Ok, mari jalan2 di hari ketiga. Rancangan asal nak ke Chu Chi Tunnel. Tapi oleh kerana kesan2 depress akibat tour kat Killing Field, Phnom Penh berbulan2 lepas masih ada, maka mission aborted. Mari berjalan2 ke muzium, cathedral (*di baca: tempat2 percuma utk dilawati).
Tempat pertama, mari ke Muzium. Yeah.
Lihat. Teruja tak? Tgk buah2an yang begitu berwarna warni. Rasanya tu buah Nona. Lama x makan buah Nona. Nano Nano perisa buah biasalah makan. Tak beli pun. Dah beli buah2 potong tu. Kang makan buah2an byk sgt, mendorong keberriesan yang berterusan pulak.
Singgah kat Park kejap. Besar gak taman ni. Dekat tgh2 bandar Ho Chi Minh. Rasanya sehari sebelum ada sambutan kemerdekaan kot. Nampak ada pentas. Patutlah meriah malam2 sebelumnya. Mungkin cuti umum. Kitorang ni memang suka pergi bercuti time cuti2 umum. Masa g Korea tahun lepas, terpergi masa cuti umum, jenuh lah bersesak2 nak ke Pulau Nami. Mihihihi.
Tgk kumpulan pelajar ni. Ingatkan tgh berdemo ke apa. Pelik jugak. Mana tahu, rupa2nya tgh practice dikir barat ke apa. Tetiba haaa haaa haaa. Lepas usha beberapa minit, rupa2 nya diorang tgh belajar Bahasa Inggeris. Apa yang diorang buat, diorang akan grab mana2 tourist yang lalu, then berbual2 dengan diorang. Topik perbualan mungkin yang santai, mencari peluang utk berbual2 dalam Bahasa Inggeris. Tapi... Kenapa tak panggil I? Mungkin wajah mirip local sangat. Oooo, kebanyakan org yang menyapa I, diorang igt I dr Filipina. Dantes sangat ke muka I???
Lawatan ke muzium pertama. Museum of Ho Chi Minh City. Nampak tak penggunaa perkataan pertama tu, maksudnya ada rancangan nak pergi beberapa muzium. Kalau laratlah. Di dalam muzium ni, boleh belajar tentang sejarah tentang Ho Chi Minh. Rupa2 nya sudah beberapa kali city ini bertukar nama. Kalau tak silap, salah satu nya Saigon.
Acah2 seni. Muahahhaha.
Tujuan pic ini di post adalah kerana ingin tunjukkan bahawa pandainya I amik gambar. Hahahahhahha...
One of the big cathedral yang ada. Snap pic dari jauh. Sebab???? Panas, dah tak larat. Cehhhh, dasar. Kesimpulannya, boleh je jalan2 area city dgn berjalan kaki. Berpeluh keti lah sikit, tapi boleh je. Tak payah nak amik teksi, nak amik tour kot. Bertambahlah sikit bakaran kalori, asyik makan je kan. Ooo, kalau nak naik teksi, silalan naik Vinasun. Boleh dipercayai, guna meter. Tapi kalau driver nak menipu, tak boleh buat apa2. Download offline maps seperti HERE. Dari situ, kita tahu kot2 driver nak menipu ke apa.
Kopi Vietnam, yang digilai itu. Di mana2 boleh dpt. Tepi jalan, depan jalan, tengah jalan, dalam kedai, luar kedai. Kopi dalam pic ni masa minum tepi2 kafe sebelah hostel. Di samping kopi yang sedap, wifi jua laju di sini. Muehehhe.
Jangan lupa pesan makanan halal kalau naik Vietnam Airlines. Bolehlah makan tanpa ragu2. Tapi hari tu, kitorang beli tiket thru PYO Travel. So, depa dah book kan makan halal siap2.
Keseluruhan, trip ke HCM best. Cuma agak rasa tak selamat sikit. Tapi, siapa kaki shopping, memang best lah. Dapat mcm2 dengan harga agak murah. Harga tak lah murah sgt, tapi ok lah. Nah belanja satu pic...
Cantik tak tie???
mood:~kring kring kringg~
No comments:
Post a Comment