Tuesday, March 25, 2014

Al-Fatihah #MH370

Al-Fatihah
Takziah


Pelik kan???
Kita tak kenal siapa Kapten Zaharie
Jauh sekali siapa anak-anak kapal yang terlibat
Lagilah pula penumpang #MH370
Tapi, berkongsi rasa sayu, sebak, sedih
Itu tanda kuasaNya


Ya Allah, permudahkan lah usaha carian #MH370
Temukanlah kotak hitam
Timbulkan apa yg tenggelam
Agar yang pergi dapat dikenangi
Dapat disemadi...


Tuesday, February 25, 2014

Boss, u mau laki-laki sama laki-laki kah???

Assalamualaikum semua. Sihat? Camna 2014 setakat ini? Bergumbira? Sudah beranak pinak? Sudah semakin maju? Ai di sini seperti biasa. Alhamdulillah. Cerita kali ini berlaku minggu lepas. Fuhh, sungguh berpeluh2 ai seketika ketika di aju soalan begitu. Dimanakah? Bagaimanakah?

Bila pindah memindah berlaku, maka banyaklah benda2 nak dibelinya. Rumah sewa kali ni, nampaknya tiada piring2 astro yang akan digunakan. Maka, pasrahlah menonton rancangan percuma yang sungguh berkualiti di Malaysia ini. Tenyeh2 ariel dalaman yang macam telinga tikus tuh, dapatlah satu channel yang tak dapat dipastikan channel apa kerna terlalu kelam dan begitu bergelora.

Tetiba ternampak ada internal ariel nye port. Ini sudah bagus. Sementara menanti encik Astro menjenguk rumah, marilah kita menggunakan internal ariel ni. Kot2 boleh ke. Boleh lah menonton tv Al Hijrah dengan tenangnya. Mari ke kedai elektronik. Mari.

Sampai kedai, disambut dengan mesera oleh uncle comel dengan pematri timah di tangan. Risau plak ai, kot2 dipatri nya muka gebu nih, habis, tak pasal2 boleh mengalirkan arus secara efektif. So, g lah tanya pasal ariel connector tu.

“Hi, what can i help u?

“Ankel, ada jual itu ariel cable?”

“Ooo, boleh ckp Melayu, I ingatkan u filipino”
What??? Adakah wajah ai seperti Jericho Resoles atau lebih kepada maid dari filipino itu???

“Ankel, ada tak jual ariel connector?”

“Haaa, apa tu??? Could you explain further, I dont get it” woww, very the English uols.

“Camni ankel, ai nak cucuk internal ariel connection, dari tv ke dinding tu”

“Oooh, now i understand. U nak laki-laki sama laki-laki ke? Or perempuan sama laki-laki?”

Haaa, adakah benar ini adalah kedai elektronik? Atau kedai menjual CD secara haram, di mana anda boleh dapatkan stok2 CD yang begitu mengujakan namun harommmm???

“U mau mana satu?? Tell me, just tell me. Please, please please, kamu jangan marah…” Eh…

“Laki-laki sama laki-laki, apa tu uncle??? Adakah uncle cuba mengapa2kan ai??? Help help help”

“Dey!!!!!!”

ariel
Oooo, ghupa2 nya, ni cable laki-laki, cable pompuan. Kalau yang laki-laki tu belah kanan, ala2 sembul-sembulan tu. Kalau yang pompuan, belah kiri, ala2 terdapat lubang gitu. Tak semua kadang2 kena guna dua2 laki-laki, kadang dua2 pompuan, dan ada juga kes laki-laki sama pompuan. Dalam kes umah ai, laki-laki sama pompuan. Owhhh, now i know.

“TQ uncle, psss, xde diskaun ke? Raya cina kan baru je abih. Kan kan kan?”

“Lima belat ringgit, i bagi u empatbelashenggetlimaposen”

Jadi sebelum membeli ariel cable, sila pastikan kecenderungan tv dan connector itu adalah laki-laki sama laki-laki atau sebagainya. Sesungguhnya, citarasa itu pelbagai. Eh…

mood:~beli ariel pun kecoh, poodahhhh~

Friday, December 20, 2013

Jom Kongsi Ilmu–Tepuk Bahu, Insyaallah, Keluar Angin.

Hai semua. Assalamualaikum. Sihat semuanya? Sempena hari Jumaat yang mulia nih. Jom kita kongsi2 sikit ilmu yang kita ada. Oppp, ai bukanlah ustaz yang tinggi ilmu agama, tau serba serbi. Ai nak kongsikan apa yang ai tahu. Bak kata UAI, kalau ada menda baik tu, kongsi2kan lah. Toksah kedekut sgt. Hehehhe.

