Thursday, January 5, 2012

Tahun Baru 2012 di Singapore

woot woot… ok, last travel utk tahun 2011… hu3… x sangka, 2011 adalah tahun berjalan sini sana… alhamdulillah, diberikan rezeki utk buat semua itu…

yeaa, nampaknya, setelah pulang dr spore aritu, menjengah lg ke spore… spt pulang ke kampung halaman pula…asalnya 6 org nak join, namun akibat kejadian yang tak disangka2, cuma tiga je yg join… ok la tu… sib baik tak berdua je… cam g Bali aritu… hu…

IMG_4475

perjalanan dimulakan dr Puchong, park keta kat umah Ling, zassttt ke KL Sentral naik teksi… RM25 camtu kot… trafik tidak jem… sib baik… sampai je di KL Sentral, terus gelak2 seperti di atas… x faham ai… hu… yang kiri itu Ling, yg kanan itu Shafieq… suka kan mereka…

IMG_4481

lihat Oman, walaupun anda tak join, ai tetap memakai shawl u, supaya u dpt aura2 spore… pic ini diambil ketika sedang senang lenang melepak di aras 1 sambil menonton sambungan 3 Idiots… syiokkk gak ‘loitering’ begini…

kami bertiga menaiki keretapi ke Woodlands CIQ… It cost us RM68/pax… tapi kali ni tak dpt seat utk tidur… amik yang three seater itu… seat tu selesa, cuma agak tak sesuai utk duk selama 9 jam… hilang bentuk asli punggung yang menggiurkan itu… hahahhaa… better amik yg leh tidur tuh…

IMG_4532

ok, our hostel… A Beary Best Hostel by Beary Good… haaa, aritu stay kat Beary Good, betul2 kat Pagoda St, Chinatown… Beary Best ni dekat gak ngan Chinatown, cuma seberang jalan je… kat Upper Cross St. baru je bukak… tak officially launch lg… kitorang antara tetamu yang pertama… hu…

x mahal sgt pun tdo kat sini… SGD28/bed/nite… kitoang stay 2 nites, so sorang SGD 56, roughly about RM150…

IMG_4563

sampai je hostel, mandi2 sket, terus zassst ke Orchard Road… nampaknya, sale idokle semeriah di sini… biasa2 je… nafsu membeli belah pun tidak lah mengganas sgt… jadi jalan2 sambil amik2 pic… namun, akibat keletihan naik ketapi semalam x ilang lg, terus decide amik lunch di situ, dan terus balik berehat…

IMG_4591

yeaa… setelah tidur berdengkur secara berjemaah… badan kembali bertenaga… wuhoooo… terus bingkas bgn dan menuju ke Little India… nak g Mustaffa Centre… katanya besauuuu… nak cari Rojak Spore di situ…

IMG_4596

singgah di Pagoda St dahulu… manyak jual cheongsam wehh… sambar satu utk Filzah… bergaya lah minah tu masa raya cina nanti… hu… nak g ke Little India, guna MRT je… ada stesen Little India… tapi kalao nak ke Mustaffa terus, turun klat Farrer Road stn…

IMG_4599

weols decide utk turun di Little India stn dan berjalan kaki ke Mustaffa… menikmati keindahan di kala malam… Tekka Centre ni macam Pasar Rabu kita kot… ada banyak jual rempah2… sennag nak wat kari… Buffalo Road!!! Buffalo Road!!!

hahahhaa, Ling telah menggemparkan malam itu… kalau nak ke Mustaffa, kena guna Seranggoon Road… so, gigihlah weols cari dengan cahaya malam neon yang samar2 itu… tetiba Ling jerit “I da jumpa Buffalo Road!!!”… siap tanya org sekeliling nak confirmkan… errr, kitorang tak cari Buffalo Rd, kitorang cari Seranggoon Rd… hiks…

ok, tamatlah hari pertama… balik hostel tidur berdengkur puas2… huu…

mood:~kali ni dpt tgk others side of Singapore… hurmmm, lebih kurang Msia je…~

2 comments:

ceklala said...

bile nk ajak i join trip nih!aduyaiii lame tau i tgu!

tujuhhariseminggu said...

Insyaallah... Kalau Ada rejeki... Dptlah g Sama2... :)