Friday, December 20, 2013

Jom Kongsi Ilmu–Tepuk Bahu, Insyaallah, Keluar Angin.

Hai semua. Assalamualaikum. Sihat semuanya? Sempena hari Jumaat yang mulia nih. Jom kita kongsi2 sikit ilmu yang kita ada. Oppp, ai bukanlah ustaz yang tinggi ilmu agama, tau serba serbi. Ai nak kongsikan apa yang ai tahu. Bak kata UAI, kalau ada menda baik tu, kongsi2kan lah. Toksah kedekut sgt. Hehehhe.

Akhir2 ni, bila stress buat keje, or ala2 cam nak pengsan buat notes utk kelas pengajaran, terus buka youtube UAI. Sambil2 buat keje, boleh lah dgr apa2 yang patut. Pastu boleh hilangkan stress gak. Gelak2 bila dgr ceramah UAI. Jadi, kebanyakan yang ai nak kongsi hari ni adalah ilmu yang ai baru tahu.

Satu
Takyah nak tepuk bahu sangatlah.

Haaa, ni selalu dibuat oleh org lelaki. Kalau g sembahyang kat surau ke masjid ke, tetiba nampak ada org tgh sembahyang, terus nak jadi makmum. Lantas dengan penuh kebanggan kita g tepuk bahu dia. Takyah uols. Cukup sekadar kita kuatkan sikit suara masa angkat takbir, nanti dia tahu, kita nak jadi makmum dia. Hahaha, baru tahu ni. Selalunya, main tepuk je. Mengong.

Dua
Eh, tak boleh nak tulis ‘insyaAllah’???

Boleh uols. Kan seketika dulu, panas seketika, kuar kat fb lah, email lah, sms lah. Jangan tulis ‘insyaAllah’, tulislah ‘in shaa Allah’. Dikatakan kalau tulis ‘insyaAllah’, makna jadi lain, dosa uols. UAI terang secara terperinci bahawa dengan menulis ‘insyaAllah’, takkan merubah makna asalnya iaitu ‘dengan izin Allah’. Melainkan kalau kita gunakan ‘ansyaAllaha’, baru makna jadi lain. Oooooo.

Tiga
Kentut??? Alaa, dah batal wudhu’.

Perasan tak, asal nak g amik wudhu’, time tu nak terkentutlah, nak terkencinglah. Pastu tgh sembahyang, kadang2 kita rasa cam dah terkentut. Lantas, berhenti sembahyang, amik wudhu’ balik. Syaitan ni memang suka ganggu kita sembahyang. Dia yang buat kita ala2 rasa terkentut. Tapi sebenornya takde. Si setan ni saje buat kita rasa ada angin kat usus kecil kita, buat kita was-was. Melainkan kita dah jelas terkentut, angin zassstt keluar disertai bunyian yang agak mendebarkan jiwa, then itu dah terkentut. Janganlah buat2 tak kentut plak.

kentut

mood:~jom kongsi ilmu ramai2~

No comments: