Tuesday, October 6, 2015

Ho Chi Minh Day 1

Day 1: KUL-SGN
Berlepas dari KLIA jam 8pm dengan Vietnam Airlines. Kenapa pilih Vietnam Airlines? Sebab nak pergi Vietnam, kenalah guna Vietnam Airlines. Haha. Taklah. Sebab En SkyScanner bgtau Vietnam Airlines paling murah. Book via PYO Travel. RM319 return. Air Asia kalau tak silap RM328. Tapi Vietnam Airlines dah termasuk bagasi 30kg, meals. So, Vietnam Airlines lebih berbaloi.

Dlm flight, duk terjenguk2, mana Arrival Visa card yang nak kena isi. Kali ni dah siap2 bawa pen. Tapi sampai ke sudah, takde sape bagi. Sampai airport, nampak org berkumpul ramai2 mengisi borang. Alorrr, malasnya. Tapi, dah kenapa semua yg blonde2 je mengisi borang. Ooo, rupa2nya, Malaysian TIDAK PERLU isi borang Arrival Visa card tu. Jiyeahhh.

Oman n me.

Sebelum keluar airport, cari teksi dlm airport. Lebih terjamin katanya. Pilih yg kaunter warna merah. Kenapa? Sebab yg jaga tu elok. Hahahhaa. Harga dr Airport ke City Centre (District 1) VND220,000 (RM44). Agak sedikit mahal. Boleh dpt lagi rendah. Cuma jangan amik sebarangan teksi kat luar tu. Ada yg kena ketuk sampai VND1,000,000 (RM200).

Sampailah ke Hello Hotel. Kat backpackers area. Kisahnya, ada org suggest Hello Hotel. Gigih lah cari kat Booking.com. Baca review, score 8++. Tgk kat map cam dekat je ngan Ben Tanh Market. SEJENGKAL je. So, rasanya dah betul lah dgn apa yg di describe oleh pihak pencadang. Harga Ok, dekat dgn Ben Tanh, bersih, good review. Bila teksi stop, kena lalu lorong tikus, dlm 200m. Mula dah sangsi, betulkah? Bila sampai, lega, sebab hotel cantik, bersih, kemas. Esoknya ke Ben Tanh, baru tahu rupanya SALAH hotel. Hahahaha. Rupanya, hotel pihak pencadang adalah Halo Hotel. Patutlah pihak pencadang kata turun geguling, dah sampai Ben Tanh. Kitorang peluh ketiak 15 min jalan baru sampai ke Ben Tanh. Hahahahahaha...


=Hello Hotel, USD23 (RM100/nite)=
*eh, takde pic bilik plak...

Sampai hotel dalam kul 10pm. Gedebak gedebuk kejap. Kuar jalan2. Hello Hotel kat area backpackers. Byk club and bar. So, meriah lah waktu malam. Kena hati2 sket. Terutamanya dengan geng2 basikal berloceng. Awas semua dengan mereka.
 

Terbayang imej yang bakal terhasil begitu seni. Namun oleh kerana terlalu gebu, lain plak jadinya. Hahahhaha...



Ok, begitu meriah. Malam jumaat ni. Tak kerja ke esok? Mungkin malam jumaat malam bersuka ria? Balik hostel, rehat2, esok nak jalan2 kat Ben Tanh Market. Camna lah ghupanya merket tu ye...?

mood:~awas dengan abam loceng~


No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...