Monday, March 12, 2012

Gelak ketika hujan adalah tidak baik

Gelak gelak gelak. Tengahari2 nih, duduk sorang2 kat lab, tetiba tergelak sorang2. Seram tak kawan2. Kah3. Oleh kerana kelajuan internet di lab ini adalah sangat vavoom, maka tangan ini begitu laju menerjah YouTube. Jiyeahhhh *eh, abg Nas ketak2 kah?

Bila duk gelak2 tanpa henti, tetiba teringat pulak kes yang terjadi masa belajar zaman muda2 dulu. Affa, kalau ko baca nih, mesti ko gelak jugak ah. Ha3. Ingat tak kes gelak2 di kala hujan lebat dan kita meredah hujan lebat dgn BFB itu. Camni ceritanya.

Ada sekali tu, lepas g Warta kot, singgah kat seksyen 15 lepak makan tengahari *eh, ke minum petang. Tetiba wooossshhhh. Hujan mencurah2. Jadi, terpaksalah sambung lepak di kedai itu. Entah lawak apa yang kitorang buat, sehingga kikik2 gelak2 tanpa henti. Kikik gelak kikik gelak makan gelak kikik makan, hujan still tak reda lagi. So, apa lagi, kitorang decide nak redah je hujan tuh.

Bila dah naik motor, hujan lebat tuh, still gelak2. Sebab sejuk sangat. Ha3. Senget kat kitorang. Sejuk pun gelak. Oleh kerana jarak penglihatan agak terhad di kala hujan lebat itu, maka Affa pun bawa motor tu slow2. Bila sampai kat bulatan tu, duk paling hujung sekali. Yelah, perlahan bebeno bawa motor.

Tetiba, bila sampai kat exit ke 2 bulatan tuh, ada kereta kancil merah makin dekat. Siap boleh cakap kat Affa “Eh, Affa, kenapa pulak Kancil merah ni makin dekat nih? Eh eh eh eh” Debushhhhhh. Dilanggarnya kitorang yang innocent lagi baik hati nih.

Yang kitorang tak faham, dah sah2 kitorang bawa slow gila, takkan tak nampak. Nampak bebeno kakak Kancil merah itu, tetiba nak masuk 2nd exit tuh. Huh, siap kata, dia dah bagi signal ke kiri, nak masuk exit tuh, tapi kat keta dia signal ke kanan yang berkelip2. Adoyai.

accidents19

Eh, ini bukan kitorang. Hiks. (Pic-Google)

Yang sadisnya, siap kata lagi, “tadi, masa akak terlanggar korang, kitorang tergelak gak, sebab korang jatuh slow motion sgt”. Eh, siap gelak2 plak. Pang sekali baru tau. Satu lagi statement tak boleh dilupakan, “Akak memang rasa berdebar2 masa start bawa keta td. Memang akak dah jangka nak langgar org”. E eh, kalau nak langgar sgt, pergilah langgar menda lain, janganlah langgar kitorang. Dalam sibuk pot pet pot pet, tetiba Affa bersuara, “wei, korang, nanti2 lah gaduh, angkatlah aku dulu nih”. Oh, lupa nak cerita, ai takde apa2, sebab sempat lompat dan mendarat di atas badan Affa. Hiks.

Terus hantar Affa g klinik, jahit sana jahit sini. Cucuk sana cucuk sini. Selesai. Ambil nombor phone kakak tu, g lah bawa BFB g workshop. Dah macam bentuk love gear motor tuh. Alang2 dah hantar motor ke workshop, suh abg mekanik serviskan sekali, tukar minyak hitam, tukar cermin, tukar seat baru. Pastu claim kat kakak tu. Ha3. Jahat kan.

mood:~weh, boleh guna lagi BFB modenas tuh, skang ada berlegar2 kat UiTM Shah Alam tuh, adik ai guna~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...