Friday, June 23, 2023

Umrah Ramadan Syawal 2023 - Part 02


Assalamualaikum semua. Kalau dah berada di Madinah, mesti ada yang tak nak lepaskan peluang makann ikan siakap goreng dan kambing bakar. Alhamdulillah, kami berkesempatan menikmati juadah itu bersama dengan mutawwif kami, Ustaz Halim. Ya rabbi, lupa pula nama tempat. Kami naik teksi ke sana. Sedap ikan dan kambing selambak di atas meja. 


Oh ya, sepanjang kami di Madinah, makanan berbungkus disediakan. Jadi makanan berbuka dan sahur akan di hantar ke bilik. Rutin kami, berbuka di masjid (seronok sungguh pengalaman), kemudian pulang ke hotel, jamah makanan berbuka. Untuk sahur, selalunya selepas qiamullail kami pulang ke hotel sebentar untuk jamah hidangan sahur. Begitulah. Agaknya sebab tu, rahang muka jelas kelihatan sepanjang berada di sana. Hiks. 

Sepanjang di Madinah, boleh dikatakan paling lama kami sempat tidur dalam 3 jam. Yang lain, kami ziarah dan iktikaf di masjid. Pernah sekali kami stay daripada Zuhur sehingga waktu berbuka. Eh, lupa nak kenalkan kami bertiga. En Khalid, seorang mutawwif juga. Cuma kali ini, datang sebagai jemaah. Sangat banyak membantu kami semua. Antara satu asbab, urusan umrah pertama kali ni, sangat dipermudah dan tak ada masalah-masalah besar. Alhamdulillah. Seterusnya, Che Mad. Jemaah yang bawa sehelai persalinan berbeza bagi setiap hari di Madinah dan Mekah. Tukang rempuh jalan, sangat membantu saya yang terhegeh-hegeh ini. Terima kaseh En Khalid dan Che Mad. 


Aktiviti ziarah semasa di Madinah kami terhadkan. Jemaah berpuasa, jadi masing-masing nak kumpul tenaga mungkin. Namun, Titim Travel susunkan jadual untuk tiga kali menziarahi Masjid Quba dan kami sempat juga singgah telaga Ghars. Sejarah telaga ini adalah airnya digunakan untuk memandikan jenazah baginda Rasulullah sebelum dimakamkan. Ini juga adalah permintaan daripada baginda. Rancangannya hendak merasa air daripada telaga ini, namun bukan rezeki kami, pam rosak pada hari itu. Dapat melawat kawasan telaga ini pun dah cukup bagi kami. 


Bergambar di depan telaga Ghars. Nak ambil air, tak perlu cedok daripada telaga, dah ada sistem pam air. Cuma tak ada rezeki, pam rosak masa kami ke sana.


Kawasan di belakang telaga. Ada ruang untuk melakukan solat. 

Eh, sebelum terlupa, nak cerita pasal kisah beg kuning Titim dan Raudah. Macam yang diceritakan, senang nak cam jemaah Titim. Nampak jemaah yang jinjing beg kuning, haaaa geng Titim.  Semua sedia maklumkan, kalau hendak memasuki kawasan Raudah, perlu ada permit daripada apps Nusuk. Ada seorang jemaah wanita. Makcik berusia juga. Dia terpisah dengan kawan, dan sesat keluar di pintu lain. Tak bawa handphone, dan permit Nusuk ada dipegang kawannya. Resahlah makcik tu. Macam mana nak masuk Raudah ni. Makcik tu teruskan beratur, masa askar nak check apps, dia beritahu yang dia jemaah Malaysia dan tunjukkan beg kuning tu. Kebesaran Allah, lepas! Bukan sekali, dua kali rezeki dapat ke Raudah. Alhamdulillah. Masa makcik tu cerita, kami tanya lah macam mana jadi macam tu. Dia pun tak tahu, cuma dia daripada Malaysia lagi berdoa tak henti-henti nak masuk Raudah. Jadi gais, doa dan terus berdoalah. Jangan putus asa. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa. Jom doa untuk sama-sama dipermudah urusan dan dijemput menjadi tetamu Allah di sana. 


Selingan: kita ni excited lah nak pakai serban tu, Siap beli warna hitam, yang lain sikit. Sekali tersalah pakai, ada pakcik yang panggil, dan tolong betulkan. Kita jumpa di part seterusnya. Daaaa...

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...