Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

Wedding - Irfan & Fiza, KomBeS Paroi

Moh kita kerja lagi. Kali ni kita ke Kombes, Paroi, Negeri Sembilan. Mula2 dengar wedding kat Kombes, jenuhlah duk fikir, apakah itu Kombes? Kombat? Kombo? KFC Kombo A? Rupa2nya, Kompleks Belia dan Sukan. 

Selalunya berkhidmat untuk team KhalidAhmad. Tapi kali ni, mengerah keringat bersama team Favorsby Eddy. Tema purple2. 

Eh, apa tu? Span2? Hahahaha. Bunga telur tak letak lagi. Orang tua2 kata, tak boleh nak letak bunga telur awal2. Nanti telur masuk angin. Susah nanti. Eh tak tak. Petua itu tipu semata2. Tiada kena mengena dengan hidup dan yang mati. 

Bunga2 di meja makan beradab.

Tadaaaa. Pasangan mempelai bersama tetamu vvip, DS Perdana Menteri bersama plus one nya. Manis je masing2. 

Huihhh. Kalau event melibatkan orang besar2 ni, memang bekerja kerasa lah siapa yang jaga tetamu vip. Nasib keja jaga emcee aritu. So, duk senyum2 bagu q kat emcee je la. Emcee plak dah expert, baru nak angkat kening, dia dah settle kan. Hahahhaha.

Ni haaa. Team utk hari ini. Boss besau Eddy takde, sibuk agih2 kan cenderahati. Tema pakaian, lakaranwarnakehidupan. Colorful masing2. 


Tadaaaa. Nak amik pic dedekat nebes. Kita wefie je lah Datin Seri. 

Tuesday, November 3, 2015

MeorErnie wedding

 Hi. Seperti yang semua sedia maklum. Kadang kala di hujung minggu, adalah kerja sampingan yang akan dilakukan. Antaranya, menjadi sebahagian daripada Coordination Team by KhalidAhmad. Apa je kerja yang dibuat? Asasnya adalah sebagai tenaga kerja menjalankan majlis perkahwinan. Tapi, lebih kepada semasa majlis nikah atau resepsi itu sendiri. Maksudnya, I tak buat gubah2 bunga tu. Tangan tak seni uols. Kang client nak gubah bunga berkonsepkan fantasi, kalau I yang gubah dikhuatiri akan menjadi ala2 suasana selepas peperangan. Mihihihii.


Kali ni di Grand Hyatt, KL. Yang bestnya join team KhalidAhmad ni, dapatlah merasa tinggal kat hotel2 mewah secara percuma. Hehehhe.

Majlis kali ini adalah di antara Meor dan Ernie, #MeorErnie. Ernie adalah kakak kepada Edlin AF. Sama je muka adik beradik. Kadang2 keliru sekejap. Tapi, mereka adik beradik sangatlah berbudi bahasa, dan ramah. Tidaklah rasa seperti kuli bila bekerja dengan mereka. Kadang2 bekerja dengan yang kaya2 nih, angkuh dia lain macam sikit. Tapi diorang tak. Lega sikit nak kerja.

Deko by Nadia. Tapi tak tau ig dia ke. Banyak kali gak KhalidAhmad guna Nadia. Cantik. Nice. Ni deko untuk majlis nikah. Tema purple.


Ahhh, geram tgk bunga gemok2 camni. Copetan copetan...

 

Maaf, pic pengantin tak ada sangat. Tengah bekerja dengan penuh dedikasi ni. Untuk majlis nikah kali ini, I ditugaskan untuk menjaga dulang girls. Manis2 semuanya. Namun, oleh kerana hantaran2 agak berat, sebab fully kaca. Maka gigil2 juga lah masing2 angkat. Tapi Alhamdulillah, semuanya lancar dan selamat.


Semasa majlis resepsi. Tema kipas2 cenggitu. Nampak lereten dress pengantin. Mak aihh. Jeles tau. Takpe, nanti nak buat yang nambelas meter. Biar dah sampai pelamin, tapi dress masih kat pintu masuk lagi. Hahahha.

