assalamualaikum semua… bersama saya lagi… Filzah Nurhumaira Mislan… dalam rancangan… Jalan-jalan di Raya Cina… anda sudah bersedia… jom kita mulakan… amboiii amboiii *eh, Azwan Ali kah???
santek tak saya bercheongsam… cheongsam yang santek ni, abg saya yang belikan… dia suka belikan baju utk saya… tapi semuanya gaun je… mungkin abg saya nak jadikan saya artis… ha3… kelakar lah abg saya nih…
kita mulakan rancangan hari ini dengan bersarapan dahulu… ye, kalaubersarapan di luar, abah saya inchek Mislan pasti akan ke Pasar Jawa, Klang… kat sini ada lontong yang sedap… Lontong Klang… eh, bukan lotong yang ala2 monyet tuh, lontong adalah sejenis makan yag lazat…
lihat, abah dan umi sedang girang berbreakfast… lihat, adakah patut saya hanya dihidangkan nasi impit kosong… hu… tapi, itulah makanan kegemaran saya… selain itu, saya juga menggemari cereal di waktu pagi… *wah, org putihnya nye pengacara nih…
haaa, inilah lontong Klang yang fofular tu… amboii amboii amboiii… lihat, ini set yang lengkap… ada nasi impit, tempe goreng, tauhu goreng, sotong sambal dan disirami kuah lontong yang begitu lemak dan berkrim… tapi, makanan ini bukan utk saya… ini utk abg saya… dia makan banyak lah…
kiri… kiri… kiri kanan kiri… erm, nampaknya walaupun di hari raya cina, cuti umum, keluarga saya tetap melaksanakan rutin kawad kaki beramai2 secara teratur… seragamkan keluarga saya… saya yakin, nanti di universiti kelak, saya akan menyertai rotu…
tadaaa… saya sedang mengacara sambil berjalan… ini adalah dipengaruhi oleh kakak fafau dalam nona… saya juga yakin, nanti bila besar kelak, saya akan menggantikan kak fafau dan kak neelofa utk mengacarakan nona… tapi, kalau tak dpt nona, dpt mengacara final AJL pun xpe… amboii amboii amboiii…
ini rumah pertama yang kami kunjungi sempena raya cina ini… nama uncle ni Man Chai… berdasarkan interbiu saya dengan kakak dan abg saya, sejak mereka kecil lagi, diorang dah mengenali Man Chai nih… kira-kira sudah lebih 20 tahun persahabatan uncle Man Chai dengan keluarga kami…
ini pula di rumah keluarga Ah Meng… dulu, abah selalu hantar keta kat Ah Meng… Uncle Ah Meng ada bengkel kereta… tapi tak tau masih beroperasi atau tidak… owh, kami sgt suka berkunjung ke umah Uncle Ah Meng, sebab bila nak balik nanti, byk buah tangan yang akan diberi… kira boleh buka kedai jual air berkarbonat lah…
Itulah sahaja utk kali ini… seronok rasanya dpt berhari raya cina… terasa cina seketika… harap2 taun depan ada lg… boleh kumpul angpow lagi…
oleh itu, saya Filzah Nurhumaira Mislan ingin mengundurkan diri… semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika… Akhir kata…
Selamat Tahun Baru Cina semua… Kong Hee Fat Choy… Semoga tahun naga ini akan lebih bermakna… jumpa lagiii… amboii amboiii…
mood:~selamat bercuti…~
No comments:
Post a Comment