Sejak akhih-akhir ni, Kod QR (Quick Response) banyak kelihatan di mana-mana. Musim pandemik covid19 ni, nak masuk mana-mana premis kena scan kod QR. Gunakan aplikasi MySejahtera atau mana-mana aplikasi yang sesuai. Penggunaan kod QR sebenarnya memudahkan capaian ke laman web. Tak payah lah nak taip alamat laman web secara manual.
Mudah sebenarnya nak jana kod QR ni. Nampak macam canggih je kalau guna kod QR ni. Bayangkan kalau letak kod QR kat kad nama, nak pergi laman web kita atau mana-mana page, scan sahaja kod QR tu. Nampak macam canggih lah sikit.
1. Layari laman sesawang di bawah:
https://www.qr-code-generator.com/
2. Lepas tu, isilah alamat laman sesawang yang korang nak. Eh, nak letak alamat FB pun boleh. Manalah tahu ada orang nak berkenalan, kau suakan je kod QR tu.
3. Lepas tu, cuba tengok belah kanan, dah ada kod QR untuk alamat yang korang letak. Senang kan.
Extra tips: Eh, korang nak pautkan ke gambar pun boleh. Ni kira teknik berkenalan level atas-atas ni. Ada orang wewiiit wewwitt tepi koridor, tanpa berlengah, pergi kat orang tu, suruh dia scan kod QR untuk gambar korang. Haaaa, menarik tak? Dah, pergi generate kod QR korang.
No comments:
Post a Comment