Bersempena cuti Hari Malaysia tempoh hari, kami berkesempatan bercuti ke Pulau Pangkor. Trip 2 hari 1 malam ni bertemakan 'Ke Arah Cuti Bermalas-malasan'. Memang tiada aktiviti dirancang. Hanyalah berehat, makan dan sambung kembali rehat. Haha.
Semak kat booking.com, baca review, maka kami bersetuju memilih Anjungan Beach Resort, Teluk Nipah. Family room, untuk 4 orang, RM363 (RM385, termasuk tax). Kami book di booking.com. Senang guna booking.com, tak perlu bayar semasa nak book dan boleh batalkan penempahan secara percuma (dengan terma dan syarat tertentu).
Jeng jeng. Dah sampai. Cantik!!! Macam mana dalam booking.com, macam itulah yang kita nampak. Tak sabar nak check in. Terus ke kaunter, kakak manis kata jam 2pm baru boleh check in. Alaa, baru pukul 12pm. Kena tunggu kejap lah ni.
Baru nak connect dgn wifi (oh, ya. Line Digi agak sedih. Maxis ok. 4g lagi), tiba-tiba kakak receptionist kata ada bilik kosong. Boleh check in terus ya. Yeayyyy. Tak sabar nak golek2 atas katil, aircond full blast. Panas oitttt.
Katil double bahagian bawah bilik. Ada balkoni. Boleh lah lepak-lepak sambil wewitt kejiranan. Nampak tak set kerusi meja buluh zaman kakzianamariamarianana? Terus angkut ke balkoni agar sesi perwewitan berjalan dengan lebih lancar. Wewitttt...
Bilik luas. Selesa. Berbaloi dengan apa yang dibayar. Tujuan utama bercuti kali ini pun nak berehat-rehat. Maka sesuai lah bilik ini untuk kami.
Ni tangga menuju bahagian atas bilik. Tangga agak curam. Dilarang berleseran di anak tangga dengan berkain labuh. Dikhuatiri percutian berakhir di katil hospital. Terus pembahagian kawasan dijalankan. Dua orang di atas, dua orang di bawah. Maka sesi berguling-gulingan dapat berjalan dengan selesanya.
Bila bercuti di pulau ni, air mineral antara satu keperluan. Haus memanjang. Ada disediakan 4 botol air mineral 500ml. Sorang satu. Makanya kena bajet-bajet sikit. Namun, masa nak keluar jalan-jalan petang tu, terserempak dengan kakak cleaner, maka marilah kita cuba minta air mineral extra. Rupa-rupanya, bekalan air mineral (serta nescafe, tea) adalah tidak terhad. Boleh request je bila-bila masa. Yeaaayyy.
Ni dua katil single kat atas. Luas kan. Bahagian bawah pun luas. Selesa. Kalau bawa toto narita corakbelangharimaubelahluarcorakpetakpetakbelahdalam, boleh bertambah lagi ahli. Wifi agak tangisan dalam kerinduan. Nak signal wifi yang kuat, kena pergi di lobi/kafe. Pengguna Maxis jangan risau, signal 4G di sini. Yaribaaaa...
Menu sarapan pun menarik. Tidaklah semeriah bufet hotel-hotel lain. Mencukupi. Nasi lemak bungkus sedap. Oleh kerana semua ambil satu, segan pula nak tambah lagi. Haha. Ada pancake, pau, bijiran sarapan, roti bakar, kuew teow goreng. Mencukupilah.
Kolam renang pun memuaskan. Cukup besar untuk mandi-manda. Malas nak mandi air laut (dibaca: takut sunburn, sia-sialah usaha mengoles produk penjagaan wajah), mandi kolam pun ok. Disebabkan lokasi kolam renang sangat dekat dengan bilik, maka nak mandi-manda pun senang. kalau sesiapa yang dapat bilik bawah, buka sliding door, guling2 terus masuk kolam. Haha.
Resort ni sangat dekat dengan gerai-gerai makanan. Keluar pintu, terus berderet-deret gerai makanan. Kalau keluar waktu petang, boleh makan goreng-gorengan sambil ditiup bayu Laut China Selatan. Kami sempat mencuba murtabak mini, laksa, char kuew teow, cekodok pisang (eh, macam banyak pula makan). Makan malam, boleh pilih pakej2 makanan laut di gerai-gerai yang ada. Kami ambil set untuk 5 orang (walau kami berempat), ada siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar, tomyam (sesat, tak sampai2). Harga RM70 (jadi RM65 sebab tomyam telah hilang ditelan zaman).
Keseluruhan, Anjungan Beach Resort best. Harga agak mahal (tapi berbaloi) kalau dibandingkan dengan tempat penginapan yang berhampiran. Kalau nak bawa keluarga, bersantai selesa. Sangat disyorkan menginap di sini.
belanja satu...
mood:~Pergi pulau, tapi air masin sekalipun tak jejak. Hahahhaa. Dasar....~
1 comment:
Betul, sangat setuju menginap di sini.
Post a Comment