Monday, December 8, 2025

Ke Kota Bharu lalu Gerik

Assalamualaikum semua. Hai. Bulan lepas jadi trainer untuk kursus di Kota Bharu. Sehari sebelum, kursus di Perai, Pulau Pinang. Jadinya,berkesempatan ke Kota Bharu dari Pulau Pinang melalui Gerik. Selalu dengar cerita dari orang lain, perjalanan mencabar. Melalui hutan, jalan berliku, merentasi banjaran Titiwangsa. Kadang-kadang tersermpak dengan gajah (dibaca: teruja). 

Dah bincang dengan officemate (dibaca: driver paksa rela), berani ke dia nak drive ikut jalan tu. Oh, rupa-rupanya dia dah pernah beberapa kali drive ikut laluan tu, sebab dia ada keluarga angkat kat sana. Ok, jom!!! 


Kita lalu Selama. Ada sepupu duduk sini, tapi rasanya dah stay kat Sepang. Kita hai hai secara batin je lah ek. Ikutkan, mudah lalu Kuala Kangsar tapi kami decide potong kat Alor Pongsu. Mencabar juga jalan. Siap isi minyak kat BPH ada dua (kiri & kanan) pam je. Jenguk seberang jalan, betul-betul berdepan dengan kawasan perkuburan. Uih, ni kalau isi minyak malam-malam, boleh tahan juga. 


Kita singgah Tasik Banding. Minum-minum sekejap sampai makan jagung. Dulu pernah join trip naik boathouse sempena Tahun Baru (kalau tak silap). Lama dah, sebelum Covid lagi. Seronok wei. Ramai-ramai stay atas boathouse. Masak sama-sama. Mandi terjun tasik ramai-ramai. Lepas tu ada aktiviti ke melwat pulau yang didiami oleh keluarga orang asli. Meriah, main sumpit. Ada yang sampai ke hari ni masih berkawan lagi.  


Nampak tenang je kan? Air yang tenang jangan disangka tiada buaya (tiber). Hahaaa. 


Officemate ada pesan, nanti akan stop sekejap kat R&R Titiwangsa. Disebabkan kami sampai dah nak masuk Maghrib, singgah sekejap sahaja. Nanti esok nak balik semula ke Perai, kita singgah lama sikit. Sebenarnya masa ni dah gelap kawasannya, tapi entah, nampak cerah pula dalam kamera phone ni. Sebenarnya tertanya-tanya juga macam mana ada R&R ni atas banjaran Titiwangsa ni. Satu-satunya kedai yang ada. Hebat dan berani owner kedai ni ya. Line phone tak ada sangat kat atas ni. Yang ada Celcom, sebab masa nak bayar guna QR ada nota kat situ, Celcom je ek boleh guna. 

Malam-malam lalu kat sini, jumpa gajah wei. Duk sebut-sebut ngan officemate, ada gajah kan kat laluan kita nanti. Nohhh, jumpa sekor gajah watu lalu gelap-gelap kat situ. 


Setelah selesai kursus, kami pun bertolak kembali ke Pulau Pinang, ada dua hari lagi kursus di sana. Sebelum balik tu, singgahlah mana-mana yang patut. Mula-mula singgah dulu rumah agam ni. Tokey dodol yang penuh emas-emas di banglonya. Dodol & Serunding Hajah Wan Sabariah. Meriah kedainya. Macam-macam jualan ada. Dodol, serunding, lidah buaya, kacang-kacang, bahulu. Haritu dah beli dodol dan bawa balik kampung, tapi manis sangat. Tak sesuai untuk abah. Maka, kita beli kudapan nak makan sepanjang perjalanan. Kacang gajus packing tu murah sikit kat sini.


Lepas tu nak ke Rantau Panjang. Officemate nak beli beras. Singgah sekejap kat Masjid Jamek Sultan Ismail Petra. Unik kan design masjidnya. Cuaca masa tu, fuhhhhh melenting-lenting panasnya. Lepas tu terus ke Rantau Panjang. Kawasan parking kat tengah-tengah tu dah tutup, mungkin nak naikkan kedai kot. Tapi memang kurang meriah lah kalau banding dengan masa kepadatan pengunjung dulu. Kami pun singgah gerai tepi jalan, beli kudap-kudapan, beras, asam. 


Cubaan mengambil gambar Gunung Reng. Katanya ada sungai Kashmir? Boleh lah nanti plan ke sini nanti. Ada sesiapa yang pernah sampai? Boleh lah komen.


Yes, berjaya singgah R&R Titiwangsa waktu siang. Cantik!


Ni antara tempat tertinggi kat Bajaran Titiwangsa. Bila siang, baru nampak ramai yang singgah. Sejuk! Ok, dah lalu jalan ni, kira dah tick lah kawasan-kawasan di semenanjung Malaysia. Macam nak repeat pula trip atas bot kat Royal Belum tu. 

No comments:

Ke Kota Bharu lalu Gerik

Assalamualaikum semua. Hai. Bulan lepas jadi trainer untuk kursus di Kota Bharu. Sehari sebelum, kursus di Perai, Pulau Pinang. Jadinya,berk...