Friday, February 7, 2025

Makan - Trip Pulau Pinang Jan 2025 @ Deens Maju

Salam semua. Hi, hari ni nak kongsi hal makan-makan sepanjang 2D1N staycation di Pulau Pinang. Sebenarnya, circle kawan ni ada ramai, cuma akhir-akhir ni, berempat ni je lah yang senang nak jumpa dan makan-makan. Jom kita makan!!!



Deens Maju Nasi Kandar. Sampai je, uihhh kemain beratur. Bila jenguk ke dalam, lega. Tempat makan selesa. Tak crowded. Jadi boleh lah beratur dengan tenang. Sambil beratur, kita sambung isu-isu (dibaca: menyibuk kisah kawan-kawan yang lain) yang tak habis dikupas secara tuntas semasa perjalanan dari KL. 
Kuah banjir surrrrrrr. Sampai sekarang tak faham, kenapa ada orang komen kuah banjir kandar tu berpasir. Haritu ambil nasi putih+ayam madu+sayur+teh o ais limau, RM11.15. Sedap!!!!



Ingatkan nak terus check in. Tapi, singgah makan cendol dulu lah. Itupun hampir putus asa, sebab tak dpt parking. Yang jeli kuning tu sure nama apa, tapi ada jeli + laici + lemon. Sedap weh, nak pula lepas pekena nasi kandar. Segar!!!


Snap kat lorong-lorong nak parking kereta. Sekarang memang kena ambil gambar penuh berliku, supaya tak nampak gemok. Haha!



Ok, dah check in. Maritime Luxury Suites. Datang berempat, dapat bilik kemain besar. Puas hati. Malam tu kami sempat pekena pasemboq. Dekat Jalan Gurney, sebelah Gurney Mall. Tapi tak sempat ambil gambar. Laporr sangat. Harga ok lah, tak mahal sangat. Ambil portion untuk 4 orang, RM50++. 



Sarapan kat Roti Canai Gemas Road. Disebabkan semua dah pernah merasa Roti Canai Transfer Road, maka kali ni nak cuba kat sini pula. Ok lah, tak semeriah Transfer Road tu. Tapi ada cheese. Semua tak tahu nak makan macam mana. Haha.



Wajah tak mandi pagi dan terus bersarapan. Semua patuh ya. Walaupun sempat je nak mandi sebenarnya. Bergambar sat kat area depan tempat yang kami stay. Sebenarnya ada yang bercita-cita nak jogging pagi tu, namun kita hanya mampu merancang. 



Sebelum naik balik ke bilik, singgah Cafe Amazon. Tak sangka dah buka kat Malaysia. Last ke Thai, tak sempat pun singgah. Kita singgah kat Malaysia lah ek. 



Ok, tammat sudah. Nanti kita jumpa lagi masa berbuka ya. Acara tahunan, gather sempena ifthar. Setakat ni, senang nak arrange dengan kami berempat ni. 



Eh, apeni? Kata dah tammat. Nak balik ke KL, Waze suruh lalu WCE. Singggah lah Satay Hut. Gemuk sungguh satay ya. Yang ni mee bandung special. Hi gout.

Nanti kita jumpa lagi ya. Daaaaa.
Assalamualaikum.

No comments:

Makan - Trip Pulau Pinang Jan 2025 @ Deens Maju

Salam semua. Hi, hari ni nak kongsi hal makan-makan sepanjang 2D1N staycation di Pulau Pinang. Sebenarnya, circle kawan ni ada ramai, cuma a...