Kawan2, ini entri luah perasaan yang terpendam :)
Wah, kan best kalo dapat duk kat sini. Sojuk mata memandang. Credit to en gugel.
Hai adik2... Apa khabar??? Berjumpa kita lagi dalam rancangannnn..... "Haiwan Teladan!!!!!" <--- sila baca dialog ini sambil membayangkan anda berada di situasi rancangan kanak2. Eh, ada saper2 penah tgk cerita Haiwan Teladan nih? Sonok oh, ada host pompuan yg berperawakan muslimah-sejati-namun-comel serta abg apa-ke-namanya yang pandai bermain gitar. Kalo ari tu cerita pasal labah2, nanti abg tu nyanyi lagu pasal labah2... Eh, tajuk post pasal Dhuha, tapi apsal cerita pasal haiwan nih??? Eh, penah tak buat lawak pasal haiwan. Kalo ada kawan2 namanya Wan, bleh panggil dia "Haiii Wannnnn....!" Hiks.
OK. Saya rasakan, saya bukan seorang yang layak utk berbicara tentang agama. Kerana??? Diri ini tidak dirasakan sangat baik dan berbudi pekerti yang mulia serta sopan santun. Namun, ini sekadar berkongsi, kalo ada apa2 yg salah dan silap, sila betulkan ye. Owh, kpd mereka yg ternanti2 entri sy mengenai aktiviti riadah <--- wah, dan dan gunakan perkataan riadah ("_"), nanti sy post yer... Tongah edit gambo...
Erm, mesti ramai yang penah dengar pasal solat sunat dhuha. Erm, masa taklimat utk scholar TPM di UiTM, dekan Electrical Eng ada bagi opening speech. So, she talks a lot about her Master and PhD's experiences. Tapi, apa yg dapat dirumuskan, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun Allah menentukan segalanya. Kadang2 kita da buat elok punya projek tuh, tetiba masa nak present, hampehhh. Time nak print thesis, tetiba ilang plak filenye. So, she tells us her secret on how to handle this thing. Solat sunat dhuha.
Iye, percayalah, kata beliau, kalo selalu buat solat sunat dhuha ini, insyaAllah, semuanya akan dipermudahkan. Selalunya, bila kte wat solat sunat dhuha ni, kita akan minta perkara jangka panjang, cthnye semoga dipermudahkan rezeki, dipanjangkan umur etc. Tapi, beliau kadang2 sebelum berjumpa supervisor, beliau buat solat sunat nih, dan berdoa khas semoga dipermudahkan urusan dengan SV nya.
So, ai pun mengambil iktibar dari cerita beliau dan mulakan melakukan solat sunat dhuha nih. Alhamdulillah, nampaknya jalan2 hidup semakin dipermudahkan. Seriously, sebelum nih, saya x nampak benda2 nih, namun skang ia sudah jelas. Kadang2, kita boleh menyerahkan segalanya kepada yang Esa dan insyaAllah semuanya berjalan lancar.
Erm, apa yang ai rasa berdasarkan apa yg ai lalui. Semenjak mendapat tawaran scholar tuh, im really put my life in jeopardy. Sangat bergantung kepada scholar ni utk masa depan. Sanggup tolak tawaran yang lain. But, langit tak selalunya cerah kan??? Ada lah problem sket ngan scholar nih, besalah, macam2 kena submit. Lambat lah sket dpt scholar tuh. So, starting Aug 2009, just after im quitting my permanent job as a lecturer at IUCTT, macam2 jadi.
Masa tu rasanya ai ni tinggal sorang2. Huhhh, nak nanges. Kena amik IELTS, siapkan proposal, search universiti mana nak pilih. Sib baik dalam negara je, kalo obersea. So, masa ni lah ai sgt2 bergantung kepada yang Esa. Amik IELTS without attending the classes <--- dapat tujuh weh, prepare proposal and berharap proposal tak kena tendang. Turun naik UM and kono bambu ngan SV. Nanges. Namun, setelah mengamalkan solat sunat nih, alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Sangat jelas rahmat yang diturunkan Nya kepada ai. Sangat2 bersyukur.
Wah, tetiba jadi sesi meluahkan perasaan. Apa2 pun, ai sgt bersyukur kerana dilimpahkan rahmatNya. Alhamdulillah. TQ gak kat my parent yg pening tgk karenah anaknya ini. Owh, kawan2 yg ada kat sisi ai masa ai pening2. Trimasss banyak2. Korang lah kawan dunia akhirat. Dan korang yang baca nih, huhuhuhu, mesti pening kepala kan. Huks3...
Kalau nak tahu pasal solat sunat dhuha nih, yok lawati laman sesawang ini.
Mood:~yok wat solat sunat dhuha ramai2~
3 comments:
dhuha memang baik untuk kita. sebab salah satu kelebihannya adalah, Allah swt membukan pintu rezeki buat kita :)
betul tuh ..amalkan la solat dhuha ye..ia salah satu pembuka rezeki ..insyaallah
hie la.
mmg slalu nak buat.
tapi jatidiri masih tak kuat. haish.
moga2 amik iktibar.
Post a Comment