Tuesday, October 1, 2013

Tindak Tanduk Maracons di Seri Mersing

Hai kekawan. Camna perasaan menjengah ke Oktober? Girang? Gembira? Girang gemirang? *wah, kata ganda baru. Owh, Happy Bday Cik Mar. Kalau Cik Mar baca blog nih, ai dengan berbesar hati ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada Cik Mar dengan ucapan, “jom kita keluar makan2”. ^_^
 
Ok, hari ni mari kita bergelak2 tawa lagi. Ai memang ditakdirkan untuk bersama kawan2 yang lucu. Dengan kes Batang Berairnya. Minyak TuTi lah. Hari ni kes sorang kawan yang suka terbalik2 kan perkataan. Kepada si polan, ai tahu uols baca blog nih. Silalah teruskan membaca dengan ucapan, “Terimalahhh!!!!!”
 
Pernah makan macarons? Sedap kan. Tapi selalu dapat yang agak manis. Tapi, manis2 tu lah yang sedap. Uih, dapat macarons yang filling nya masam2 sket. Perghh, terangkat wooo. Alkisahnya, hari tu ada bawa balik macarons dari Majlis Rumah Terbuka Great Eastern. Bagilah dia rasa. Oleh kerana itu kali pertama dia rasa menda alah tu, dengan perasaan ingin tahu, dia bertanya
Eh, memang camni eh rasa MA-RA-CONS
muahahaha, dah macam marathon bunyinya.
 
mobile_cuisine_macarons
pic credit to: www.mobile-cuisine.com
 
Sedang sibuk bergossip pasal retis, tetiba sampai pula isu artis luar negara. Ini seperti yang diceritakan oleh room mate mangsa. Muehehhe. Tgh duk cerita pasal lagu2 artis terkini, tetiba
Eh, apa lagu baru PETY KARRY tu ye???
Ko ingat Mariah Carey???
 
Mangsa adalah seorang yang sangat sibuk ya. Asyik outstation je. Ke sana sini. Hari ni balik dari Kelantan, esok terus ke Johor plak. Bz ngalahkan Rosemah. Antara salah satu tpt outstation adalah ke Penang. Jadi, otw balik dari dinner, tetiba nak tertanya, stay kat mana bila outstation kat Penang nanti, lantas jawapannya
Nanti kan Penang, I stay kat Hotel SERI MERSING
Krikkk, krikkk krikkk, benci lah, outstation kat Penang, stay kat Johor. Hotel Seri Malaysia ngek.
 
Eh, orang kata mentadak mentadu boleh tiru gaya orang tidur ya? Selalu kan masa kecik2, kita selalu ckp kat binatang tu, suruh tiru gaya si polan si polan tidur. Kebetulan adalah seekor mentadak mentadu kat dalam rumah, lantas mangsa dengan penuh teruja mengalu2kan kehadiran makhluk hijau tu
Eh, ada TINDAK TANDUK lah!!!
Ko ingat binatang tu kata ganda???
 
ffffound mantis
pic credit to: www.ffffound.com
 
WeChat glamour kan sekarang? Kalau bosan2, g cari geng2 baru kat Look Around nye fasiliti. Tapi skang pas update, dah tukar kpd People Nearby. Kalau rajin, shake2 lah phone tu. Kan Oman?? Berbalik kepada mangsa yang suka juga menggunakan WeChat, lantas mengusulkan kepada weols utk sama2 mencari kwn2 di sekitar
Eh, korang, jom kita LOOK SURROUNDING
Wahh, meletop. Look surrounding. Dah mcm serunding bunyinya.
 
Tak sabar nak g dinner malam ni. Mesti ada lagi. Iyalah, kot2 dinner kat MALAY VILLAGE ke? Kan kan kan ^_^
 
mood:~ampun haziq, ampunkan saya haziq. miahahhaha~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...