Tuesday, February 4, 2025

Staycation Pulau Pinang @ Maritime Luxury Suites

 Assalamualaikum semua. Hujung minggu lepas, sempat lah kita ke Pulau Pinang utk short 2D1N staycation. Buat kerja gila juga lah, bercuti masa cuti raya cina dan cuti sekolah. Alhamdulillah, trafik tak terus sepanjang perjalanan pergi dan balik. Kali ni nak kongsi tempat yang kami stay bermalam di sana. 


Maritime Luxury Suites. Dekat Persiaran Karpal Singh. Tengok kat website Booking.com, cantik. Macam tak percaya. Boleh search 'Maritime Suites Holiday'. Harga pula lebih kurang RM500++. Sekali sampai, tadaaa.


Cantik!!! Dua tingkat. Kat bawah ada satu bilik (2 bunk beds + 1 tilam extra), tingkat atas (2 queen bed). Boleh masuk min 9 orang. Saiz bilik besar dan sangat selesa. Boleh muat 2-3 family ni. 


Tingkap kaca setinggi-tinggi bilik tu. Masa tengah lepak-lepak, sempat fikir, macam mana eh nak tukar langsir. tinggi nau. Mesti tertanya-tanya, tak panas ke? Kat unit ni, aircond kat living hall besar kot HP nya. Sekejap je nak sejuk. Jadi, sepanjang 2D1N kat sana, memang sejuk. 


Dah plan nak staycation dengan family. Kalau ada rezeki. Ruang selesa untuk family. Cuma mungkin boleh cari unit yang bilik bawah tu bukan bunk bed. 


Boleh hai hai dari bilik atas. Tapi tangga tu mengah sikit lah nak naik. Haha. Walau ada bilik kat bawah tu, end up berdua tidur kat living hall, dua lagi tidur kat atas. 


Yang mana lutut dah krek keriut tu, mohon hati-hati ya. 


Deko best, saiz best, seronok lah. Cuma TV tu mcm kecik sikit lah. Tapi tak ada kesan sangat lah. Sebab bila berkumpul macam ni, banyak nak kena update. Pasal diri masing-masing, pasal kawan-kawan yang tak ikut lagi. Banyak lah topik. 


Sebenarnya nampak Jambatan Pulau Pinang. Tapi agak berkabus. Cuaca tak elok sangat kot. Tapi puas lah dapat tingkap seluas ni. Kat bawah tu malam-malam ramai yang akan melepak tepi pantai. Oh, kat bawah tu, banyak coffee shop. Coffee Bean, Zus, Starbucks, Family Mart. Dan ada Cafe Amazon. Tak tau pula Cafe Amazon dah masuk Malaysia. 

Kesimpulannya, berbaloi stay kat sini. Kalau setakat 6-8 orang, memang selesa. Lebih daripada tu pun masih selesa. Ada dua toilet, jadi tak berebut nak guna toilet. Unit ni ada sediakan microwave, water kettle, firdge, induction cooker dan tap water filter. 

Location wise pun ok. Dekat dengan Nasi Kandar Deen Maju. Nak ke town pun dalam 3-4 km. Strategik. Jadi, boleh lah stay sini, lebih-lebih lagi kalau ramai. Seronok boleh stay dalam satu unit yg sama. 

Ok jumpa lagi nanti (maybe tahun depan, haha...)

No comments:

Staycation Pulau Pinang @ Maritime Luxury Suites

 Assalamualaikum semua. Hujung minggu lepas, sempat lah kita ke Pulau Pinang utk short 2D1N staycation. Buat kerja gila juga lah, bercuti ma...