Tuesday, March 1, 2016

Bali Feb 2016, part 1

Alhamdulullah. Berjaya juga trip ke Bali. 5/2 sampai 9/2/2016. Trip Family Day utk Fantabalous Wedding Team. Sponsor by En Khalid Ahmad, wedding planner tersohor. Kan kalau belek2 blog ni, kadang2 ternampak event wedding, deco, pelamin dan seumpamanya. Haaa, ni lah team nya. 


Wefie di depan kaunter check in. Nasib baik gerak in a group. Jadi tak payah nak beratur2 sgt. Terus kena panggil check in luggage. Ni first time naik Malindo Air. Ticket return KUL-DPS, RM729. Mahai sikit lah, sebab cuti Raya Cina. Tapi berbaloi lah, dah masuk sekali 20kg luggage, makan. 


Tadaaa. Udah sampai. Kalau dah ke Bali, melawat pura je lah kita ya. Pura maknanya seperti kuil atau tempat keagamaan mereka. Nama pura ni? Lupa. Hahahhaha. Ni pun takde dalam itinerary, lalu dpn ni, tetiba Adi (tourist guide) suggest utk singgah. 


Haaaa. Kemain masing2. Pose secara umum. Jadilah begini. 

Haaaa, ni pura Ulu Danu. Eh, ke Ulun Danu. Tapi pic pura ni lah ada kat IDR50k. Cuba g check. Pura ni terletak di kawasan agak tinggi. Sejuk juga kat atas ni. Cuma taklah sampai ha haa keluar asap bila ckp. Yang menariknya? Pura ni terletak di pinggir tasik yang besar. Nyaman sungguh. 


Jalan2 keluar, nampak pokok2 simetri, terus snap. Gebu jugak ye nampaknya. 


Trip hari ni diakhiri di pura Tanah Lot. Alaaa, tempat wajib lah kalau ke Bali. Waktu kitorang sampai, air sudah agak pasang. Jadi tak dapat nak seberang ke area satu lagi. 


Selfi sedas sikit. 

Cewaaahhhh... haaa, itulah bahagian pura yang tak dpt pergi tu. Kalau air surut, kita boleh seberang ke sana. Jadi hati2 kome. Seberang sana time air surut, tetiba nak balik, air dah pasang. Sudah. Nangis2 x dpt balik. Hehehehe...


Selfie lagi. Chaaakkkk... 

Di kala remang senja. Selalu org ke Tanah Lot, sebab nak tgk sunset. Sempat lah merakamkan detik2 sunset. Cantik kan? Subhanallah.

Ooo. Lupa nak kabau kan. Trip kami kali ni, kami ambil Pak Agung Wijaya sebagai tourist guide kami. Berbaloi2. Tapi Pak Agung bz, jadi Adi yang jaga kami. Sangat sempoi! Sangat menepati masa dan senang dibawa berbincang. Nanti ai akan sharekan itinerary yang Pak Agung propose bersama harganya sekali. 

Mood: cinta jarak jauh hanya mimpi. Tetiba. Hahahha.

2 comments:

Muhammad Aziz said...

Mood : cinta jarak jauh . Best lah .

Muhammad Aziz said...

Mood : cinta jarak jauh . Best lah .