 31

huihh, nakal tak kami????

coch99 23

inilah bekas wakil kumpulan nasyid cochrane yang asyik tumpas di pusingan awal akibat gagal membezakan antara lagu pop dan lagu dakwah… hiks… *thanks Nana, Aimi, Shelly sbb organize partayyy ini…

coch99 22

sesi pic bersama2… ooo, tidak ramai yang semakin dedem… hanyalah saya sahaja T____T

coch99 20

lihat, cuba utk kelihatan langsing dengan mengangkat separa kaki ke atas ketika bergambar… namun… hahahhaa…

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar… dapat juga buka puasa kat sekolah… agak bertuah bila dpt schoolmate yang nak lagi get together, walaupun selepas berbelas2 taun… syukurrr…

so, puasa pun nak abis nih… salam aidilfitri… semoga kita dapat bergumbira bersama keluarga tersayang… jadikan aidilfitri kali ini lebih indah dari biasa… akhir sekali…

terimalah…

coch99 1a

-COCHRANEAN SPM BATCH 1999-

kami semua lahir pada…

coch99 25

mood:~taun dpn da 30 woiiittttt….~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...