Tuesday, November 22, 2011

Snack Plate satu…

ini adalah kejadian yang menghairankan… benar2 menghairankan… uih…

~~~

lokasi: di KFC, Restoran Jejantas Sg Buloh

 

cashier: yeahh, selamat datang, nak order apa yer???

pelanggan: ermm, nak makan apa eh???

cashier: *eh, lambat plak nak order…*

pelanggan: ok, nak satu set snack plate la

cashier: Ahhhh??? Snack Plate????!!!!

pelanggan: ???

~~~

eh, apakah??? salahkah memesan snack plate di KFC??? apakah salah perbuatan itu??? apsal plak dia tanya seperti seolah2 memesan cendhol pulut di kedai menjahit labuci kak zakiah… huihhh…

700px-KFC_Snack_Plate_1

sampai skang masih teringat2 serta tergelak bila ingat balik… hairankan???

hairan siti

errr, saya gugel pic ‘hairan’… tetiba kuar pic nih… saya semakin kehairanan… hiks…

mood:~wehh, ai syak cashier tu igt dia keje kat kedai baju la…~
pic:~tq GOOGLElina jolie…~

Monday, November 21, 2011

Diet bersama Kevin Zahri–Diet Coke

assalamualaikum semua… tetiba rasa girang di pagi isnin nih… ntah nape??? hu3… ok ok… suka minum coke??? minuman bergas??? yeaaa, x baik minum air gas ni banyak2… banyak gula katanya…

namun, sape2 yang concern about calorie counting nih… meh cuba Diet Coke… ai baru je sibuk2 nak kira kalori yang diambil… yelah, kekonon nak diet… so, bila baca Kevin Zahri’s book, pasal how to lose 5kg in 5 weeks, adalah cara2 nak lose weight…

kevin 5kg5week

salah satu cara nak diet, kita cut lah kalori yang diambil… so, sesapa yang suka minum air gas tuh, setiap tin selalunya mengandungi 150 kalori… banyakkan??? jadi nak kurangkan silah minum Diet Coke… kalau check kalori, zero ‘0’… haaa, tgk byk dpt jimatkan???

menjadi tanda tanya jugak, kenapa kalori Diet Coke zero??? so, korek2 dlm buku Kevin Zahri tu, rupa2nya Diet Coke tu gunakan ‘artificial sugar – 0 calorie’… haaa, memang rasanya pelik sket, tp lama2 kita akan biasa… so, sesapa nak turunkan berat badan, tapi teringin bebeno nak minum minuman berkarbonat, meh le minum Diet Coke nih… at least leh lah ilangkan rasa teringin dan mengidam tuh…

sape2, nak g beli buku tuh, ebook je… meh klik sini, ada banyak tips… nanti ai kongsi2kan yer… kongsi yer sama2… tapi, ai x ikut sgt… he3… cuma tips yang best2 je ai ikot…

coke blog

soalan: bagaimanakah mahu berjalan kaki SEMASA waktu makan tengah hari??? berjalan semasa makankah??? hiks…

mood:~baca tips rajin, kongsi tips pun rajin, tapi nak buat tips tuh, malas… he3…~

Friday, November 18, 2011

kenapa ko drive camtu???

sape suka marah marah maki maki carut carut manja bila ada org lain bawa keta cam dia sorang je bayo road tax… ada kan… kira kalau nak marah depan2 x berani, setakat marah2 dlm keta, hilang bengkek sket, cukup la… lagi best kalau marah dengan aksi2 tangan karamsinghwalia sekali… hiks…

ok, meh ai list kan apa yang buat ai geram…

1) tukar lorong macam semua org boleh baca isi hati dia… ek eleh, ko ingat tiap kali ko nak tukar lorong, ada sign kat atas keta ko tulis.. “owh, saya nak ke kiri lah…”… suka suki je… kalo jenis tukar lorong pelan2, sikit2 xpe… at least kita tahu dia nak tukar lorong… ni sejenis pusing stereng sehingga kereta membelok 86.5 darjah, pastu selamba ke tukar lorong… huhhhh… signal derrrrr…

2) ni situasi kita nak tukar lorong plak… tgk kat side mirror, santekkkk keta belakang jauh lagi… apalagi, bg signal, dan dengan sopan santun nye memulakan langkah nak menukar lorong… tapi, keta kat lorong sebelah yang jauh tuh, nampak kita bagi signal nak masuk lorong dia, terus pecut keta seperti inginterberakcaircirit… terus pecut tak kasi masuk… aiyooo… pendengki donkey…