Untuk majlis resepsi, tugas adalah menjaga pasangan mempelai. Senang. Cuma berhati2 dengan dress bride. Ahamdulillah, semuanya lancar. Senyum je pasangan mempelai. Manis2 buah bak kata org. Eh...


Tadaa, selfie time. Semoga MeorErnie berbahagia selamanya. Mesti comel2 anak diorang. Thanks sekali lagi sebab jadi pasangan bride and groom yang best.  Selamat berbulan madu...

Ooo, kalau ada sesiapa nak khidmat KhalidAhmad and team. Klik je nama dia, I dah link kan ke FB beliau. 

mood:~tazabar nak g cuti~

Sunday, March 25, 2012

Wedding ~ Zetty n Kelvin Ong

zetty kelvin 1

Eh, apakah lembaga hitam itu? Gagah seperti pengawal peribadi yang segak dan perkasa. Keh3. Itulah saya yang bertugas sebagai usherette di majlis kahwin. Siapa yang kahwin? Kenal tak Kelvin Ong, yang baca nightline TV3? Haa, dia dah masuk Islam, kahwin dengan Zetty, anak Tan Sri A. Rahim Tambi Chik.

zetty kelvin 4

Ceh, orang suh jaga event, dia sibuk amik gambar. Hiks.

Owh, majlis malam tu, di Saloma Bistro, dihadiri oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor ye kawan2. Sungguh nebes saya yang memang selalu dan suka ditugaskan jaga VVIP. Beria-ia berlatih nak sembah ampun Tuanku, last2, bila Tuanku sampai, kelam kabut, tak sempat nak menyembah bagai. Sengih2 iring tuanku.

zetty kelvin 2

Eh, Kak Dibah? Ye, Kak Dibah telah menghiburkan majlis itu. Sungguh hebatlah beliau. Suara begitu flawless. Seperti ingin menaburkan fitnah bahawa beliau miming. Tapi, bila melihat urat2 di leher dan getar2 di leher Kak Dibah, benarlah suara beliau ye. Hebat lah Kak Dibah.

zetty kelvin 3

Yeaaa, inilah kumpulan K-Pop terbaru. Wonder Bra BoboiBoy. Nantikan album kami yang menampilkan single kami yang bertajuk “Marilah Menari”. Oh, video klip kami dah siap. Cuma kali ini, kami tak tergedik2 seperti lipas kena spray di depan peti ais, dan Shah Jazle tiada dlm video klip kami. Peace.

zetty kelvin 5

OK, sila lihat pelaminan itu, cantik kan? By Flora Etc. Pic credit to wedding planner En Khalid Ahmad. Sila lah hubungi beliau di FB beliau yang santek itu, silalah sebut nama saya, nanti saya dpt percentage nye. Kih3.

Tahniah Zetty n Kelvin Ong. Semoga berbahagia ke anak cucu.

*edited*

woot woot, tgk kat recent keyword activity, ramai yang google pic zetty n kelvin ong wedding pic, tapi sampai2 blog sini, gambar saya pulak yang banyak, hiks. ok, oleh itu saya telah dengan bangganya telah menculik pic pasangan cute ini di blog wedding planner yang gojes itu, Khalid Ahmad utk tatapan uols. Lihatlah kegojesan mereka.

zetty kelvin

ohh, Kelvin n Zetty, uols memang serasi. Sempoi weh. Congrats. Semoga cepat2 dpt Zaza, Zizi, Zuzu n Zozo. He3. Ehhh, Zetty bukan yang baju serba hitam berspekmata itu ye, itulah wedding planner Khalid Ahmad yang gojes itu.

mood:~x sempat nak culik tulip2 segar di vase itu… he3~

Tuesday, July 26, 2011

Majlis Perkahwinan #NohNina July 2011 pt 2

ok… nak cerita lagi pasal #NohNina’s wedding… entri terakhir dah tunjuk masa majlis akad nikah… serba hitamputihvintage… utk majlis resepsi seterusnya, diadakan di ShangriLa Hotel… 3rd July 2011… majlis resepsi ni khas utk tetamu VIP, kenalan rapat #NohNina… tema, serba keunguan… so manissss *sweet*…

