Jom peluk ramai-ramai. Inilah senario yang biasa akan terjadi sejurus selepas aktiviti makan tengahari mereka. Selepas makan terus tidur. Dasar kucing. *eh, tuan kucing pun suka tidur lepas makan, kucingkah juga???
Dari bawah, eh kiri, eh bawah kiri: Bo Bo, Ko Pi, Junior. Lihat, kembang2 bulu mereka. Ini adalah kerana kejadian kahwin campur antara kucing-kucing di kuarters Pulau Indah ini. Yang bulu kembang couple ngan bulu kuncup. Maka lahirlah mereka.
Owh, sila lihat Junior. Kakak-kakak beliau bulu kembang, namun ia tidak. Kasihankan. Kadang-kadang dengar diorang bergaduh. Antara pergaduhan mereka “eh, kau bukan anak kandung mama, kau adalah anak angkat”. Hahahahaha.
Lepas ni nak suruh Bubu (mama mereka) couple ngan kucing hutan pulak lah. Kot2 dpn iras2 harimau ke singa ke. Barulah rock. Ho3. Takpun, couple ngan kucing mata hijau biru ke. Barulah bermata Aishwarya Rai kucing-kucing di rumah.
Teringat plak masa Bubu baru menginjak remaja. Bubu dah gedik-gedik ngiau ngiau nak bercouple. Lantas inchek Abah telah mengurung Bubu dalam rumah seraya berkata “Hoi Bubu, kecik-kecik dah gatal nak couple ye, duduk rumah diam-diam”. Maka terkebil-kebillah Bubu dalam rumah sambil sms bakal couple bahwa cinta mereka terhalang. Sadis kan. Hiks.
Kucing adalah cute dan sangat menghiburkan. Sayangilah kucing demi negara yang lebih penyayang.
mood:~Bu Bu...~
No comments:
Post a Comment