Wednesday, January 2, 2013

Pelamin-pelamin cantik by Flora Etc

Haii, semua. Assalamualaikum. Macam mana tahun baru setakat ni? Jom kita sama-sama jadikan 2013 ni tahun yang vast dan kebabom. Supaya nanti bila dah sampai Dec 2013, kita boleh lepaskan 2013 dengan lega. *eh, baru 2/1/13, dah cerita pasal hujung tahun.

OK, hari ni nak kongsi kan deko yang vavavavoomm dari Flora Etc. Dua hujung minggu lepas, saya telah terlibat dengan event wedding Flora Etc. Jadi tukang lancar majlis. Tgk2 kan pengantin, tolong tunjukkan VIP tempat duduk dia. Make sure kompang tak berterabur.

Jom sama-sama kita tengok deko, pelaminan yang sempat saya snap. Tapi, snap guna phone camera yang memalu kualitinya. Hadap je lah semuanya ye.

wedding flora 1wedding flora 2wedding flora 3

21/12/12 Bunga-bungaan segar mekar mewangi di ShangriLa. Amboi kemain melabuh sana sini pelamin ye. Untuk deko kali ni, Flora Etc banyak gunakan bunga-bunga selain ros. Ada lily, hydrangea dan lain-lain yang diketahui oleh diri ini. Huhuhu.

wedding flora 4wedding flora 5

23/12/12, Majlis pernikahan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort. Pepagi timecall nya. Maklumlah, nak nikah awal pagi. Berjurai-jurai manik kat pelaminan tu. Tak nangis, feeling-feeling kat kayangan gitu.

wedding flora 6

wedding flora 7

29/12/12, Majlis persandingan di ShangriLa lagi. Ni majlis persandingan yang nikah kat Bukit Kiara tu. Nampaknya, kain seret tarik ke kiri kanan tgh IN.

wedding flora 8wedding flora 9

28/12/12, Majlis persandingan di Grand Dorsett Subang. Nampaknya, untuk wedding kat sini, x sempat nak ambil pic pelaminan, sebab byk nooo, artis yang ada. Cam konsert pun ada. Sempat snap ngan Kak Dibah. Siapa2 yang follow instagram saya, mungkin dah tgk pic nih. Dan mojoriti yang komen pic ini di instagram mengatakan bahawa Kak Dibah dan saya adalah adik beradik. OK.

Owhhh… Yang paling special sekali. Azam 2013 telah berjaya dicapai pada penghujung tahun 2012, awal setahun. Kehkehkeh. Azam itu adalah…

 

 

 

 

wedding flora 10

Bergambar ngan Anuar Zain. Teruja ye diri ini. Terus tak dpt fokus dengan kerja bila abg Nuar Jen perform kat wedding tu. Berebut-rebut masing nak jaga abg Nuar kan. ^_^

Nak tgk pic yang lagi cantik, silalah ke blog Flora Etc. Atau fesbuk Flora Etc. Atau nak berkenalan dengan wedding planner yang glamer itu, En Khalid Ahmad. *Eh, En Khalid ni dulu penyanyi tau. Glamer tak???

mood:~ayuhh menempuh 2013~

No comments: