Monday, April 30, 2012

ZALORA–mari berlora-lora :)

Assalamualaikum semua. Apa khabar semua? Sihat? Ceria? Girang? Bersih??? Hiks.

Ok ok. Tak sabar nak kongsi perkara yang mengujakan nih. Apa? Teruja nak cerita pasal kereta terbalik? Owh, bukan, itu tidaklah mengujakan ye, itu lebih kepada memualkan. Keh3. Ni nak cerita pasal new online shopping website called

Z A L O R A
Shoes & Fashion Online Shopping

zalora a

Jom ramai2 serbu weh. Berbaloi gak harganya. Saya, selaku insan yang cukup2 makan je wang ringgit yang ada, ZALORA adalah best dan mesti dikunjungi. Masih boleh shopping walau diri asyik check balance duit kat cimbclicks. Ha3.

4 ngan 6 Mei ni nak jd usherette kat wedding SchAwal, kena cari kemeja hitam. Tak sanggup lah nak pakai yang ada, shekshi sehingga nampak pushatt. So, target nak cari yang murr kat FOS, kan ada yang 2 for RM 100. Tapi kena beli 2 lah. Eh, check kat ZALORA dulu lah. Kot2 ada yang murr ke.

zalora 2

Haa, ada! RM 39.00 je jah! Oyeahh, still dlm budget. Mari2 shopping. Pasti diri akan semakin kacak seperti gambar itu jika pakai kemeja itu. Wah wah wah. Kacaknya saya. Add to cart sket.

zalora 4

Eh, tertekan plak kat Accessories. Ada beg cantik. Uih, kena zasstt nih. Nak ke tak nak, nak ke tak nak? Add. Jangan tak add *sambil congak duit yang ada. Congak ye tuan puan, maknanya duit adalah sedikit, tidak beribu2, sehinggakan menggunakan kaedah congak, sudah dapat mengagak baki duit yang ada. Tak perlu kalkulator saintifik kerana angka adalah sedikit. Keh3.

zalora 1

Ini adalah salah satu feature yang menarik. Kita boleh terus communicate ngan ZALORA via chat je. Wah, kot2 x sure dengan saiz barang2, chat aje. Tapi silalah jangan tanya “En, saya adalah sangat gebu, boleh kah saya beli shirt itu yang bersaiz S”. Maka makian secara formal akan diberikan. Kalau nak confirmkan apa2 ke, chat saje ye tuan puan. Tq Allan, entertain I td.

For the newbie, dpt RM 20 off tu. Register je dpt RM 20 off utk pembelian RM 50 ke atas. Wah2. Ini pembelian saya yang kedua, so, xdpt nak guna lagi voucher itu. Waaaaa. Xpe2, terbaca kat belog Cik Hanis santek.

zalora 5

Voucher 30% off utk pembelian RM 100 ke atas. Wehuu. Errr, tapi tuan puan, hari ini, 30 April 2012 last. Cepat2, ada 4 jam lagi, boleh guna. Mauri!!! Serbu ZALORA untuk kehidupan yang lebih bermakna dan berkualiti.

zalora 3

Ini adalah hasil tangkapan yang pertama. He3, berdompet baru saya. Dompet ini dibeli setelah ia didiskaunkan sebanyak 20%, tolak lagi dengan RM 20 off voucher as a newbie. Hu3, banyak kan tolak menolak yang berlaku. Owh, one more thing,

F R E E   S H I P P I N G
ohsem kan???

mood:~shopping sambil dengau lagu Terlalu Mencintaimu by Suki Low, syiokkk mehhhhh…~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...