Friday, June 16, 2023

Umrah Ramadan Syawal 2023



Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Menginjak 40an, baru berpeluang menunaikan umrah. Sungguh, semua urusan amatlah dipermudahkan. Tak ada ya sebarang Mastika berlaku. Kami menziarahi Madinah dahulu. Berkesempatan raya di Madinah. Raya kedua, baru kami bergerak ke Mekah.
(disclaimer: sebarang perkongsian fakta adalah berdasarkan fakta dan pengetahuan saya sendiri. Kalau ada yang bercanggah, mohon disemak semula ya. Tq)
Antara ciri-ciri pertama kali menjalani umrah - bersemangat pakai jubah. 

Sampai sahaja di Madinah, seusai check in, segarkan badan dan terus ke Masjid. Oh sebelum tu, kami bertolak dari KLIA jam 4 petang dan berbuka dalam flight dalam jam 10.30 malam. Kami stay di hotel LouLoat Al Madinah. Berdekatan pintu 319, Masjid Al Ghomamah (masjid burung). Jadi agak kejauhan dari jemaah Malaysia yang lain. Tapi yang seronoknya, dekat dengan tempat ambil air zamzam secara pukal dan kami memang akan melintas makam Rasulullah setiap kali nak memasuki ruang masjid. Paling seronok, jauh dari tempat shopping. Adalah 2 3 kedai. Jadi, nafsu shopping tak membuak-buak. 


Wajah excited selepas qiamullail. Penat lelah tolak ke tepi. Semangat membara lain macam. 


Inilah Masjid Al Ghomamah, berdekatan pintu 319. Sebenarnya nak ambil gambar burung-burung berterbangan. Yes, itulah beg hijau TITIM yang mudah nak nampak dari kejauhan. Senang nak cari geng.

Ok, sambung. Lepas check in, terus ke masjid, dapat lah join Qiamullail. Iktikaf sampai ke Subuh dan terus melawat makam Rasulullah dan Pekuburan Baqi'. Lepas tu, qada' tidur sekejap. Kebanyakan masa kami beriktikaf sambil menanti waktu solat. Tenangnya hati. Boleh luangkan masa melakukan ibadah, tambahan pula dengan ganjaran yang berlipat ganda. Bulan Ramadan, di Masjid Nabawi, bumi Madinah. Keseronokan dan kemanisan tak dapat digambarkan. Dapat pula merasai pengalaman berbuka puasa. Tak sangka boleh sahaja berbuka puasa dengan kurma, yogurt dan roti. Hurm, kat sini, selagi tak ada dua tiga lauk masa berbuka, tak sah. Huhu.


Perkuburan Baqi'. Masa ni sejuk di Madinah. Ramai yang pesan pakai stokin.


Inilah dia juadah berbuka di masjid. Roti, yogurt, kurma, air mineral.  Kebetulan hari pertama, rezeki dapat air zam zam dalam botol. Untuk yogurt, kita kena goncang dulu sebelum makan. Kita tak tahu, haaa berketul-ketul lah yogurt tu. Ada disediakan paket rempah (rasa mucam rempah kurma), kalau suka boleh tambah. En Khalid pesan, suruh kopek-kopek kan kurma dan campur sekali dalam yogurt. Sedap!

Oh ya, kami pergi bersama Titim Travel. Beg sandang hijau, beg selipar kuning. Haaa, senang kau nak cari geng di sebalik lautan manusia. Oh, beg selipar adalah satu aksesori yang wajib di bawa. Skil memasukkan selipar sambil berjalan amatlah berguna. Di sana, semua berpusu-pusu nak masuk ke dalam masjid. Kita stop jalan sekejap, ada kemungkinan akan dirempuh jemaah yang lain. Eh, ada cerita ajaib mengenai beg selipar kuning Titim Travel ni. Berkenaan dengan Raudah-Nusuk. Nanti kita cerita eh. 


Utk ziarah di Madinah, kami di bawa ke Masjid Quba. Masjid yang diasaskan oleh Rasulullah ini berdekatan sahaja daripada Masjid Nabawi. Malah ada Quba Street, jemaah boleh melalui jalan yang telah dibangunkan untuk ke masjid ini. Tapi kami naik bas, tahu pasal Quba Street ni pun masa nak gerak ke Mekah. Mungkin Allah nak lindungi kami dari terjebak dengan acara shopping di sepanjang Quba Street ini. Bagi sesiapa yang sedia berwuduk dan menuju ke Masjid Quba lalu melakukan solat sunat 2 rakaat di Masid Quba, ganjaran pahala adalah seperti melakukan umrah. Inilah kemanisan yang saya katakan tadi, ganjaran berlipat ganda di bumi Madinah ini. 

Berfoto di Masjid Quba. 

Kredit kepada jurugambar, En Khalid yang tak jemu-jemu snap gambar untuk kenangan. 99% gambar yang saya kongsi memang hasil kerja tangan En Khalid. Banyak sangat gambar & video yang cantik-cantik. 

Dari kiri: En Khalid, saya, Che Mad

Kita sambung nanti eh. Oh, pakej umrah saya daripada TITIM Travel. 17/4/23 - 29/4/23 (RM7,590)

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...