NohNina 1

tadaaa, ini pelaminnya… cermin bapak besar… mempunyai maksud tersurat… ‘cantik kah kamu’.. he3… sambil bersanding, boleh tgk kecantikan diri sendiri… takpun, masa nak amik pic ngan pengantin, leh touch-up2 dolu… ha3… 1st time tgk pelamin camni… simple yet vavavommm… naiss… wery naisss….

NohNina 2

Favors by Eddy’s team… jiyeahhh *terbayang2 abg nas ketak plak*… kami suma mengkelabukan diri… menjadi usherette yang gigih pada malam itu… lihat boss kami ober… dia suh kita pakai baju kaler kelabu, dia sensorang kaler purple shining2… saje tau… hu3… suka ngan baju Nina malam tuh…. sopan… x dedah2 pun *terus duduk sopan santun*…

NohNina 7

lihat, inilah souvenir-gift utk malam itu… lihat hasil kerja tangan kami mengikat reben2 di kotak itu… sumpah tak bleh tgk reben lagi pas tu… hu3…

seterusnya, majlis resepsi khas utk media…  Double Tree by Hilton… 6th July 2011… tema: jepungeishasamuraihaiyahhhhh… Nikita, here I come *tetiba*

NohNina 8

wahhh, disambut dua pohon sakura bergantungan bola2 api… jepun kan… teringat kampung halaman *eh, lahir di Hiroshima rupanya*… ni baru kat depan… meh masuk ke dalam…

NohNina 9

inilah pelamin nya… x yah nak g jepun… feeling2 da kat jepun… dengan lantern sebesar alam… tema kaler: deep purple-maroon *eh, ye ke????* penat kitorang tebang pokok sakura kat jepun, dtg bawa sini… letih tau…

NohNina 3

Meh bergambar dengan #NohNina… aittt??? kenapa ada ninja2 nih???

NohNina 4

haaa, sebabnya, kami jadi ninja… haipppp… sangat ninja tak kami… saya rasa sangat gagah dan ganash… hiyarghhhhhhhhh… eh, ninja pun pakai hset??? he3…

NohNina 5

haaa, berani??? ai karate kang… tapi, baru nak ganas2… x jadi… sebab………………

NohNina 6

ternampak tokti… hu3… shuwett nye kami…

seperti biasa… entri ini, pic2 banyak diculik tanpa kebenaran dari Taufik n Favors by Eddy…

mood:~meriah kawen, semoga bahagia ke anak cucu… amin…~

Monday, July 18, 2011

Majlis Perkahwinan #NohNina July 2011

alhamdulillah… selamat dah Noh dan Nina jadi pengantin… tanggal 1st July 2011 aritu… dengan dua kali lafaz, jadi pengantin dah mereka… untung Nina dpt kawen masa bday dia… bertuah… nanti nak kawen masa bday ai gak la… omaigod, da nak dekat 30hbOgos nih… nak kawen ngan sape??? hu3…

so, majlis kawen2 nih was planned by Favorsby Eddy in collaboration with Simply Flower… wuhooo, oleh kerna ai kenal2 owner Favorsby Eddy nih… maka, dpt lah melibatkan diri dlm majlis perkahwinan NohNina nih… suka… 

nina nikah 1

tadaaa… goodie bag for #NohNina akad nikah reception… masing2 dpt bunga telur vavavoom, n Fidani’s choc… nyumm nyummm chocolate nye… tema majlis nikah adalah ‘black-white-vintage’… majlis nikah diadakan di rumah ayahanda dan bonda Nina di Ampang… nebes masuk umah Tan Sri n Mak Engku nih… sopan sahaja tatasusila semasa membuat kerja… kikik2 pun ala2 sopan-formal-tutup2-mulut…

