Cendol Bakar??? Apakehalnya nak dibakar cendol tu??? Tak cairkah cendol itu??? Adakah ia adalah cendol versi panas. Ala2 pencuci mulut yang panas kena tiuptiupfuhfuhh sebelum makan???
Mari terjah. Jaga-jaga, ada yang memeghati. *hoi, ko ingat cerita Galaksikah??? Jom fafai dan zul, kita serbu cendol itu.
Jengjengjeng. Inchek Iqram Dinzly dah menyinggah dulu ghupanya. JJCM nye team dah belasah cendol bakar ni dulu. Oleh kerana sangat teruja dengan nama ‘bakar' tu, jenguk2 lah dapur tempat diorang siapkan semua tempahan cendol. Kot2lah ada ala2 tempat panggang seperti kambing guling di bufet ramadhan. Eh, xde???
Oooo, setelah ditanya-tanya dengan rakyat tempatan yang sama beratur dan sedikit pembacaan di banner yang tergantung, barulah tahu. Nama Bakar tu datang dari resepi rahsia cendol ini, gula merah yang dibakar. Ada juga soksek yang mengatakan bahawa nama ‘bakar’ itu adalah nama owner kedai ni. Begitulah alkisahnya.
Pilih, jangan tak pilih. Harga dari RM2.00 – RM3.50. Ada yang campur deroyan, tapai, pulut dan sebagainya. Oleh kerana ketamakan yang melampau, ditambah pula cuaca yang sungguh mencengkam jiwa, maka kami bertiga telah memilih menu yang semuanya ada. Berdasarkan hirarki menu, ia seharusnya paling bawah sekali. Kalau ada yang lagi bawah, itu yang kami pilih. Cendol Durian Pulut. Sedap koo makan cendol durian di kala cuaca khatulistiwa yang panas membara ni.
Lihat ada kertas kecil di tepi mangkukk cendol. Itu adalah kertas menu, yang boleh didapati berdekatan kaunter. Sebelum sampai kaunter, amik kertas menu, tik kat menu yang digemari, bila sampai kaunter terus serah je kat kakak kaunter. Takdelah sindrom gagap dan parkinson di kaunter sehingga menyebabkan org yang beratur dibelakang memaki kita secara senyap namun intim.
Panjang ko beratur. Ni baru yang dine-in, tak nengok yang drive-thru. Siap ada Rela yang menjaga dan menyelia lalu lintas. Wah, cam kenduri kendara di mana orang sedang bergumbira. Masyuk masyuk. Bukan setakat ada cendol, ada juga gerai2 yang menjual rojak buah,, rojak mee, aiskrim goreng, ayam goreng. Ala2 pesta konvo gitu.
Maaf ye zul dan fai. Saya dah berusaha sedaya upaya untuk menerangkan pic yang diambil. Namun, ia tak berjaya. Walaubagaimanapun, anda berdua tetap kelihatan berseri dan bercahaya kerana anda adalah insan yang berseri di hati dan sanubari. Teheee ^_^
Camna nak g Cendol Bakar nih??? Mudah sahaja, gunakan highway LATAR. Jika anda dari KL, sampai di exit Kuala Selangor, ambillah susur ke kiri. Pastu terus je, dalam 10-15 minit, sampailah anda. Cendol Bakar itu berada di sebelah kanan anda. Ia bersebelahan dengan stesen minyak (Caltex kalau tak silap).
Jom singgah makan cendol ramai2. Bawa anak, bini, suami dan juga skandal. Eh…
mood:~makan makan dan terus makan~
1 comment:
Pernah makan tapi x lah sesedap yg di war2 kan.....x ada rasa gula melaka langsung.....gula terlalu pekat dan manis
Post a Comment