Jeng jeng jeng. Bercuti lagi. Bersempena dengan cuti Deepavali dan Awal Muharram, kita ke Langkawi jom. Baru nak apply cuti, tetiba dpt keluar notis, offc cuti dari 1hb Nov sampai 6hb Nov. Haa, terlebih2 pulak cutinya. Tq boss. Teheee ^_^
Tq AirAsia. Dpt tiket yang agak murah lah. RM 203 pergi balik.OOO, tak semua ahli naik kapalterebang, ada yang bertransnasional juga. Bertolak Jumaat mlm, balik dari Langkawi hari Selasa. Selaku AJK yang melantik diri sendiri utk menguruskan program ini. Haruslah mengebook penginapan dan pengangkutan dengan segera. Musim cuti kot, takut penuh.
Penginapan
Cenang Resthouse
pic = www.myoutdoor.com
Setelah membuat panggilan ke sana sini (bersama2 fafai dan kerby) dengan perasaan gelabah (sebab kebanyakan dah penuh), dapat gak book kat Cenang Resthouse. Cantik ke idak??? Tema adalah bukak2 pintu terus ke pantai. Jadi inilah hasilnya. Dlm pic seolah2 begitu, tak taulah plak camna. Cenang Resthouse ada website, tapi x leh nak visit plak. Overlimit bandwidth. Apakah permasalahan itu? Tapi cubalah g ke www.cenangresthouse.com. Kot2 dah solve ke problem nya.
Godek2 di Agoda Cenang Resthouse, baca review. Kebanyakan suka dengan lokasi. Cuma komen tentang kondisi agak tidak memberansangkan. OK lah tu, yang penting bukak pintu terus pasir-pasir memutih.
Cenang Resthouse
Pantai Cenang, Langkawi
+601119978289 (Kak Ana)
Harga??? Kitorang book, 3 bilik. 2pax/room. 2 bilik tu harga RM95/nite. Satu lagi bilik special sket, ala2 bilik honeymoon katanya, RM 110/nite. Kenapa pilih bilik asing2? Ada org nak honeymoon ke? Idoklah, dah itu je bilik yang ada. Kitorang zaasstt kan je. Siapa yang dpt bilik honeymoon? Lat talilat laili tamplom lah ^_^
Dah dapat bilik, jom kita survey kereta plak. Total yang join trip adalah 8 org. Memula survey Innova. Rata-rata bagi rate RM250/day. Cam agak mahal rasanya. Jadi, kitorang decide nak amik dua kereta. Tapi total harga per day mestilah kurang RM200/day. Call, dapat kereta Kelisa Auto (semua kaki kiri pengkang, tak reti nak tekan clutch). Kelisa Auto RM70/day. Cari lagi satu kereta dapat Wira Manual, RM80/day. So, total sehari utk kedua2 kereta, RM150. Uit, under bajet. Yehuuu.
Kelisa RM70x4+20(sbb suh antar ke airport)=RM300. Wira RM80x4-20(diskaun deepavali katanya)=RM300. Both kereta dapat harga sama. Hehehhe, kebetulan. Namun, tetiba dpt msg dari owner kereta, Kelisa ada prob. Ganti dengan Waja Auto dengan harga sama. Woot woot. Nak contact no???
Kelisa (A)
RM70/day
+60132269120 (Anuar)
Wira (M)
RM80/day
+60125275019 (Zaini)
Penginapan dan pengangkutan dah settle. Harap2 semua berjalan lancar. Penat kerja siang malam, marilah kita bercuti. Semoga dapat merelakskan diri sambil berhuhahuhi di Langkawi.
Nanti kittew updwate piwcc kartt sannewww yerwwww
*feeling2 remaja belum baligh terjuih2 bibir ^_^
mood:~selamat bercuti semua~
No comments:
Post a Comment