Assalamualaikum semua. Eh, tahukah ada kursus secara online secara percuma untuk anda semua. Ya, percuma. Siapa tak suka benda percuma ni kan? Mari kita explore sama-sama.
Mula-mula, pergi ke e-LATiH. Platform ini dibangunkan oleh HRD Corp (dulu-dulu dikenali sebagai HRDF). Sedikit info mengenai HRD Corp ni, sebenarnya ini salah satu inisiatif yang dibangunkan untuk menggalakkan majikan menghantar pekerja pergi latihan.
Macam mana konsepnya? Secara mudahnya, majikan perlu membayar levi (tertakluk pada syarat-syaratnya) untuk setiap pekerja. 1% daripada gaji pekerja. Levi ini akan terkumpul dan boleh digunakan kembali oleh majikan untuk pilih latihan yang bersesuaian dengan pekerja mereka. Terdapat sedikit kelompongan di sini, kebanyakan majikan bayar levi. Tetapi majikan tak tahu levi tu untuk apa. Maka, cubalah anda semua bisik-bisik kat HR untuk pergi training di bawah seliaan HRD Corp.
Okay, kita kembali ke e-LATiH dan free training. Sila klik dan daftar sebagai pengguna dalam website tersebut.
Okay, ini senarai training yang ada. Eh kena bayar RM70.00. Alaa, kata free!!! Jangan risau anakanda semua, klik sahaja di Free Courses. Anda semua akan dibawa ke senarai training yang diberikan secara percuma.
Setakat ni dah ambil 5 kursus. Satu kursus masih berjalan. Jom ambil peluang untuk sertai kursus percuma. Tempoh satu kursus tak lama pun, ada yang 1 jam, 2 jam dan sebagainya. Alahhh, skrol tiktok sedar tak sedar ambil masa 2-3 jam. Kita allocate lah beberapa minit sehari untuk kursus percuma secara online ni.
Ini contoh sijil yang kita akan perolehi selepas selesai kursus. Eh, dah nak masuk dua tahun umur sijil ni. Jom kumpul sijil.
No comments:
Post a Comment