Monday, April 10, 2017

Batu Caves April 2017

Jengjengjeng. Hujung minggu lalu sempat ke Batu Caves. 10 minit je dari rumah. Kemain pergi beribu2 kilometer pergi tempat orang, yang kat sebelah jalan tak pergi pun. Huhu. Seawal jam 8 dah sampai di Batu Caves. Dapat park dekat stesen komuter Batu Caves. Free! Kalau nak naik KTM pun lagi senang. Salah satu entrance ke Batu Caves bersambung dengan stesen komuter.


Muka sedang  kemalu-maluan, sebab tiba2 selfie sorang depan orang ramai. Haha.

Mungkin kerana masih awal pagi. Gerai2 pun baru nak buka. Orang dah ramai kat sini. Meriah! Yang datang utk acara keagamaan berpakaian serba warna warni. Segenap lapisan usia ada, kanak2, remaja, dewasa, warga emas. Yang berbag2 besar beroda pun ada. Mungkin tourist dari luar negara. Dari Indonesia rasanya. Selamat datang ke Malaysia ya.


Terdapat deretan kedai menjual makanan tradisional. Ladoo kalau tak silap namanya ni. 

Tadaaaa. Tudia. Tangga utk didaki. Beriya rajin nak mendaki kat sini, kat offc, nak turun satu tingkat pun naik lif. Balik umah, nak panjat tingkat 3 pun malas. Haha. Ayuhhhhh. Mari kemengah-mengahan. Amik nafas panjang2, mari kita daki. Punyalah stamina tahap warga emas, asyik berhenti amik nafas, bersama pakcikmakcik yang ada. Buat2 tgk phone, tgk bawah, konon2 tunggu kawan yang lain sampai. Padahal mengah!


Yeay. Sampai. Sepanjang pendakian (cewaahhh, mcm mendaki gunung bunyinya, padahal taklah tinggi sgt), dpt saksikan kegigihan dari yang muda sampai ke tua. Ada juga yang mendaki tangga menggunakan lutut. Macam merangkak mcm tu. Sambil pegang bekas di kepala. Mungkin ada upacara istimewa yang sedang dijalankan.


Ada ayam jinak berikat kain merah di kaki. 

Sampai di atas. Ada lapangan yang ada kuil khas. Ada juga tanda 'kavadi' di satu tiang. Mungkin kawasan khas untuk upacara kavadi. Dapat dilihat jelas struktur dinding gua dengan bukaan di bahagian atas.

Jengjengjeng. Ada tangga lagi. Mari naik tangga. Mari menambahkan kelencunan. Di kawasan atas ni, tak boleh pakai kasut. Di kawasan lain, hanya di kawasan kuil tidak boleh pakai kasut.


Eh, pendakian belum berakhir rupanya. Mari kita sambung berpeluh-peluhan.


Kuil di bahagian atas sekali. 

Ok. Mari turun. Nak amik pic2 dengan beburung. Ada banyak burung merpati menanti utk diberi makan. Di mana ada org tabur makanan, di situlah beburung akan berkumpul sama. Jadinya, kita akan snap pic dekat org yang pegang2 beras utk burung.


Selama sejam setengah di sini. Dapat lihat pelbagai lapisan masyarakat. Bukan setakat mereka yang beragama Hindu sahaja, malah berbilang kaum dan bangsa. Harmoni sahaja keadaannya. Masing2 bertoleransi dan ada yang saling membantu antara satu sama lain.


Kadang-kadang kita risau dengan pendedahan media tentang masalah rasis. Pergaduhan sana sini. Tapi yang sebenarnya, dalam 50 orang, sorang dua je yang bermasalah. Yang bermasalah pun bukan berpunca akibat perbezaan agama dan kepercayaan, namun atas sebab kekhilafan individu itu sendiri. Tapi sedih lah, media asyik memprovok benda yang minoriti yang bermasalah tu, mengapi-apikan antara satu sama lain. Sisi harmoni dan keindahan toleransi kepelbagaian kaum ni jarang dipaparkan. Jadi kita kena jadi bijak untuk menilai mana yang buruk, mana yang baik kan.

mood:~eh, 2017 tahun melawat Perak eh????~

No comments: