Monday, December 3, 2012

Perlibahasa Jalanan

Jom kita main #perlibahasa hari ini.  Peribahasa yang digunakan untuk memerli orang. Eh, bukan. Peribahasa yang diubah suai, sesuai dengan keadaan semasa. Hari ni kita fokus kepada situasi di jalanraya. Jom semua.

#1

Kalau minyak tinggal satu bar, janganlah Jalan Kuching hendak diduga.

#2

Jalan yang tenang, jangan disangka tiada AES.

#3

Cilok sana cilok sini, bertemu jua semasa traffic light merah.

#4

Muka Tembok
*muka mereka yang sedang mencilok barisan tanpa rasa bersalah.

#5

Mengorek hidung, sembunyi tangan.
*sambil kesat2 jari dan hembus hidung kuat2 nak buang sisa yang lekat di pinggir lubang hidung ^_^

Ada sesiapa nak tambah lagi??? huhuhu…

mood:~cukup tak best kalau org potong lane…~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...