Friday, February 7, 2025

Makan - Trip Pulau Pinang Jan 2025 @ Deens Maju

Salam semua. Hi, hari ni nak kongsi hal makan-makan sepanjang 2D1N staycation di Pulau Pinang. Sebenarnya, circle kawan ni ada ramai, cuma akhir-akhir ni, berempat ni je lah yang senang nak jumpa dan makan-makan. Jom kita makan!!!



Deens Maju Nasi Kandar. Sampai je, uihhh kemain beratur. Bila jenguk ke dalam, lega. Tempat makan selesa. Tak crowded. Jadi boleh lah beratur dengan tenang. Sambil beratur, kita sambung isu-isu (dibaca: menyibuk kisah kawan-kawan yang lain) yang tak habis dikupas secara tuntas semasa perjalanan dari KL. 
Kuah banjir surrrrrrr. Sampai sekarang tak faham, kenapa ada orang komen kuah banjir kandar tu berpasir. Haritu ambil nasi putih+ayam madu+sayur+teh o ais limau, RM11.15. Sedap!!!!



Ingatkan nak terus check in. Tapi, singgah makan cendol dulu lah. Itupun hampir putus asa, sebab tak dpt parking. Yang jeli kuning tu sure nama apa, tapi ada jeli + laici + lemon. Sedap weh, nak pula lepas pekena nasi kandar. Segar!!!


Snap kat lorong-lorong nak parking kereta. Sekarang memang kena ambil gambar penuh berliku, supaya tak nampak gemok. Haha!



Ok, dah check in. Maritime Luxury Suites. Datang berempat, dapat bilik kemain besar. Puas hati. Malam tu kami sempat pekena pasemboq. Dekat Jalan Gurney, sebelah Gurney Mall. Tapi tak sempat ambil gambar. Laporr sangat. Harga ok lah, tak mahal sangat. Ambil portion untuk 4 orang, RM50++. 



Sarapan kat Roti Canai Gemas Road. Disebabkan semua dah pernah merasa Roti Canai Transfer Road, maka kali ni nak cuba kat sini pula. Ok lah, tak semeriah Transfer Road tu. Tapi ada cheese. Semua tak tahu nak makan macam mana. Haha.



Wajah tak mandi pagi dan terus bersarapan. Semua patuh ya. Walaupun sempat je nak mandi sebenarnya. Bergambar sat kat area depan tempat yang kami stay. Sebenarnya ada yang bercita-cita nak jogging pagi tu, namun kita hanya mampu merancang. 



Sebelum naik balik ke bilik, singgah Cafe Amazon. Tak sangka dah buka kat Malaysia. Last ke Thai, tak sempat pun singgah. Kita singgah kat Malaysia lah ek. 



Ok, tammat sudah. Nanti kita jumpa lagi masa berbuka ya. Acara tahunan, gather sempena ifthar. Setakat ni, senang nak arrange dengan kami berempat ni. 



Eh, apeni? Kata dah tammat. Nak balik ke KL, Waze suruh lalu WCE. Singggah lah Satay Hut. Gemuk sungguh satay ya. Yang ni mee bandung special. Hi gout.

Nanti kita jumpa lagi ya. Daaaaa.
Assalamualaikum.

Tuesday, February 4, 2025

Staycation Pulau Pinang @ Maritime Luxury Suites

 Assalamualaikum semua. Hujung minggu lepas, sempat lah kita ke Pulau Pinang utk short 2D1N staycation. Buat kerja gila juga lah, bercuti masa cuti raya cina dan cuti sekolah. Alhamdulillah, trafik tak terus sepanjang perjalanan pergi dan balik. Kali ni nak kongsi tempat yang kami stay bermalam di sana. 


Maritime Luxury Suites. Dekat Persiaran Karpal Singh. Tengok kat website Booking.com, cantik. Macam tak percaya. Boleh search 'Maritime Suites Holiday'. Harga pula lebih kurang RM500++. Sekali sampai, tadaaa.


Cantik!!! Dua tingkat. Kat bawah ada satu bilik (2 bunk beds + 1 tilam extra), tingkat atas (2 queen bed). Boleh masuk min 9 orang. Saiz bilik besar dan sangat selesa. Boleh muat 2-3 family ni. 


Tingkap kaca setinggi-tinggi bilik tu. Masa tengah lepak-lepak, sempat fikir, macam mana eh nak tukar langsir. tinggi nau. Mesti tertanya-tanya, tak panas ke? Kat unit ni, aircond kat living hall besar kot HP nya. Sekejap je nak sejuk. Jadi, sepanjang 2D1N kat sana, memang sejuk. 


Dah plan nak staycation dengan family. Kalau ada rezeki. Ruang selesa untuk family. Cuma mungkin boleh cari unit yang bilik bawah tu bukan bunk bed. 


Boleh hai hai dari bilik atas. Tapi tangga tu mengah sikit lah nak naik. Haha. Walau ada bilik kat bawah tu, end up berdua tidur kat living hall, dua lagi tidur kat atas. 


Yang mana lutut dah krek keriut tu, mohon hati-hati ya. 


Deko best, saiz best, seronok lah. Cuma TV tu mcm kecik sikit lah. Tapi tak ada kesan sangat lah. Sebab bila berkumpul macam ni, banyak nak kena update. Pasal diri masing-masing, pasal kawan-kawan yang tak ikut lagi. Banyak lah topik. 


