Thursday, February 25, 2016

NZ Roti John, Putrajaya

Assalamualaikum. Kalau jalan2 ke Alamanda, Putrajaya, apakah aktiviti yang selalu dilakukan? Betul cik kak, kita makan!!! Kat food court Alamanda memang happening lah makanan nya. Selalu makan waffle gebugabasbantaltidopuntakgebucamtu. Tapi kali ni kita makan Roti John plak. Untuk kali ni, bukan ai yang beli, tapi member yang belanja. Ahaks.


Cam baru buka kot. Kali terakhir pergi sini, takde lagi gerai Roti John ni. Seperti biasa, bila tiba masa untuk order makanan, haruslah pilihan yang paling extra akan dipilih. Kalau dalam senarai menu, pilih yang paing bawah lah. Bior puas makan. Hahahahha.



Tadaaaa. RM8.90, Besar Special. Haaa, kemain besau. Nasib order satu je, terkedu jap masing2 tgk roti ni. Dah suruh org lain abiskan siap2. Lukis2 peta bahagian makanan masing2. Teheeee ^_^


Selalu Roti John dalam je ada telur. Kali ni, haaaa luar dalam bertelur. Siapa kaki telur, memang beronok-ronok lah makan ni. Puas hati! Takdelah rebut2 amik yg tengah2, sebab yang hujung2 selalunya roti keras, takde telur. Kehkehkeh. Yang ini, sampai ke hujung limpahan telur beserta daging2 serta mayonis slrpp slrpp.

Ni senarai harga. Nak add toping pun boleh. Camnalah gamaknya kalau kitorang add cheese??? Huwahaaaiii, menggebu seperti johan lah gamaknya.


Rakan se Roti John. Eh, apsal dagu terbelah senget tu. Cucuk ke???

Ok, kepada sesiapa nak singgah NZ Roti John ni, meh lah ke Food Court Alamanda. Gerai ni kat hujung2 pintu keluar yang boleh tembus ke cinema dan tempat karok tu. Lepas makan, g karok, pastu tgk wayang. Perghhh. Indah dunia. Nah, jenguk2 lah FB NZ Roti John ni.

Sampai jumpa lagi...

mood:~makan tu makan jugak, jangan malas nak exercise~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...