Akhir2 ni, bila stress buat keje, or ala2 cam nak pengsan buat notes utk kelas pengajaran, terus buka youtube UAI. Sambil2 buat keje, boleh lah dgr apa2 yang patut. Pastu boleh hilangkan stress gak. Gelak2 bila dgr ceramah UAI. Jadi, kebanyakan yang ai nak kongsi hari ni adalah ilmu yang ai baru tahu.

Satu
Takyah nak tepuk bahu sangatlah.

Haaa, ni selalu dibuat oleh org lelaki. Kalau g sembahyang kat surau ke masjid ke, tetiba nampak ada org tgh sembahyang, terus nak jadi makmum. Lantas dengan penuh kebanggan kita g tepuk bahu dia. Takyah uols. Cukup sekadar kita kuatkan sikit suara masa angkat takbir, nanti dia tahu, kita nak jadi makmum dia. Hahaha, baru tahu ni. Selalunya, main tepuk je. Mengong.

Dua
Eh, tak boleh nak tulis ‘insyaAllah’???

Boleh uols. Kan seketika dulu, panas seketika, kuar kat fb lah, email lah, sms lah. Jangan tulis ‘insyaAllah’, tulislah ‘in shaa Allah’. Dikatakan kalau tulis ‘insyaAllah’, makna jadi lain, dosa uols. UAI terang secara terperinci bahawa dengan menulis ‘insyaAllah’, takkan merubah makna asalnya iaitu ‘dengan izin Allah’. Melainkan kalau kita gunakan ‘ansyaAllaha’, baru makna jadi lain. Oooooo.

Tiga
Kentut??? Alaa, dah batal wudhu’.

Perasan tak, asal nak g amik wudhu’, time tu nak terkentutlah, nak terkencinglah. Pastu tgh sembahyang, kadang2 kita rasa cam dah terkentut. Lantas, berhenti sembahyang, amik wudhu’ balik. Syaitan ni memang suka ganggu kita sembahyang. Dia yang buat kita ala2 rasa terkentut. Tapi sebenornya takde. Si setan ni saje buat kita rasa ada angin kat usus kecil kita, buat kita was-was. Melainkan kita dah jelas terkentut, angin zassstt keluar disertai bunyian yang agak mendebarkan jiwa, then itu dah terkentut. Janganlah buat2 tak kentut plak.

kentut

mood:~jom kongsi ilmu ramai2~

Tuesday, December 17, 2013

Asam Pedas Pak Man–Melaka

Assalamualaikum semua. Dua minggu lepas, berkesempatan ke Melaka. Sempena wedding pakcik ai. Alang2 kita ke Melaka, jomlah kita serbu restoran asam pedas yang vavoom. Setelah memujuk2 adik ai, jadi ke Restoran Asam Pedas Pak Man. Slrppp.

Asam Pedas Pak Man 1

Asam Pedas Pak Man 3

Jeng jeng jeng. Kekuih muihan. Yehuu. Inilah desert yang dicari2. Kuih tradisional ala2 homemade. Pelbagai bingka uols. Ubi ada, jagung ada. Mari amik setiap satu kuih2 itu. Kalori kalori kalori. Serius sedap weh, kuih2 kat sini. Kalau kat KL nih, kuih2 ala2 kaler je lain, tapi rasa sama. Heh.

Asam Pedas Pak Man 2

Haaa, pernah dijengah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan. Tak taulah zaman kak Maria ke, zaman Qi ke, masa Iqram. Entah2, zaman si Shiha tu. Hehehhe.

Asam Pedas Pak Man 5

Asam Pedas Pak Man 6

Asam pedas kan pari satu set plis. RM 7 satu set. Satu set dtg sekali ngan nasi putih, telur masin, sambal belacan. Berbaloi baloi. Haritu makan bertiga, tapi amik ikan pari ngan ikan tenggiri. Ikan tenggiri pulak RM 6.50 satu set. Kuah tak pedas sgt, tapi rasa rempah2 nya. So, xde lah terjelir2 lidah makan asam pedas nya. Best best best.

Asam Pedas Pak Man 4

Jom ramai2 kita serbu Asam Pedas Pak Man. Kalau nak riki2, jengah2 lah kat FB Asam Pedas Pak Man ye. Kedai ni kat area Kampung Ujong Pasir.
GPS koordinat 2.188461,102.265157.
Nak call pun boleh, 012-346 2924 (tapi x sure lah ni no Pak Man ke siapa)

mood:~ke Jonker Walk pun best juga~

Tuesday, December 3, 2013

sem-pur-na

Perlukah menjadi yang sempurna? Atau kesempurnaan itu sebenarnya penghalang ke arah hidup yang sempurna? Tempangkah langkah andai diri ini tidak sempurna? Canggungkah hidup andai peribadi jauh dari sempurna?

