Showing posts with label bali. Show all posts
Showing posts with label bali. Show all posts

Thursday, March 3, 2016

Bali Itinerary 5d4n

Salam semua. Jiyeah. Ayuhh, kita tgk itinerary sepanjang di Bali, propose by Pak Agung Wijaya. Harga tertera utk transport itu untuk 8pax. Kita naik minibus ala2 van kat sana. Cantik van nya. Cuma Pak Agung bz, kami dijaga oleh Adi. Tq Pak Adi.

Feb 5,
Airport pick up
Transfer to seminyak
Rp 250,000 per car.

Feb 6,
Pick up time 9 am
Pasar Seni Sukawati (painting murah gila, gila pun tak murah camni)
Pura Ulun Danu (lupa berapa entrance fee)
Tanah lot, (ticket Rp 30,000 per person)
price : Rp 850,000 per car.

February 7,
White water rafting, telaga waja
Pick up time 7.30 am
Price : 300,000 per person.
Includes : Return transfer, lunch, safety equipment, insurance.

February 8
Pick up time 1pm (solat dulu sebelum merewang2)
Nusa Dua
Uluwatu, Kecak Dance (ada org request nak tgk Kecak dance. So berkecak lah kita ye)
Price: 700,000 per car.

Feb 9
Pick up time 1pm (check out lewat sikit, nak solat siap2)
Check out
Kuta
Airport (bye Bali, #muahciked)
Price : Rp 700,000 per car.

Total, 5d4n, 8 pax,
IDR2,500,500 (RM787.50)
Kalau dibahagi delapan, jadinya per pax RM98. Eh, murahnya.

Kami menginap di Vila Anyelir, Seminyak. Berdekatan dengan jalan besar di Seminyak. Nak pergi BaliJoe pun dekat. Eh. Untuk vila 2 tingkat, 3 kamar, 2 bilik air, 2 tingkat, private pool, IDR1,500,00 per nite. Oleh kerana vila ni utk 6 org sebenarnya, kitorang berlapan, jadi kena tambah sorang IDR400,000. Tapi owner bagi diskaun. Sepatutnya tambah IDR 800,000, tapi disuruh tambah IDR400,000 je. Jadi untuk penginapan, IDR1,500,00 x 4 nite + IDR 400,000 = IDR6,400,00 (RM2016) untuk 8 pax. Sorang jadi RM252 je. Eh, murah jua. Sila call +6282113985895. Atau g book di Booking.com pun boleh.

Bagi kitorang. Harga yang Pak Agung sangat murah. Servis by Adi pun tiptop. Apa2 je kitorang request, Adi cuba utk penuhi. Cenggini...

So, kalau nak ke Bali. Memang ai akan syorkan Pak Agung. Contact2 lah FB Pak Agung ye.

Mood:~jom ke Bali~

Tuesday, March 1, 2016

Bali Feb 2016, part 1

Alhamdulullah. Berjaya juga trip ke Bali. 5/2 sampai 9/2/2016. Trip Family Day utk Fantabalous Wedding Team. Sponsor by En Khalid Ahmad, wedding planner tersohor. Kan kalau belek2 blog ni, kadang2 ternampak event wedding, deco, pelamin dan seumpamanya. Haaa, ni lah team nya. 


Wefie di depan kaunter check in. Nasib baik gerak in a group. Jadi tak payah nak beratur2 sgt. Terus kena panggil check in luggage. Ni first time naik Malindo Air. Ticket return KUL-DPS, RM729. Mahai sikit lah, sebab cuti Raya Cina. Tapi berbaloi lah, dah masuk sekali 20kg luggage, makan. 


Tadaaa. Udah sampai. Kalau dah ke Bali, melawat pura je lah kita ya. Pura maknanya seperti kuil atau tempat keagamaan mereka. Nama pura ni? Lupa. Hahahhaha. Ni pun takde dalam itinerary, lalu dpn ni, tetiba Adi (tourist guide) suggest utk singgah. 


Haaaa. Kemain masing2. Pose secara umum. Jadilah begini. 

Haaaa, ni pura Ulu Danu. Eh, ke Ulun Danu. Tapi pic pura ni lah ada kat IDR50k. Cuba g check. Pura ni terletak di kawasan agak tinggi. Sejuk juga kat atas ni. Cuma taklah sampai ha haa keluar asap bila ckp. Yang menariknya? Pura ni terletak di pinggir tasik yang besar. Nyaman sungguh. 


Jalan2 keluar, nampak pokok2 simetri, terus snap. Gebu jugak ye nampaknya. 


Trip hari ni diakhiri di pura Tanah Lot. Alaaa, tempat wajib lah kalau ke Bali. Waktu kitorang sampai, air sudah agak pasang. Jadi tak dapat nak seberang ke area satu lagi. 


Selfi sedas sikit. 

Cewaaahhhh... haaa, itulah bahagian pura yang tak dpt pergi tu. Kalau air surut, kita boleh seberang ke sana. Jadi hati2 kome. Seberang sana time air surut, tetiba nak balik, air dah pasang. Sudah. Nangis2 x dpt balik. Hehehehe...


Selfie lagi. Chaaakkkk... 

Di kala remang senja. Selalu org ke Tanah Lot, sebab nak tgk sunset. Sempat lah merakamkan detik2 sunset. Cantik kan? Subhanallah.

Ooo. Lupa nak kabau kan. Trip kami kali ni, kami ambil Pak Agung Wijaya sebagai tourist guide kami. Berbaloi2. Tapi Pak Agung bz, jadi Adi yang jaga kami. Sangat sempoi! Sangat menepati masa dan senang dibawa berbincang. Nanti ai akan sharekan itinerary yang Pak Agung propose bersama harganya sekali. 

Mood: cinta jarak jauh hanya mimpi. Tetiba. Hahahha.

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...