Saturday, March 5, 2016

Bali Feb 2016, Part 2

Uwarghhhhh. Best gila! White water rafting dekat Telaga Waja. Kira dalam 2 jam naik van. Utk aktiviti ini, sorang IDR300k. Tempoh masa aktiviti ni dalam 2 jam. Jom kita tgk apa yang terjadi sebelum aksi ini. 

Haaaaa. Almost 90 degree. Menjunam! Tapi seriously, best!!!!


Sebelum menjunam. Atlet sukan rakit negara. Kategori kanak-kanak riang. Masing2 x nak kalah. Pose kemain. 


Sampai sekarang masih tertanya2, kenapa muka cam kura2 bila pakai helmet tu. Muahahahaha. Org lain nampak kening, ai tertutup, dasar tortoise. 


Dah asyik berwefie, bila nak mulanya. Kening masih tak kelihatan. Hahahahaa. 

Ini antara pit stop. Ada pintu empangan yang agak tinggi. So, x boleh nak ngengada nak terjun sekali dengan rakit tu. Eh, besar eh lengan. Pemain ragbi ke?


Berhenti minum ayaq kelapa. Sambil terapung2. Sepanjang perjalan berakit ni, subhanallah, cantiknya! Ada air terjun. Juntaian2 pokok2. Air yang jernih. Memang puas hati. 


Satu rakit dengan En Khalid dan Topek. Topek dengan cubaan menggunakan gopro beliau. Sudahnya, yg video jadi kamera, yang kamera entah ke mana. Hahahaha. Penat senyum tau. 

Tak sangka white water rafting di Telaga Waja boleh jadi se happening begini. At least kita dah pernah buat aktiviti ekstrem ni. Sangat disyorkan anda utk buat aktiviti ini. 

Berapa? Kitorang book thru Pak Agung Wijaya, IDR300,000 per person. Ini termasuk transportation to-fro Seminyak, lunch. Nanti kena bagi tip sikit lah kat abam bot. Tapi ikut lah banyak mana.

Mood: berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian...

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...