Friday, October 20, 2023

Pinto Coffee+ Janda Baik, Pahang

Assalamualaikum semua. Episod kali ini nak cerita pasal kafe Pinto Coffee+ kat Janda Baik, Pahang. Hujung minggu haritu sempat kami healing di Janda Baik. Sorang kawan roger, lepas tu semua on. Teruslah kami ke sana. Lepas kerja Sabtu, kumpul di Stesen LRT Gombak, park kereta kat situ, kami gerak satu kereta ke sana. 

Rasanya dah glamer pun kafe ni kat Janda Baik. Ingat lagi awal-awal kafe ni dibuka. Excited tiba-tiba ada kafe sejenis ini di celah-celah rimba Janda Baik. Bila cerita dan tunjuk gambar kat orang lain, semua macam, eh seriouslah??? Ada kafe macam ni kat sana. 


Tiga cawan cappucino dan segelas coklat panas. Ada dua jenis biji kopi. Satu yang memang ditanam di Janda Baik. Satu lagi import daripada mana ntah, lupa. Haha. Oh, Masa nak naik atas menuju ke kafe, memang akan nampak pokok-pokok kopi yang ditanam. Teringat kenangan semasa kecil, kat kampung memang atuk dan nenek tanam pokok kopi. Daun pokok kopi lebar. Jadi dah jadi aktiviti cucu-cucu semua bersihkan dauan gugur guna penyucuk. 


Konsep kayu-kayuan dengan bumbung yang sangat tinggi. Jadi kau nak borak kuat-kuat ke, nak gelak-gelak healing ke, tak lah terasa bergema. Eh, tapi penting tau dapat jumpa kawan-kawan. Tukar cerita. Cerita masalah masing-masing. Walau bukan boleh bagi solution, tapi dapat luahkan, dengar cerita orang lain, buat kita lega dan update pasal diri masing-masing. 


Tak tak tak. Kitorang tak buat pun amalan membaca kat kafe hari tu. Yelah, kami berempat, macam-macam cerita. Tak masuk lagi sesiapa yang tak join. Pun akan kami update kisah diorang. Cuma bezanya, kalau siapa yang tak join, tak dapat nak defend cerita masing-masing. Haha. 


Kot korang nak letak gambar sendiri, korang bawa siap-siap gambar dengan frame sendiri. Pastu cuba tanya owner, nak gantung gambar saya boleh tak?


Rangkaian kek yang ada. Eh, ada cempedak cheescake tau. Tapi sebabkan kitorang seludup cempedak goreng, makanya kitorang beli kek lain. 


Kitorang sebat carrotcake dengan chocolate cake. Sedap. Gebu. Jadi kalau korang ke Janda Baik, singgahlah Pinto Coffee+ ya. 

Psss: dengar cerita nak naik Genting nanti ada tol eh? Alaaaaa...

Monday, October 9, 2023

Pulau Ketam Ogos 2023. Merdeka!!!

Assalamualaikum!

 Anda pernah ke Pulau Ketam? Inginkan aktiviti riadah dalam kawasan Lembah Klang? Ya, marilah semua ke Pulau Ketam. Sempoi beb. Siap naik feri tau. Feeling sangat! Ahli trip kali ini; Kak Min, Mommeh, Oman & Kiki. Korang tekalah sendiri, mana Oman, mana Mommeh, mana Kiki dan juga mana Kak Min. Hahahahaa.

Sempena menyambut kemerdekaan hari tu, plan nak ke Port Dickson. Namun, harga hotel melampau, lantas ada yang bagi idea ke Pulau Ketam. Bila kau nak berjalan-jalan, tapi public holiday jatuh hari Khamis. Cuti kau pula dah habis. Makanya, Pulau Ketam adalah salah satu destinasi yang tepat. Ayuh!!!

Terletak berhampiran Port Klang. Paling mudah, naik komuter, turun kat stesen terakhir, Port Klang. Terus sampai jeti. Kalau nak naik feri yang berhawa dingin sila beli tiket feri Alibaba. Ada perkhidmatan feri yang lain, tak pasti sama ada feri tu ada aircond ke tak. Alibaba ni, nak naik dek atas pun boleh, namun apalah gunanya pendingin hawa yang disediakan kalau tak kita duduk menghayatinya. Oh, harga tiket RM20.00 pergi balik. Kalau ada RM10.00 je, makanya Pergi Tak Kembali lah dikau. 

Tajuknya, bila kau travel di usia atas 40 tahun. Maka, jalan 10 minit, rehat makan 30 minit.  Begitulah. Sampai je, jalan-jalan sekejap, nampak gerai depan surau. Berhenti minum dan kudap. Oleh kerana birthday baru je berlalu sehari sebelum trip, maka kita celebrate lah sambil makan-makan kek. Oh, ini bukan surprise celebration. Sebabnya, yang tolong bawa kek tu diri sendiri. Hahahhahaa.

Tak pasti kenapa kaki tu terkepit-kepit. Ah, lantaklah. Happy Belated Birthday to me. Kek sangat sedap ya. Maybe sebab kepanasan dan lapar. Lapar? Padahal sebelum  naik feri dah breakfast lontong semua. Begitulah kan, lapar senantiasa. Banyak cacing ni. 

Pulau Ketam ini sebenarnya kawasan kediaman. Dalam 30 minit, kita dah habis pusing pulau. Macam kita jalan-jalan atas perkampungan atas air. Jangan nak imagine macam Pulau Pangkor pula. Macam kita masuk satu kawasan perumahan atau perkampungan atas air. Kita jalan-jalan depan rumah orang. Lalu pekan (lebih kepada kawasan makan-makan dan jualan runcit), masuk lorong-lorong rumah orang. 

Cuaca panas hari tu. Perpeluhan amatlah ketara. Jangan nak pakai rambu ramba sangat. Ada yang orang menggelitat kepanasan nanti. Oh, kalau nak shopping produk makanan laut, berbaloi. Udang kering kat sini, gemuk-gemuk. Ada jual juga ikan masin dan barang-barang lain. I tak membeli lah. Ikan bilis kat peti ais tu, dah nak membesar jadi ikan dewasa rasanya. Kalaulah arwah ikan bilis tu jumpa roh kawan-kawan dia, mesti diorang macam; eh ko kat peti ais lagi? Tak tenteram roh kau ye. 

Mesti tuan rumah macam; eh kau kenapa dik, nak kepak-kepak tangan depan rumah aku. Kesimpulan trip ke Pulau Ketam ini, sesuai untuk sesiapa nak rasai kelainan berhujung minggu. Nak naik feri, beli belah makanan laut. Nak have fun dengan kawan-kawan. Sesuai. Tak sampai separuh hari, settle dah trip ni. Dekat pun dekat. Jangan nak ngada-ngada pula nak overnight kat sana. Takut kebosanan. 

Oh, singgah rumah Oman sebelum ke rumah masing-masing. Cantik betul rumah dia. Nanti kita buat house tour ya. Mesti semua tergamam. Akhir kata....

Pibedai. Sekian.

e-Latih

Assalamualaikum semua. Eh, tahukah ada kursus secara online secara percuma untuk anda semua. Ya, percuma. Siapa tak suka benda percuma ni ka...