Monday, June 18, 2012

Majlis Aqiqah Alisha Nurzara

Hai, kawan-kawan. Jom layan pic majlis aqiqah anak buah ai. Alisha Nurzara. Omaknya panggil alisha, pakcik nye nih panggil zara. Barulah retis, Izzara Aishah gitu. Kih3. Zara zaraaa…

zara 1

Alisha Nurzara

16 April 2012, genap zara 2 bulan. Majlis aqiqah ni utk zara. Lena kan dia tdo. Maaf ye, riben2 bunga2 xde. Hanya berbantalkan bantal bushuk dan toto kegemaran zara.

zara 8

Upacara bertahnik. Eh, betul ke? Belah mulut kata org kampung. Ustaz tgh suapkan kurma, madu dan air zamzam kat zara. Tenang je dia. Tak nangis. Good girl. Go zara, go zara…

zara 2

Inchek Izwan, ayah zara. Haa, berkatlah sket, si ayah bermarhaban sekali utk anaknya. Saya begitu nebes kerana berada di sebelah ayahnya, menunggu giliran kena marhaban skali. Sungguh nebes dan berpeluh2. Sib baik Ustaz habiskan bacaan sebelum giliran ai. Hiks.

zara 3

Adik saya bertudung biru, Diha, omak zara. Uih, dah jadi emak org adik i. X sangka. Dila, yang sebelah tu, taun depan kot. Inchek abah sedang khusyuk tgk zara.

zara 6

Antara yang hadir. TQ oman sempat dtg. Sedap kan cucur badak tu. Ada lauk, kambing kurma, sambal sotong, masak lemak nenas ikan masin, hati goreng kacang panjang, ayam berempah, laksa. Huihh, dedem terasa diri ini seketika. Ai loike…

Berikut adalah pic sepupu sepapat yang tidak kurang sengalnya. ^__’

abieamadjijie

yana

Bersempena Hari Ibu bapa nih, weols decide nak beli kek utk celebrate Inchek Mislan dan Pn Maznah.

zara 4

We LOV U Both. LOV??? Apakah??? Mungkin bahasa remaja muda mudi dewasa ini kot. LOV!!! Si Jijah sibuk nak potong kek. yu yu yu *singkatan utk happy birthday to you…

zara 5

Yeayy, Selamat Hari Ibu Bapa dan Jijah si kecik.

Ooo, ada satu perangai zara yang ikut pak sedara Jely nye nih…

zara 7

Tidur meniarap. Ye, saya kecik2 dulu suka tidur meniarap. Lihat bibir itu, trademark keturunan Inchek Mislan. Voluptuous gitu beber zara.

mood:~semoga zara jadi anak yang baik dan solehah yer. Amin~

Saturday, June 16, 2012

Kuat dan lebih Kuat!!!

Permainan Dewasa??? Ohh, mesti permainan utk orang dewasa. Spt kriket, tenis, petanque. Tapi??? Kenapa ada iklan pasal Permainan Dewasa ini???

Menambahkan lagi keraguan dan tanda tanya, mengapakah iklan Permainan Dewasa ini disertakan sekali iklan Ubat KUAT Lelaki??? Ohh, mungkin utk bermain Permainan Dewasa, seorang lelaki itu perlu Kuat??? Ermm…

 ubat kuat

Suspicious kan???

 

 

 

haaaaa!!! ada lettew yang salin no phone, terus call!!! whamboi whamboi whamboeeeiiiii *sambil gerak2 kan jari manis yang tergantung bulu musang di tepi kuali masterceppp…

mood:~Teenage Toy xde ke??? kahkahkah~

Friday, June 15, 2012

Njalok ngapuroooo

raya 1

Hai, saya yeyen. Manja tak saya. Saya suka lepak atas toto utk Jijah. Orang bentangkan utk Jijah, saya g lepak dulu. Tapi saya dah menghilangkan diri dari umah Jely. Huaaa. Yeyen dah x balik. Kena culik kot. Yelah, comel lah katakan. Oh, sila maapkan pic inchek Mislan yang shekshi di belakang itu ye. ^__*

raya 3

Tadaa, inilah atok B. Alaa, atok yang seksi itu. Tetiba teringat kat atok ku. Lama x ketemu. Moga2 sihat lah yer. Nanti leh sambut raya  lagi tahun nih.

Oooo, dah nak raya kan. Rasa cam baru je nak raya nih. Selaku cucu Hj Basiran yang jawa ini. Meh I ajar camna nak ucapkan maaf bila berkunjung di hari raya kelak. Budaya org Jawa, kalau g beraya, nanti bila nak balik, masa salam2, kena duduk rapat2, pastu ngomong2 lah apa2 yg patut. X gitu Nor Aimie Ngarip. Ko jawa gak kan. Jangan x ngaku. Ha3.

“Njalok ngapuro seng akeh akeh”
maksudnya: minta maaf banyak2 *lebih kurang camtu kot ^__’

Tak saba plak nak puasa. Harap2 dpt main gamelan lagi. Boleh buka free kat hotel. Hiks.

 

raya 2

Haa, ni Jely nak masukkan duit raya kat poket atoknye atau menculik duit dari poket atuknya??? Haaa, cer teka… Kah2…

mood:~baju raya tak antor lagi weh… beli kat jalan TAR je kot~

Thursday, June 14, 2012

Jiwang ke Groahhhh???

