Showing posts with label Wedding Planner. Show all posts
Showing posts with label Wedding Planner. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

Wedding - Irfan & Fiza, KomBeS Paroi

Moh kita kerja lagi. Kali ni kita ke Kombes, Paroi, Negeri Sembilan. Mula2 dengar wedding kat Kombes, jenuhlah duk fikir, apakah itu Kombes? Kombat? Kombo? KFC Kombo A? Rupa2nya, Kompleks Belia dan Sukan. 

Selalunya berkhidmat untuk team KhalidAhmad. Tapi kali ni, mengerah keringat bersama team Favorsby Eddy. Tema purple2. 

Eh, apa tu? Span2? Hahahaha. Bunga telur tak letak lagi. Orang tua2 kata, tak boleh nak letak bunga telur awal2. Nanti telur masuk angin. Susah nanti. Eh tak tak. Petua itu tipu semata2. Tiada kena mengena dengan hidup dan yang mati. 

Bunga2 di meja makan beradab.

Tadaaaa. Pasangan mempelai bersama tetamu vvip, DS Perdana Menteri bersama plus one nya. Manis je masing2. 

Huihhh. Kalau event melibatkan orang besar2 ni, memang bekerja kerasa lah siapa yang jaga tetamu vip. Nasib keja jaga emcee aritu. So, duk senyum2 bagu q kat emcee je la. Emcee plak dah expert, baru nak angkat kening, dia dah settle kan. Hahahhaha.

Ni haaa. Team utk hari ini. Boss besau Eddy takde, sibuk agih2 kan cenderahati. Tema pakaian, lakaranwarnakehidupan. Colorful masing2. 


Tadaaaa. Nak amik pic dedekat nebes. Kita wefie je lah Datin Seri. 

Tuesday, November 3, 2015

MeorErnie wedding

 Hi. Seperti yang semua sedia maklum. Kadang kala di hujung minggu, adalah kerja sampingan yang akan dilakukan. Antaranya, menjadi sebahagian daripada Coordination Team by KhalidAhmad. Apa je kerja yang dibuat? Asasnya adalah sebagai tenaga kerja menjalankan majlis perkahwinan. Tapi, lebih kepada semasa majlis nikah atau resepsi itu sendiri. Maksudnya, I tak buat gubah2 bunga tu. Tangan tak seni uols. Kang client nak gubah bunga berkonsepkan fantasi, kalau I yang gubah dikhuatiri akan menjadi ala2 suasana selepas peperangan. Mihihihii.


Kali ni di Grand Hyatt, KL. Yang bestnya join team KhalidAhmad ni, dapatlah merasa tinggal kat hotel2 mewah secara percuma. Hehehhe.

Majlis kali ini adalah di antara Meor dan Ernie, #MeorErnie. Ernie adalah kakak kepada Edlin AF. Sama je muka adik beradik. Kadang2 keliru sekejap. Tapi, mereka adik beradik sangatlah berbudi bahasa, dan ramah. Tidaklah rasa seperti kuli bila bekerja dengan mereka. Kadang2 bekerja dengan yang kaya2 nih, angkuh dia lain macam sikit. Tapi diorang tak. Lega sikit nak kerja.

Deko by Nadia. Tapi tak tau ig dia ke. Banyak kali gak KhalidAhmad guna Nadia. Cantik. Nice. Ni deko untuk majlis nikah. Tema purple.


Ahhh, geram tgk bunga gemok2 camni. Copetan copetan...

 

Maaf, pic pengantin tak ada sangat. Tengah bekerja dengan penuh dedikasi ni. Untuk majlis nikah kali ini, I ditugaskan untuk menjaga dulang girls. Manis2 semuanya. Namun, oleh kerana hantaran2 agak berat, sebab fully kaca. Maka gigil2 juga lah masing2 angkat. Tapi Alhamdulillah, semuanya lancar dan selamat.


Semasa majlis resepsi. Tema kipas2 cenggitu. Nampak lereten dress pengantin. Mak aihh. Jeles tau. Takpe, nanti nak buat yang nambelas meter. Biar dah sampai pelamin, tapi dress masih kat pintu masuk lagi. Hahahha.

Untuk majlis resepsi, tugas adalah menjaga pasangan mempelai. Senang. Cuma berhati2 dengan dress bride. Ahamdulillah, semuanya lancar. Senyum je pasangan mempelai. Manis2 buah bak kata org. Eh...


Tadaa, selfie time. Semoga MeorErnie berbahagia selamanya. Mesti comel2 anak diorang. Thanks sekali lagi sebab jadi pasangan bride and groom yang best.  Selamat berbulan madu...

Ooo, kalau ada sesiapa nak khidmat KhalidAhmad and team. Klik je nama dia, I dah link kan ke FB beliau. 

mood:~tazabar nak g cuti~

Jakarta Bandung Mei 2026 - Pine Breeze Loft House, Bandung

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera. Yeay, baru balik bercuti dari Jakarta-Bandung. Berlibur sempena cuti Har...