Jom, nak kongsi cerita dari seorang rakan. Begini kisahnya...
Seperti kebiasaan, Ahad adalah hari untuk isi minyak. Untuk mengelakkan perasaan terkemut2 bila jalan tgh jem, lambat nak ke offc, indicator minyak pula mula terkelip2 umpama lampu disko. Jadinya, selepas melantak nasi lemak serta roti canai telor goyang (asalnya nak makan roti bakar je), marilah kita ke bhp berdekatan.
Dalam perjalanan, elok2 sebelum sampai kat stesen minyak, nampak ada seorang uncle, duduk tepi jalan, di bawah sinar mentari. Hanya beralaskan surat khabar, berbaju lusuh sedang enak menikmati sebungkus nasi lemak (ke nasi dagang, ke nasi putih lauk ayam). Di kiri kanan penuh tin2, botol2 plastik yang dikutipnya. Nampak seperti gelandangan. Uncle sedang bersarapan mungkin. Sayu je hati. Terus pasang niat nak belikan air mineral lah utk uncle tu.
Sampai bhp, g bayar, beli 2 botol mineral water (amik yang sejuk, sian uncle tu kepanasan) tusukkan nozzle ke tangki minyak, g berlari2 anak ke uncle tu. Sampai ke kat uncle tu, serahkan mineral water. Tiba2 (jengjengjeng, lagu sayu2, angin menderu2, rambut manja2 bertebaran, mode slo-mo activated)...
"Ehh, adik. Jom. Breakfast dengan uncle. Ada nasi lemak ni. Sini sini."
Laju je tangan tu uncle tu ambil nasi, nak suap. Nak menitis air mata. Mungkin itulah sahaja makanan yang dia ada, tapi dia tanpa fikir panjang nak kongsi sama2 rezeki. Tanpa berfikir sesaat pun, nampak ikhlas nak suapkan nasi lemak tu.
Masa tu, nak menitis air mata. Kita yang jauh lebih cukup berbanding uncle tu, berkira nak kongsi rezeki. Rasa bersalah sangat. Sungguh besar jiwa uncle tu. Malu dekat diri sendiri. Lepas isi minyak, naik kereta, jatuh gak lah airmata.
Satu kisah yang kecil, besar impaknya...
No comments:
Post a Comment