3) yang ni ai da citer dulu, di kala menghampiri lorong tol, kita slowkan sket keta… walaupun guna sematteg, perlu memperlahankan keta… gila ko nak pecut2… tetiba, keta kat belakang x sabo2… adoyai… lek lah bang oi… kita mengesot ke kiri sket, dia pun potong, sekali… dia vooossshhh masuk ke lorong tunai… waddehel… $$@^@^@$^#& tul lah…

4) memotong barisan… ni memang ketegori babunkacukvavi… nak2 lorong yang memang jem… kita punyalah dengan siviknya beratur nak masuk lorong, alih2 dia nak memotong, siap cucuk2 muncung keta nak motong kita… whamboi… angkat tangan idak… dan yang lebih menghairankan, muka memang tak tau malu, kita duk jeling2, muka  memang tahap simen dinding gred A… yang lebih menjelikkan, dia potong kita boleh, tetiba ada keta lain nak potong dia, kemain dia press minyak tak kasi org potong lane… aiyooo, memang dasar $#!$$^#%&^…

5) ni kat tol lagi, kalau guna tunai… nak cepat punya pasal, dia boleh pilih2 lorong… wehh derrr, ko bajet lah lorong mana yang ko nak masuk… ni tak… da nak dekat tol, tuh, terus dia vushhhhh ke lorong yang dia nak… kita plak yang ternebes2 nak bw keta…. huhhh…

mood:~eh, emo nye saya taip entri nih… sehingga bunyi mengetik keyboard sangat kuat kedengaran satu Restoran Nasi Kandar Subaidah Kota Damansara ini~

Tuesday, November 15, 2011

bila GPS anda totheleft tothelefttttt…

hollo… update dua minggu sekali… #retis sungguh… he3… erm, mesti ramai yang selalu guna gps kan? kalau ada sesape ingat bagaiman asal usul gps dlm hidup ai.. silalah ke sini… tq Hyundai skali lagi…

ok ok… pasti ramai dah mencebik2… uk aloh… bukan best sgt pun gps nih… kekadang bila pakai gps, makin sesat… jalan ntah ke mana2 gps ni bawak… hiks… paling tensi kalau dengar menda alah tu jerit “RECALCULATING RECALCULATING!!!!!!!!!!” da sampai umah masuk ke dalam tgk cerita desperate housewives, gps tu tak abis2 recalculating… hu3…

cam ari ahad aritu, pas antor inchek Nazmi kat seksyen 17, balik ke umah menggunakan gps… tuan2 puan2, bila berada shah alam, gps adalah penting yer… dengan roundabout yang muncul setiap 5 saat, taburan seksyen2 yang begitu mencabar jiwa utk menyusunnya kembali… maka, jika berada di shah alam, bersedialah utk berpusing2 roundabout dan berjumpa situasi “eh, macam da lalu lah…”

setelah on gps, set ke umah, dengan jayanya ikut lah gps tu… then suddenly… gps menjadi mengong, tgh jalan lurus, dia bleh recalculating… aiyo… maka, teruskan perjalanan, sehinggalah gps ai menunjukkan jalan yang begitu menghairankan…

gps selangor

“Continue to Selangor”
aitttt??? ai kat Perak ke??? tetiba nak suh ai ke Selangor… bukan ai dah ada kat Selangor ke??? tensi tensi tensi… terus tukar CD Siti, nyanyi lagu Falling in Love kuat2…

teruslah jalan sambil maki2 manja gps nih… agaknya, dah sedih kena maki, namun gps ni tetap nak bw tuan punya ke tempat yang lebih menenangkan… terimalah…

gps2

“Continue to Kayangan”
dia suh g Kayangan yer… whamboiiii… perli nih…

mood:~last2 call auntie, tanya camna nak balik umah… ha3..~

Thursday, November 3, 2011

teaser…

eh, amboi2… lompat sakan ye…

bali1

lompat2 kat mana nih??? luasnya tasik…

bali2

whamboi… terbang plak…

bali3

lorrr… petani mana plak yang merenung masa depan nih??? tgh kalkelet kwsp kah???

bali4

ni anak sape plak yg tgk sunset sorang2 nih… kono tinggal sorang2 ke???

bali5

dah, sorang kena tinggal tgk sunset sorang2… yang sorang lagi duk merenung2 kat tasik.. apakehal nih???