Aloo kawan2. Cantik tak tokti pose2 tangan sebelah kat muka. Comel kan. Yea, saya memang jiwang. Lihatlah playlist terkini lagu2 di Windows Media Player saya. Oldies n jiwang kan. *ohmaiii, sejenis sindrom remaja 30an kah???

lagu jiwang

Walaupun wajah gua ganas, tapi dalam hati ada taman beb. Ha3. Ganas lah sgt ye. Bukan pe, letli ni kena rajin menghadap lappy dan menaip sehingga biru. Jadi, solusinya adalah mendengar lagu2 jiwang sambil nyanyi dan dijeling dan dihina oleh rakan sebilik. Ha3.

Tapi, tetiba dpt notification.

incarnation

weiii, Incarnation follow gua beb. Wah, metal band gitu. Camno? Adakah saya akan memetalkan diri. Groahh groahhhh lah gua pas nih. Jangan haraplah tujuhhariseminggu ni kaler2 pink dah. Pasni kaler gelap2 gitu. Barulah ganas beb.

Groaaahhhh!!!!!!!!!!

Psss, silalah follow @incarnationcrew. Nak g FB pun ada.

mood:~tgh dgr lagu diorang. groahhhh beb!!!~

Saturday, June 9, 2012

Last paayyperrrrr last payyyperrrrrr…

Yea, wahai jiran2. Kami tahu, kami memang chinese look. Sangat santek. Sehingga kadang2 ada je auntie berbahasa Mandarin bila bercakap dengan kami. Tapi…

 

paper1

paper2

Wahai jiran-jiran kami. Janganlah langgankan paper ini utk kami. Kami tak reti baca. Gmana nih???

mood:~camna nak unsubscribe nih???~

Friday, June 8, 2012

NanAman kawen, konsert Aku Sudirman

Cuti sekolah ni sinonim dengan majlis kawen2. Jadi, dengan bangganya, last week, telah ke Kg Kebun di Banting utk memeriahkan perkahwinan NanAman. Nana, adik si daus yg santek itu. Meriahkan mereka. Tema pink biru gitu. Comel kan.

NanAman 1

Yea, ini dia ahli keluarga sanak saudara bergambar girang. Tahniah pengantin. Semoga berbahagia sehingga bila2. Amin.

NanAman 2

Ini pula barisan rakan2 yang dengan rasminya telah memasuki fasa 3 series. Wah, begitu pakcik2 kan kami. Ha3.

NanAman 3

Haaa, beginilah jadinya bila warga 30an bergambar secara kandid. Comel kan kami. Ha3 lagi. Kah kah kah.

Sudir 2

Setelah berpeluh kesah di majlis kahwin itu, terus zasst ke Stadium Bola Sepak Cheras, KL. Nak  tgk konsert Sudirman. Semangat kan kami. Kami suka memeriahkan konsert2 percuma nih.

Sudir 1

Permandangan standard di luar stadium jika ada konsert. Akan ada gerai2 seperti pasar malam. Di sini, segala goreng2an ada. Nak bebola, yang panjang, yang besau, semua ada. Yang penting, sesudah membeli juadah seperti mahu berbuka puasa, sampai kat depan pintu masuh, ada annaunsemen.

“Makanan luar tak bleh bawak masuk” dem dem dem. Terpaksa sumbat semua kebab, asam gelugor, burger dlm beg masing2. Lepas tu buat2 borak ceria dengan pak guard, sambil cepat2 nyorokkan beg. Berjaya. Keh3.

Sudir 4

haaa, ado, open concert, duk kat padang. Aiyooo, lama bebeno tak buat perkara camni. Happening lorr.

Sudir 3

Lihat, samakan wajah beliau dan wajah di layar belakang itu.

Serius best konsert Sudirman kali ni. Dpt tgk kak jena nyanyi lagi Terasing dengan begitu mengujakan. “Sebuah kematian, yang tiada berNENSAN”. Hek2. Spt  biasa tokti lebih dr satu lagu. Lagu Jauh di Sudut Hati itu sangat best yer. Terus nangis2 kecik di stadium.

Sekali lagi, tahniah NanAman. Dan utk daus, terimalah…

IMG_6871

Cantik sungguh kamu ^___^

mood:~wohooo, 30 sudah…~

Tuesday, May 15, 2012

Bengkok ah baru SEDAP!!!

haa, bengkok tu. TY Bengkok??? tayar bengkok ke? takpun, rim bengkok. hiushhh, asik bengkang bengkok keta nih. bawa keta ke bawa lori nih.

ty bengkok

ty bengkok 2

ooo, bukan tayar. Tomyam Bengkok rupanya. Tomyam bengkok? jap jap, g tgk menu. Loorrr, tomyam BANGKOK. dari Bangkok jd Bengkok. uih, abg waiter, jauh maknanya tuh. tapi sedap wooo, tomyam bangkok nih. menjilat sudu. tapi, rasa2nya, kalau tomyam Bengkok lagi sedap kot. hahahahhaa…

mood:~K susu itu bukan kopi susu yer, carrot susu…~

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...