Tuesday, March 8, 2016

Bali Feb 2016, Part 3

Fantabalous Wedding Group adalah satu group yang mana bertanggungjawab dalam coordination sesebuah majlis. En Khalid selaku bos besau group ni, diikuti oleh Lofa, Kak Min, Kak Nasha seterusnya anak2 didikan yang begitu bertanggungjawab Oman, Topek, Din dan ai sendiri. Masing2 ada kerja fulltime, kami lakukan secara part time basis, kalau diperlukan, bos besau akan roger kami. Ka ching $$$


En Khalid, bos besau dengan cucu2nya. 

 
Pose formal.


Pose HaHa!

Ini antara hobi kami. Melompat gaya bebas. Namun, dek kerana hukum graviti nyata, seinci je lah pun kalau lompatnya. 


Pose ini dinamakan pose searah seirama, demi untuk memberi ilusi kepanjangan dan kekurusan. Menjadi x??? 


Nampak cam good good je kan? Panaih! Nampak tu, peluh baru lap, jejeh2 balik kat leher. Tapi view, subhanallah. Cantik!

See, hobi melawan graviti. Pencil jump yang lebih kepada refrigerator jump. Lebau bersegi kemain! 

Cubaan wefie secara candid. 

Haaa. Pose lompat, namun??? Kejadian gegeran kecil di Nusa Dua telah dilaporkan. Maafin.

Tariknafassedalamnya. Hahahha. 

Alhamdulillah, berakhir sudah trip ke Bali kali ini. Selaku org tukanga book flight, vila, pak supir, nebes dah abis. Kot2 ada benda yang tak dapat dielakkan ke, takut wooo. Tapi alhamdulillah. Semuanya lancar. Pak supir sporting, dpt buat aktiviti yang kita nak, vila pun cun. 

Kembali bertugas. Bulan 4 ni, deretan wedding. Ka ching la. Tq En Khalid kerana masih mempercayai ai sebagai salah satu team fantabalous, walaupun asyik minta duit kompang, bawa vip entah kemana2. Insyaallah, ai akan pastikan tiada apa2 lagi kes yang membuatkan ai tersingkir. Hahahaha.

Sekian. Daa Bali. 

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...