nina nikah 2

tadaaa… ini pelamin nikah… Made by Flora Etc… the same team yang buat pernikahan Marion Caunter ngan asben ensemnya… santek kan… putih berseri, dengan fresh flower n sentuhan bulu2 di tepi pelamin… nampak sexy bila pelamin ada bulu2… baru bleh geli2… ha3…

nina nikah 3

entrance’s deco… kena tulis nama yer… kang, feeling2 masuk umah org… salam sana salam sini… ghupa2nya salah umah… hheheheh… ‘majlis akad Nina & Noh”… ikut tema itamputihvintage itu… tgh terbayang2 kalo nama ai di situ…. hu3…

nina nikah 4

in dining area utk majlis akad malam tuh… buat kat atas swimming pool… alolorr… sweet sungguh… ditaburi kelopak mawar putih segar… uihh, kalo wat mandi bunga, confirm iras2 Nina lepas tuh… hu3… sangat gigih petik kelopak satu2 demi satu demi majlis nih… terus muka dam cam rose selama beberapa hari…

nina nikah 6

ini pula hantaran utk kedua2 pihak… 7 dibalas 7… yang mewah ...berkristal serta beremas bagai adalah hantaran Nina kepada Noh… ada playbook tuu… wooot wooottt… yang sweet manis kaler purple tu dr Noh kepada Nina… terselit2 pula iPad2 disitu… woot woot juga… hantaran2 nih juga by Favorsby Eddy…

nina nikah 5

ini saat2 dikala pelafazan akad nikah… huhhh, berpeloh2 melihat inchek Noh menahan nebes nye… gila tak nebes… semua org tgk tuh… alhamdulillah, selamat sudah mereka…

nina nikah 8

sweet kan mereka… wajah pun iras2… org kata, kalo wajah suami isteri ada iras2, jodoh panjang… amin… semoga berkekalan sehingga ke anak cucu cicit… erm, agak2 nya kalo dapat baby apa nama yg sesuai??? I tau… kalo boy ‘Ahmad NiNoh” kalo girl plak “Siti NoNih”… comel kan… peace…

nina nikah 7i

inilah dia barisan mereka yg melecet2 tgn ikat reben… hu3… ada ramai lagi yg terlibat… cuma sempat snap yang ini je… gud job laaa… *apsal plak muka ai jadi cenggitu sekali…????

ok… mari perkenalkan mereka… dari kiri atas: Eta (Simply Flower), Edy (boss Favorsby Eddy), Che Di (mamahayamfavorsbyeddy). Duk di tgh2: Lala dan ibunya (alamak auntie, lupa nama lah). Duk dibawah: Nurul, ai, Taufik.

ooo, kalo dilihat pic2 dalam entri #NohNina’s wedd nih, adalah koleksi peribadi ai… sebab tu lah pic agak kabur… sebab ai guna kamera berihitam sajork… unless kalo x de watermark tujuhhariseminggu, pic2 suma diculik dr Favorsby Eddy n Dato’ Mohd Taufik-photographer Favorsby Eddy…

mood:~suka tgk org kawen~

Monday, June 7, 2010

Jalan2 di KL pun beshhh... :)

Aluuu... Cuti2 sekolah ni mesti ramai yang balik kampung kan... Balik jumpa atuk nenek... Jenguk2 mereka yang jauh di mata... Uihhh, tetiba teringat masa kecik2 dulu... Tapi, bila da besar ni lain sket la... Tak seeksaited masa muda remaja dulu... Tapi, kalo duk kat KL still leh g jalan2 pe... Banyak tempat leh g... Tak caya... Meh ikut ai g jalan2... :p
~Rojak SS15 Subang Jaya~

