Ok ok, saya tipu, tayar saya tak pecah sampai bunyi kebababooommm…
Uhuiii. Sila kesian kat Viva hitam yang comel nih. Ari tu bengkok rim bagai, sekarang tayar pecah pula. Nasib baik kejadian tidak mengundang kepada kehilangan nyawa. Alhamdulillah.
Lihat, pemecahan secara sekata beradius sempurna. Seperti ditoreh2. Pertama kali jadi camni. Apakah puncanya? Camna boleh tak perasan. Tapi, sebelum naik keta, dah check kondisi tayar, ok lagi.
Patutlah, masa kat Kerinchi Link td, ada keta polis, duk belakang keta saya, memintas kereta seraya membunyikan siren yang kuat dan cuba berkomunikasi dengan saya. Gelabah weh. Tetiba tengah sedap nyanyi lagi One Moment in Time dengan key tinggi, tetiba polis bunyikan siren. Igtkan nak tahan kerana berkelakuan seperti artis di jalan raya.
Namun, tak sempat abg polis nak tolong, kami berpisah di persimpangan dilema. So, masih terpinga2 kenapa polis tu bunyikan siren. Mati2 gua ingat dah kena ngorat ngan abg polis. Nora Danish sgt. Ye, jangankan Nora Danish, bulu kening Noraniza Idris pun x sebanding. Kah2.
pic – tq to MatKepoh.
Nak tau punca? Setelah abis sesi temubual dengan abg penukar tayar di parking UM, ternyata bahawa tayar itu dah expired. Weh, baru tukar taun lepas kot. Sebelum raya. Tgk2, taun 2003. Gue ditipu. Nasib nasib.
Oleh itu, kawan2.
Sekian.
mood:~sib baik ada tayar spare~
No comments:
Post a Comment