Thursday, March 17, 2016

Japan Nov 2015

 Hi semua. Ini adalah koleksi2 pic semasa ke Jepun, Nov 2015. Dah lupa nama tempat yang g. Mihihihi. Ok, koleksi2 pic kat sini berkonsepkan pencil jump. Cuma ada satu pensel tu bengkok sikit. Hahahahha. 
Ni dekat shrine yang besau kat osaka. Apa ke namanya. Yg kaler oren2 tu. Tapi pic ni sebelum mengah memanjat tangga2 kejayaan tu. 

Haaa, ni lah pose pensel bengkok tu. Hahahha. Kekonon candid lah...

Terteleng2 leher adik sebelah ai tgk weols berpencil jump. Nape dik? Pelik ke? Tak pernah nampak remaja gebu lompat2 ke?
Pencil jump beryakuta. Kat sini area bamboo forest tu. Jalan depan sikit. Dptlah feeling2 melayan remang senja kat sini. Yukata ni weols beli murah je. Dlm 20k yen = RM65. Sudahnya, terperenyok dalam almari. Kot2 ada event berkonsepkan jepun, boleh lah pakai. 

Haa. Ni pula selepas weols gigih berebut2 amik golden pavilion palace. Ni antara tpt pertama weols kunjungi bila sampai kyoto. Subhanallah. Tak berhenti mulut ni bertasbih. Cantik sungguh ciptaanNya. 

Ni pencil jump yg pertama. Di Osaka Station. Alkisahnya? Weols beli JR Pass, utk seminggu. Boleh cover satu jepun. Naik shinkansen (bullet train) lagi. Jadi hari pertama, lps touch haneda, terus je kyoto. Alang2 ke osaka terus. Tapi jalan2 kat sini je. Tak g mana2 pun kat osaka ni. 

Berlompat kat tpt geisha. Tapi, hujan2 manja plak. So, terpaksa beli payung. Para geisha juga masih tidur. Jadi geisha tiada, kami berlompat2 je la. 

Ini pula di taman bersebelahan Harajuku. Masa ni dah ke Tokyo balik. Berjalan2 di tokyo pula. Best ke harajuku, sebab masing2 pakai sesuka hati. 

Ooo, pic ni di salah satu taman di area mount Fuji. Oleh kerana cuaca agak tidak ok. Tak nampak pun puncak gunung tu. Nampak awan2 je. Tapi tgk org lain update, bila dtg keesokan harinya, cantik terang benderang. Mungkin bukan rejeki. 

Haaaaa. Antara impian. Berpencil jump di Shibuya Crossing. Ramai gila org! Berapa kali weols ulang. Tunggu traffic light hijau. Jalan laju2. Sedar2 org dah berkurang. Rupanya traffic light dah merah utk pejalan kaki, hijau utk kereta. Muahahaha. 

Berpencil jump di Odaiba. Berdepan dgn figura Gundam. Ala2 gundam kekonon2. Tapi lebih kepada khadam. Hahahhaha. 

Bajet weols ke Tokyo-Kyoto-Osaka-Kyoto-Tokyo 14/11 - 22/11 dalam lebih kurang 4k. Tapi bila bayar sikit2, bayar penginapan dulu, pastu bayar duit flight, idoklah terbeban sgt. Dgn bajet tu, weols memang makan beriya. Sempat merembat gshock seketui. Alhamdulillah. 

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...