Tuesday, January 8, 2013

Ya Pak Nil, kita kunci stereng itu!!! Kita kunci!!!

Kita kunci stereng itu!!! *baca senada dengan program Jangan Lupa Lirik ^_^

steering lock 1

Apakejadahnya kunci stereng ni begini ghupaya. Baik tak yah nak kunci kalau camni. Haaa, anak-anak. Inilah akibatnya bila kita kehilangan KUNCI untuk PENGUNCI stereng anda. Stress wei sekejap. Baru nak menghayati keindahan pagi yang hening.

Punyalah gabra, tak tau nak buat apa. Tiba-tiba kunci stereng hilang. Apakah ingin dilakukannyapunadoyaiii. Cuba dengan gigih untuk membuka secara manual menggunakan kudrat yang tak seberapa ini. Terus terpusing kunci stereng nih. Haaa. Terhon hon lah beberapa kali. Maaf ye mereka yang sedap sedut2 dim sum di kedai berhampiran. Teheee.

Setelah diflipkan kunci stereng, maka dengan penuh hati-hati viva comel ini dipandu ke workshop kegemaran. Wakluu, kelakau lah plak bila drive keta ngan kunci stereng melekap kat stereng. Senak-senak lah perut juga dek terkena kunci stereng tu. Nak belok pun tersipu-sipu. Ha3.

steering lock 2

“Aiyaaa, macam mana u bawa kereta kat sini??? Boleh pusing ah itu stereng???”

Harap2 Ah Beng boleh bukak kan. *err, nama dia bukan Ah Beng, saya yang sesuka hati panggil Ah Beng, sebab muka dia cam Ah beng kan???

steering lock 3

Amik kau!!! Inchek Ah Beng dengan selambanya di kepak kan kunci stereng tu. Tak yah nak gergaji-gergaji bagai. tepuk tepuk tepuk *nampak nooo beli kunci stereng cap ayambelandaoikkoikkk, ko kepak je boleh terbelah.

Sib baik duk kat Kepong, kerana workshop dan Kepong adalah begitu sinonim. Di kepong, terdapat workshop di setiap lima meter persegi. Heheheh. Tapi tetap menerjah bengkel kereta nih. Best woo, servis kat bengkel nih. RM 60 / servis. Huhuhuhu. Lagipun…

 

steering lock 4

Servis lima kali, percuma itu satu kali!!! Lagi satu je nih. Cepat cepat cepat.

Jom ramai-ramai serbu kedai Ah Beng

I Care Tyre & Auto Service
No 19, Jalan Ambong 2,
Kepong Baru,
52100 KL
*dedekat ngan Shell, Hong leong, KFC. Lai lai lai…

mood:~apa kunci stereng yang paling canggih sekali???~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...