Sebenarnya nampak Jambatan Pulau Pinang. Tapi agak berkabus. Cuaca tak elok sangat kot. Tapi puas lah dapat tingkap seluas ni. Kat bawah tu malam-malam ramai yang akan melepak tepi pantai. Oh, kat bawah tu, banyak coffee shop. Coffee Bean, Zus, Starbucks, Family Mart. Dan ada Cafe Amazon. Tak tau pula Cafe Amazon dah masuk Malaysia. 

Kesimpulannya, berbaloi stay kat sini. Kalau setakat 6-8 orang, memang selesa. Lebih daripada tu pun masih selesa. Ada dua toilet, jadi tak berebut nak guna toilet. Unit ni ada sediakan microwave, water kettle, firdge, induction cooker dan tap water filter. 

Location wise pun ok. Dekat dengan Nasi Kandar Deen Maju. Nak ke town pun dalam 3-4 km. Strategik. Jadi, boleh lah stay sini, lebih-lebih lagi kalau ramai. Seronok boleh stay dalam satu unit yg sama. 

Ok jumpa lagi nanti (maybe tahun depan, haha...)

Saturday, December 16, 2023

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni?

Show Dalam Bilik - Aina Abdul

I bukanlah peminat tegar AA. Lepas tengok temubual ini, melantun-lantun respek ke AA. Betapa struggle je AA sebelum ni. Masa kenal AA, meletup lagu Sepi, Semalam. Lagu-lagu pula AA buat sendiri. Jadi macam, ok, hebat muzik ni. Sebab tu boleh meletup kebabom. 

AA masuk semua pertandingan menyanyi seluruh Seremban. Nak kumpul duit daripada hadiah kemenangan. (Eh, I rasa AA pernah masuk pertandingan karaoke Superstar kat Setapak Central. I lepas top 30 je. Hahahaha) Seterusnya masuk Mentor, dapat nombor dua. Lepas tu buat soundtrack untuk filem. Filem blockbuster, tapi masih belum sampai rezeki AA. Lepas tu, join gig kat kelab malam, guest lounge dan sebagainya. 

Sekarang dah faham, kenapa AA berkonsepkan rempuh. Nak pakai baju sampai naik lori. Pakai toto, rama-rama, bunga ada remote control. Tak Peduli! Sebab AA dah jumpa diri dia. Teruskan AA. Malaysia perlukan AA. Sedar tak sedar, AA letak kan Malaysia dalam peta hiburan dunia. Mana kau nak cari penyanyi pakai baju keluar asap? Rasanya nanti Aina akan pakai baju ada enjin, tahu-tahu masuk gear, zuuusssttt sambil menyanyi. 

Good luck AA! Eh, jom cari cikgu Shamsiah. 

Friday, October 20, 2023

Pinto Coffee+ Janda Baik, Pahang

Assalamualaikum semua. Episod kali ini nak cerita pasal kafe Pinto Coffee+ kat Janda Baik, Pahang. Hujung minggu haritu sempat kami healing di Janda Baik. Sorang kawan roger, lepas tu semua on. Teruslah kami ke sana. Lepas kerja Sabtu, kumpul di Stesen LRT Gombak, park kereta kat situ, kami gerak satu kereta ke sana. 

Rasanya dah glamer pun kafe ni kat Janda Baik. Ingat lagi awal-awal kafe ni dibuka. Excited tiba-tiba ada kafe sejenis ini di celah-celah rimba Janda Baik. Bila cerita dan tunjuk gambar kat orang lain, semua macam, eh seriouslah??? Ada kafe macam ni kat sana. 


Tiga cawan cappucino dan segelas coklat panas. Ada dua jenis biji kopi. Satu yang memang ditanam di Janda Baik. Satu lagi import daripada mana ntah, lupa. Haha. Oh, Masa nak naik atas menuju ke kafe, memang akan nampak pokok-pokok kopi yang ditanam. Teringat kenangan semasa kecil, kat kampung memang atuk dan nenek tanam pokok kopi. Daun pokok kopi lebar. Jadi dah jadi aktiviti cucu-cucu semua bersihkan dauan gugur guna penyucuk. 


Konsep kayu-kayuan dengan bumbung yang sangat tinggi. Jadi kau nak borak kuat-kuat ke, nak gelak-gelak healing ke, tak lah terasa bergema. Eh, tapi penting tau dapat jumpa kawan-kawan. Tukar cerita. Cerita masalah masing-masing. Walau bukan boleh bagi solution, tapi dapat luahkan, dengar cerita orang lain, buat kita lega dan update pasal diri masing-masing. 


Tak tak tak. Kitorang tak buat pun amalan membaca kat kafe hari tu. Yelah, kami berempat, macam-macam cerita. Tak masuk lagi sesiapa yang tak join. Pun akan kami update kisah diorang. Cuma bezanya, kalau siapa yang tak join, tak dapat nak defend cerita masing-masing. Haha. 


Kot korang nak letak gambar sendiri, korang bawa siap-siap gambar dengan frame sendiri. Pastu cuba tanya owner, nak gantung gambar saya boleh tak?


Rangkaian kek yang ada. Eh, ada cempedak cheescake tau. Tapi sebabkan kitorang seludup cempedak goreng, makanya kitorang beli kek lain. 


Kitorang sebat carrotcake dengan chocolate cake. Sedap. Gebu. Jadi kalau korang ke Janda Baik, singgahlah Pinto Coffee+ ya. 

Psss: dengar cerita nak naik Genting nanti ada tol eh? Alaaaaa...

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...