Sebelom g jalan2, mestilah kena makan dulu... Kang lapo, tak nak gerak2 plak... So, yok makan rojak marbeles kat SS15... Haaa, amek... Panjang barisan nye haaa... Menetes peluh nak menunggu rojak siap... Abe yang buat rojak tu pun, romantik je potong2 rojak tuh... Erm, kalo g sini, bila nak cakap order ngan nak tau harga kena bisik2... Tak tau nape... Agak romantik ye... Cuba bayangkan, masa nak tau harga rojak tu, kena dekat2 kan telinga kita kat mamak ittew... Huuuhhh... Sunggoh manja... Namun, rojak n cendol nye lazaaaatttt... :p Maseh terngiang2 abe mamak membisikkan "semuanya 8 ringgit..." dengan sore husky2 manja di telinga ai... miahahahhaa.... :)
~Muzium Negara~

Watttt??? G muzium??? Pe, ingat budak tadika ke??? Uittt, eksaited tau masuk muzium negara nih... Cuba ingat2 balik... Bila last g muzium??? Mesti masa sekolah2 dulu... G muzium pastu amik gambar guna kamera berkodak Agfa 36 - 100... Kalo guna kodak yang 200 tu kira kaya lah... Pastu, lepas amik gambar kena srett srett kan kamera tu baru leh amik gamba lain... :p

Kat muzium ada Coffin Exhibition... Uit, seram gak la.. Tgk camna org zaman2 dolu tanam mayat... Tapi, mostly mayat ditanam dengan tembikar-periuk-belanga bagai... Nape yer?? Owh, ada yang di tanam dengan cawan, tujuannya supaya mayat tu leh minum kalo dia terjaga kerna kehausan... Uih... Cuba bayangkan, kita lalu depan kubur, tetiba tgk segeng mayat sedang minom2... Tak moo imejin la... Ngeri... :p

Ada banyak gak pameran kat muzium negara nih... Ada Coffin Exhibition tuh, main exhibition pun ada gak... Pasal Malaysia... Ada tengkorak Perak Man... Siap ada soklan cepumas dr kawan ai... Kenapa nama dia Perak Man...??? Nape eh???? Ada gak pameran org2 asli... Owh, ada satu patung ukiran yang sangat tragis... Patung ibu sedang menyusukan anaknya... Sape yang penah lihat akan mengerti betapa tragis nya patung itu... Hiks...

~KL Bird Park - Taman Tasik Perdana~

Tettt... Tak masuk pun KL bird park tuh... Mahal... Hiks... Cuma lalau tepi sambil snap pic kat banner... Miahahhaa... Owh, sangat ramai berhenti di tepi jalan memberi makan kepada monyet2 cute di tepi pagar... Monyet sangat tamak ye... Sangat rakus bila dapat makanan... Dasar monyet.... <--- eh, apsal emo ngan monyet nih????

Owh, sangat ku tak sangka yang kwsn Taman Tasik Perdana sangat besar... Macam2 ada wooo... Sempat lah kitorang naik tren 50 sen pusing satu taman tuh... Taman Orkid, Taman Rama2, Taman Rusa dan macam2 lagi... Kena at trip ke sini lagi nih.... Owh, melihat org berjogging, sangat mengujakan... Hiks... :p

~Flaming Steamboat Buffet~

Dimulakan dengan makanan, diakhir dengan makanan juga... Huhh, bagaimanalah ingin memastikan badan sentiasa slim... Sukar... :p Huhh, sape2 yang suka makan steamboat, silalah pergi ke sini ye... Dengan hanya RM 21.90... Anda boleh bersteamboat sepuas hati... Udang nye besar2, Ketam nya keras2... Uhhh, macam2 la... Sampai skang terasa kenyangnye... :p

Kat mana tempat nih??? Adeib tau... Hahaha, mesti Adeib ngamok2 kalo dia tau aku da pergi, tapi x ajak dia... :p Flaming ni bersebelahan dengan Sunway Pyramid... Tapi bukan dalam SP... Betul2 bersebelahan dengan SP... Yok g ramai2... Tapi kalo sesapa nak g, sila buat reservation ye... Selalu nya penoh... :)

owh...
di kesempatan ini...
ai ingin mengucapkan selamat pengantin baru...

~Nuraslinda & Syarom~

~Herda & Zulirwan~

mood:~sonok bergila-gilaan di wedding Linda... gilo laaaa... :p~

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...