Kadang-kala, lelah juga diri bila terlalu ingin menjadi sempurna. Bibir tak pernah ungkap untuk menjadi sempurna, namun gerak badan jelas menjurus ke arah pencarian hidup yang sempurna. Sekali lagi, apa pentingkah kesempurnaan itu?

Perfectionist. Satu ungkapan yang agak menakutkan bagi diri ini. Jauh sekali diri ini untuk  menjadi seorang perfectionist. Uih, mana mungkin diri ini mampu digelar perfectionist andai bersepah tindanan kertas putih A4 di meja kerja. Susun atur fail tidak pernah lurus. Pen pula tunggang langgang, tak pernah cantik kemas kejap di dalam bekasnya. Itu baru yang terzahir di atas meja kerja, yang lain-lain?

Kelakar, diri sendiri jauh menyimpang dari sempurna, tapi mengharapkan sesuatu yang sempurna. Diri sendiri tak setampan mana, mengharapkan pasangan yang begitu cantik rupanya. Langkah sendiri begitu kengkang rupanya, yang dicari rapi tersusun langkahnya. Kelakarkan diri ini.

Belajarlah menerima kekurangan. Kekurangan diri sendiri dan juga orang lain. Eh, bukankah bertemu pasangan yang tidak sempurna itu, dapat menyempurnakan diri kita ini. Kita kurang yang kiri, carilah yang kurang kanan. Yang paling penting, terimalah seadanya kehidupan ini. Belajar menerima hakikat yang menjadi sempurna itu agak membebankan.

Jangan berlawan dengan arus hidup, namun cubalah susuri arus itu untuk sampai ke destinasinya.

mood:~saya seorang yang jauh dari sempurna~

Friday, November 15, 2013

Propwall Penang–Info Perumahan di Penang.

Assalamualaikum semua. Update pasal Langkawi x settle lagi. Nanti ye kawan2. Hari ni kita nak bercerita tentang Propwall Penang. Tetiba nak jenguk property kat Penang. Eh, kenapa? Nak pindah ke sana ke? Tet tenenet tenet.

image

Agak2 tak reti atau tak tau pasal sejarah mengenai perumahan di Penang, meh baca sikit pasal Penang kat Propwall Penang. Eh, baru tahu, jambatan baru dah nak siap tahun depan. Wow, senang lah nak ke Penang dengan cepat. Kot2 jammed kat 1st bridge, kita guna 2nd bridge.

image

Amboi, kemain mencanak2 harga psf utk condominium. Haa, kepada yang berangan nak duk kondo, tingkat lapanbelas ada balkoni menghadap laut, silalah bersedia dengan kenaikan harga yang begitu menawan hati ini. Eh, tapi harga psf utk landed houses cam turun je. Jom, sambar satu *check balance akaun bank yang kadang2 tinggal baki minimum je ^_^

image

OK, dah check balance tadi, ada 3.2 juta. Boleh lah beli sebiji kat Krystal Garden, Bukit Jambul. Ada 4 bilik tidur. Camna tahu? Cuba tgk ikon kecil kat belah kanan tu. Ada pic katil pastu tulis no 4. Bukan bermaksud kita perlulah tidur berempat di atas katil. Maksudnya ada 4 bilik tidur.

Tiada cash juta2 seperti saya? Jangan risau. Kita boleh buat kira-kira ringkas dengan menggunakan virtual kalkulator. Bolehlah bajet, berapa nak kena bayar sebulan. Kot2 cukup2 je gaji, takyahlah beli yang juta2, beli yang puluh2 ribu pun boleh gak.

image

Ada gak tabs untuk sesi Q&A. Boleh lah tanya berkenaan dengan property di board ini. Janganlah pulak g tanya pasal carian jodoh pula. Mampu tanya soalan ‘How safe is Penang Island?’. Kemain, tapi jangan risau ada pihak yang akan cuba jawab sebaiknya.

image

Haaa, berderet2 ko perumahan di pesisir pantai. Nampak dalam map, mcm dekat2 je rumah2 tu. Rasa cam org kat tepi pulau tu boleh hai hai org yang stay kat pinggir seberang prai. Hehehhe. Dengan taburan perumahan ini, boleh kita tau lokasi mana yang hot. Kot2 yang suka tempat happening, g lah cari kat area yang packed tu. Yang suka kedamaian alam semesta beburung berkicauan, pilihlah area yang tenang sikit.