mood:~kemana sebenornya inchek jely nih???~

Thursday, October 20, 2011

Sardin Berbahaya??? Oh no no no…

adesss… kabut seketika… iyolah, makanan kegemaran ai telah dicanang2kan berbahaya… SARDIN… apalah makna si Jely tanpa sardin… tahukah bahawa, salah satu cara utk membuatkan inchek Mislan membuatkan anaknya si Jely ini makan nasi bertambah2 adalah dengan menghidangkan masakan SARDIN… he3…

sardin

sila ke sini utk artikel penuh

huwaaa, panjang no ceritanya… tapi, secara ringkasnya, sardin ini dikatakan adalah salah satu punca terjadinya tumor dan fibroid… kes yang dinyatakan, ada beberapa suspek telah dijangkiti tumor di rahim, dan rahim nya terpaksa dibuang… abislah rahim ai… *eh, ada rahimkah saya??? ~cengkerik…

ok ok… jadi dengan tanpa melengahkan masa dan tenaga, ai telah kopipes artikel ni di Ayam’s Brand page… dengan harapan mendapat maklumbalas dengan segera… tadaaa… dalam masa limabelasminit, telah mendapat feedback dari Encik Mohammad Hisham bin Hj.Talib
Head of Ayam Brand Halal Department.

sardin 2

Fazdly, thank you for your concern about the quality of our products. Such articles are rumors that are regularly spread via e mail or on blogs. Please see below the explanation from our halal department for your perusal.
May I remember our consumers that Ayam Brand canned food are NO PRESERVATIVES as we use a recognized technique of sterilization to ensure the safety of our recipes: STERILIZATION was invented long time ago by a French Chef in 1810 to preserve perishable foods in a stable form that can be stored and shipped to distant markets during all months of the year.
The process is simple: Long hour heating in high temperature.
The heating process is the way of preservation, no need to add preservatives.
The heat kills the bacteria, allows a longer conservation, preserve texture and aspect of food.
So just enjoy your favorite sardines and thank you for your loyal support!

inginkan artikel penuh??? sila ke Ayam’s Brand page

pheww… alhamdulillah… selesai sudah persoalan di sini… for those who reads this article, sebar2kan la yer… boleh percaya ke ni??? Tepuk Dada Tanya Selera…

mood:~psss, abah, Ayam’s Brand nak mintak resepi abah, bolehkah???~

Wednesday, October 19, 2011

Nuffnang Premier Screening for Paranormal Activities, PA 3

smalam, dpt invitation ke Nuffnang Premier Screening for Paranormal Activities, PA 3… hu3… gatal bebeno nak tgk citer antu… kang nak tdo malam, nangis sorang2… ha3…

kenapa ai rasa citer PA series ni sgt seram sebab dia nye situasi sama macam kat umah kita… kalo nengok citer antu yang kat hutan, rumah misteri lama, kat spital, seram dia lain sket… kalo citer PA ni, antu dia sejenis sama kat umah kita… hu3…

nn pa3 1

ni dia staff NN yang telah memberikan ai tiket… tapi, nape lah dpt seat depan bebeno… tak dpt nak tutup muka, sebab screen besa sgt… lain kali, nak duk blakang2 sket… tq Nuffnang

nn pa3 3

tadaaa… kat situ tulis seat K4… da imejin, seat nya arrangement A kat depan, so K kat belakang2 la… ghupa2nya, seat A di belakang, dan seat yang terakhit adalah M… he3…

nn pa3 2

yaaa, ini lah dia mangsa kali ini… tq Fai temankan ai… sorry le terpaksa jerit2 sambil tgk muka masing2 semasa antu keluar… bukannya tgk kat skrin tuh, tgk muka masing2… lps tu sibuk tanya2, kenapa, mengapa, kat mana antu tu… hiks…

nn pa3 4

ni la muka suka dpt tiket free… huhuu… ooo, sila maafkan kami ye wahai mereka yg hadir ke screening smalam… tatkala sesi “Bloody Mary”, tgh mereka tutup lampu lepas sebut Bloody Mary tiga kali, tetiba ada deringan telefon… bunyinya sungguh 3D, sehinggakan ia seolah2 bunyi di dalam filem… namun, rupa2nya, itu bunyi telefon ai yer… ha3…

Paranormal Activities 3

I rasa cerita ni adalah cerita sebelum apa yang terjadi kat PA2… masa Katie dan adiknya, Kristi di kala kecik2… Kristi ada teman halimunan, Toby… so, seram2, sebab si Toby ni kaco family mereka… Katie kena tarik rambut, dapur disepah2kan… Dennis, ayah tiri mereka da perasan ada benda pelik, melalui rakaman video yang dia buat… namun, maknya x mau percaya… rupa2nya yang jahat tu…. *eh, tgk la sendiri, takkan nak bgtau kot…

seram tak citer nih??? kurang seram dr PA2… tapi, yang membuatkan ai semput, cerita ni senyap sunyi… jadi, ai stress, sebab takleh nak jerit2… kalo citer antu lain, bising, bunyi angin la, bunyi antu la…. so, ai leh menjerit tanpa rasa bersalah… he3…

sila tonton ye kawan2… sekali lg, Tq Nuffnang… lain kali jemput lagi ye… nak tgk “whats ur number” plak…

mo0d:~haaa, jangan gelak2 baca blog ai…~

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...