Monday, January 14, 2013

Broga Hill… Aku datang…

Jiyeahh. Broga Hill, Aku Datang *sila pilih, nak guna nada KL Gangster atau Istanbul Aku Datang ^_^

Aktiviti ini adalah berdasarkan idea spontan berusia hanya 5jam. Tengah sedap-sedap makan cendol diwaktu petang, tetiba masing-masing setuju nak daki Broga. Apa lagi, jom mendaki. *idea spontan lebih mudah dilaksanakan berbanding idea yang berminggu-minggu lama planning nya. Percayalah ;p

Program Dakian Broga Hill 1Malaysia Sihat dan Berwawasan (PDBH1MSW 2013) sepatutnya bermula pada jam 5am *wah, nama program, ha3. Namun, akibat ketidakfungsian telefon bimbit pintar, alarm clock tak berbunyi. Boleh phone mati plak. Maka, terlambatlah sikit ahli daki pendaki bertolak dari Bukit Jalil. Jam 5.45am baru kami bertolak.

Lebih kurang 30-40 minit, sampailah kami di kaki bukit Broga. Dengan penuh gigih, di subuh hari, park kereta celah-celah ladang kelapa sawit. RM2/entry. Camna nak ke Broga Hill? Boleh guna Besraya, Kajang Silk. Nanti di simpang Rinching, ada signboard ke Semenyih. Takpun, follow je signboard ke Semenyih. Nak lagi mudah, jalannya ala-ala nak ke Sg Tekala. Owh, Broga Hill ni dekat ngan Universiti of Nottingham. Boleh setkan GPS ke Univ of Nottingham.

Pendakian dimulakan dalam jam 6.30am. Owh, masih gelap ketika itu. Nasib baik ada 2 torch light dan 2 iPhone yang dijadikan torchlight. Berbekalkan cahaya suluhan yang agak manja di situ, gigihlah kami berlapan mendaki Broga. Owh, agak ramai ye yang bersama-sama kami. Boleh lah tumpang torchlight diorang sekali sekala.

Pendakian mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tatkala inilah semangat kerjasama itu penting. Saling memberi semangat kepada rakan-rakan. Jiyeahhh, akhirnya…

Broga Jan 2013 4

Ahli-ahli daki yang  begitu gigih. Fafai, Ling, Kerb, Topek, Man, Zira dan Jiha. Zira dan Jiha adalah warga Bank Islam, teman sekerja fafai. Saya? Sayalah yang amik pic ini. Teheee ^_^

Broga Jan 2013 5

Lihat, bahu saya yang berpeluh-peluh itu. Tak pasti kenapa bahu saya yang begitu berpeluh. Mungkin kerana di bahu saya ada banyak kelenjar peluh. Tak pastiiiiii.

Broga Jan 2013 1

Haaa, beratur, jangan tak beratur. Mengapakah kami snap pic begini? Satu – Kita boleh menyorokkan lemak-lemak yang terjojol kelihatan begitu indah itu. Akan kelihatan wajah yang berseri-seri sahaja. Dua – Penyusunan tatkala mengambil gambar adalah mengikut kadar ketampanan wajah. Namun, yang menjadi persoalan di sini, adakah yang berada di hadapan sekali yang paling tampan, atau sebaliknya? Renung-renungkan dan selamat beramal!!! ^_^

Broga Jan 2013 2

Haaa, mengambil pic sambil geget2 bunga lalang sangat seperti koboi manja. Eh. Tak tahulah teknik itu diinspirasikan oleh apa atau siapa.

Broga Jan 2013 3

Lihat, ini pula dinamakan  teknik bergambar dilitupi bunga lalang. Inilah antara sebab mengapa bunga lalang ini dibiar tumbuh melata. Di samping untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem bumi, kewujudan bunga lalang ini juga amat digemari oleh mereka yang gebu-gebu sepeti saya. Tertutup segala lelemak tepu dan lelemak tidak tepu. Yang kelihatan hanya wajah-wajah gembira selepas berjaya mendaki Broga.

Broga Jan 2013 a

Haa, ada gaya mereka yang gigih membaca peta tak? Seperti hiker sejati kan? Ha3. Padahal, sibuk update facebook ngan baca gossip-gossip terkini di Rotikaya. Eh, Siti dah pakai tudung penuh ahhh. Wewiittt.

Broga Jan 2013 6

Gayat weh, duduk di atas batu di pinggir bukit. Kot-kot tergolek ke bawah, inilah gambar terakhir saya. Kenapa saya sengetkan kepala??? Erm, mungkin kerana graviti??? Sekali lagi, ketidakpastian melanda.

Entri kali ini akan diakhiri oleh potret yang dipotretkan di atas Broga Hill.. Potret ini bertajuk

 

Broga Jan 2013 7

Keindahanmu dalam Anganku

mood:~aduhh, sengal-sengal plak badan. hehehhe.~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...