Apa lagi, kepada mereka yang nak cari property di Penang, jangan segan jangan silu, mehlah jejenguk Propwall Penang. Bolehlah bajet2 sikit. Taklah kena tipu2 ke. Takpun, boleh lah start hitung2 kemampuan diri. Oh, tentang baki di akaun bank itu, baru perasan ia bukanlah RM 3.2 juta, ia hanyalah IDR 3.2 juta. Bolehlah buat bayar bulan2. ^_^

mood:~Propwall Penang memudahkan anda yooo~

Thursday, October 31, 2013

Ke Langkawi jom

Jeng jeng jeng. Bercuti lagi. Bersempena dengan cuti Deepavali dan Awal Muharram, kita ke Langkawi jom. Baru nak apply cuti, tetiba dpt keluar notis, offc cuti dari 1hb Nov sampai 6hb Nov. Haa, terlebih2 pulak cutinya. Tq boss. Teheee ^_^

Tq AirAsia. Dpt tiket yang agak murah lah. RM 203 pergi balik.OOO, tak semua ahli naik kapalterebang, ada yang bertransnasional juga. Bertolak Jumaat mlm, balik dari Langkawi hari Selasa. Selaku AJK yang melantik diri sendiri utk menguruskan program ini. Haruslah mengebook penginapan dan pengangkutan dengan segera. Musim cuti kot, takut penuh.

Penginapan
Cenang Resthouse

langkawi cenang myoutdoor

pic = www.myoutdoor.com

Setelah membuat panggilan ke sana sini (bersama2 fafai dan kerby) dengan perasaan gelabah (sebab kebanyakan dah penuh), dapat gak book kat Cenang Resthouse. Cantik ke idak??? Tema adalah bukak2 pintu terus ke pantai. Jadi inilah hasilnya. Dlm pic seolah2 begitu, tak taulah plak camna. Cenang Resthouse ada website, tapi x leh  nak visit plak. Overlimit bandwidth. Apakah permasalahan itu? Tapi cubalah g ke www.cenangresthouse.com. Kot2 dah solve ke problem nya.

Godek2 di Agoda Cenang Resthouse, baca review. Kebanyakan suka dengan lokasi. Cuma komen tentang kondisi agak tidak memberansangkan. OK lah tu, yang penting bukak pintu terus pasir-pasir memutih. 

Cenang Resthouse
Pantai Cenang, Langkawi
+601119978289 (Kak Ana)

Harga??? Kitorang book, 3 bilik. 2pax/room. 2 bilik tu harga RM95/nite. Satu lagi bilik special sket, ala2 bilik honeymoon katanya, RM 110/nite. Kenapa pilih bilik asing2? Ada org nak honeymoon ke? Idoklah, dah itu je bilik yang ada. Kitorang zaasstt kan je. Siapa yang dpt bilik honeymoon? Lat talilat laili tamplom lah ^_^

Dah dapat bilik, jom kita survey kereta plak. Total yang join trip adalah 8 org. Memula survey Innova. Rata-rata bagi rate RM250/day. Cam agak mahal rasanya. Jadi, kitorang decide nak amik dua kereta. Tapi total harga per day mestilah kurang RM200/day. Call, dapat kereta Kelisa Auto (semua kaki kiri pengkang, tak reti nak tekan clutch). Kelisa Auto RM70/day. Cari lagi satu kereta dapat Wira Manual, RM80/day. So, total sehari utk kedua2 kereta, RM150. Uit, under bajet. Yehuuu.

Kelisa RM70x4+20(sbb suh antar ke airport)=RM300. Wira RM80x4-20(diskaun deepavali katanya)=RM300. Both kereta dapat harga sama. Hehehhe, kebetulan. Namun, tetiba dpt msg dari owner kereta, Kelisa ada prob. Ganti dengan Waja Auto dengan harga sama. Woot woot. Nak contact no???

Kelisa (A)
RM70/day
+60132269120 (Anuar)

Wira (M)
RM80/day
+60125275019 (Zaini)

Penginapan dan pengangkutan dah settle. Harap2 semua berjalan lancar. Penat kerja siang malam, marilah kita bercuti. Semoga dapat merelakskan diri sambil berhuhahuhi di Langkawi.

Nanti kittew updwate piwcc kartt sannewww yerwwww
*feeling2 remaja belum baligh terjuih2 bibir ^_^

mood:~selamat bercuti semua~

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...