Tuesday, March 9, 2010

Seram sungguh kejadian ini!!!!!

Salam 1Malaysia. Huhh, nampaknya kekerapan berbelog semakin berkurang. Ni dah masuk kategori seminggu sekali hupdate. Huhhh, bizi sgt ke diri ini??? Herm, mungkin sebab bila duk ngan family, terasa lebey bahagia kerana ada org yg jaga. Bila bahagia, kemalasan menjelma. He3...

Dalam seminggu nih, banyak bona yang terjadi. G jalang2 ngan TP sambil berNiyang Rapik la... G berValentine's Day bersama Fai lah, berSeafood bersama Fai, Kerb, Topek n Man la... Alhamdulillah, kehidupan semakin seronok skang... Dalam seronok2... Pagi td hampir terjadi kemalangan gara2 kisah seram ini... Cuba bayangkan, sedang syiok2 bw keta dengan penuh sopan santun, tetiba....

...


...


...



Ada labah2 besar kat tepi muka anda... Huwarghhhh!!!!! Hampir tereksiden kerana terlalu terkezut... Huhhh, sangat besar ye labah2 tuh... Terus teringat labah2 tarantula. Terpusing lah stereng Kelisa 165.7 darjah. Mana idaknye, labah2 tu merayap kat telinga... Uihhhhh, sehingga kini meremang bulu roma...

Macamana ada labah2 dalam keta ai??? Cenggini ceritanya. Hari tu telah didapati bahawa terdapat sekeluarga LIPASS di dalam keta ai. Uhhh, itupun hampir membawa kecelakaan bilamana lipas itu masuk ke dalam seluar sehingga ke paras peha... Huihhh, ai sangat mencikkk lipas... So, adik ai memberi tips menghalau lipas dalam keta, katanya "ko g lah letak daun pandan dalam keta, mesti lipas tu ilang". Ai pun letak lah berbondong2 daun pandan dalam keta. Alih2, lipas x de, spider plak yang menjelma (labah2 kan suka daun pandan...)

Sib baik ternampak keta idaman Hybrid ku... Herm, agak2nya kalo dalam keta hybrid, ada labah2 x?????

Eh, ingat lagi Kebersalinan Grey. Last three weeks, Grey larikan anaknya ke atas bumbung, namun Inchek Mislan telah berjaya menjumpai kembali anak2 kucheng yang gemuk-bulat-gendut-suka geget2 itu... Yeayyy... Inilah mereka. Tak tau nak bezakan lah anak2 kucheng ini...

Mood:~ada banyak lagi nak post nih, tungguu...~

9 comments:

aBoi said...

saya tunggu..

Anonymous said...

cepat wei..post lagi..aku nak baca nie..haha..kau kasi kuceng tu kat aku laa :)

Ilyana said...

wah, ngerinyaaa
spider!!

dlm kete laki aku pun byk lipas
ok, noted. letak pandan..

hehe

my name is... said...

mak aku ckp kalau jumpa satu telur lepas maksudnya ade lagi 1000 lipas kat tpt tu menyorok woo..serammm

mizara said...

dlm keta i byk gak lipas ...dtgnya dr longkang eiiii...

ardinihumaira said...

patotla ayah dni letak daun pandan dalam saga oren tuhh.. mujur dni tak buang, kalo tak, masuk labah2. huhu...


ouupppsss hybrid! nak tempek kat saga oren dni leh tak perkataan tuh? miahahaaa. sumpah orang tengok gelak guling2 nanti. mesti dey ool cakap "pasan tol dni" kah3

tujuhhariseminggu said...

aBoi: tunggu eh, kena post cepat2 nih...

dizzydude: nak kucheng sekor??? ni ada lagi sekor nak terbersalin... meh amik...

Yuun: jangan letak kek pandan plek..

Adib: 1000??? ayoyoyoyo... nanges....

mizara: yok ridsect keta ramai2..

dini: kalo beli sticker tu, belikan ai nye skali yer... Kelisa Hybrid... Haks3...

Anonymous said...

ni mesti encik ally ada mkn dlm kereta ni tu ada lipas kan?? hahaha. saya dulu dalam kereta tertinggal satu kotak air, pastu esok paginya tengok penuh anak lipas dalam kotak air tu semua dah mati. ahahah. bagus gila, habis mati semua lipas. lols :DD


tapi bab labah2 tu wahai. takut seyhh ~ =.=

Anonymous said...

oh yea ke?
selalu akak mmg letak pandan..as air freshener free......nasib baik selama nie xde lak labah2...
mintak dijauhkan..
ko byk sgt mkn dlm keta nie, tu yg ade lipas lol
-k mas-

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...