Thursday, July 3, 2008

Best jadi pensyarah :D

"Ehem.., Ha... apa pandang2 tu? Tiru ye quiz nih"...

Haaaa, itu lah antara kata2 amaran (amaran manja2 gitu) kepada student ku yang disyaki meniru semasa jawab quiz. Garang tak I? Tu yang seronok jadi pensyarah ni. Boleh marah2 orang. Tapi tak kena marah balik. Ahaks. Itu baru sikit, banyak lagi yang best jadi pensyarah.


Herm, apa lagi yang best ye? Ha, kalau kerja lain, diorang kena kerja 8 jam sehari, kalau seminggu 40 jam lah kan. Tapi, kalau lecturer, normally maximum loading hours pun 24 hrs. Maksudnya, dalam seminggu kena ajar 24 jam sahaja. Best kan. Yang lain, boleh lah relaks sikit (eh, tapi kena lah buat revision2 sket). Seronok eh. Jarang lah ku dengar lecturer2 kat sini bising sebab banyak sangat kelas. Enjoy!!!


Satu lagi, best tau masa lecture. Tgk student nyer perangai. Teringat zaman muda2 dulu. Camna kita pura2 tidur depan lecturer. Boleh tahu aaa. Ceh, rupa2 nya lecturer tahu ku tidur dulu. Patutlah markah tak cemerlang sangat. Paling best kalau time ku tanya soalan.

"Anyone???"

Dan dan semua tunduk ala2 sedang menekan kalkulator (padahal soalan pasal definisi). Kelakar lah time tu. Huishhhhh, terimbas memori kenangan dolu2.


Tapi, yang paling penting kenapa jadi lecturer, sebab cikgu ku cakap, jd lecturer ni mulia.
p/s: baru paham kenapa org samakan cikgu ngan lilin. Ahaks.
mood: ~pelangi~

No comments:

Seorang Aina Abdul

Eh, korang dah tengok video temubual Show Dalam Bilik - Aina Abdul ni? Show Dalam Bilik - Aina Abdul I bukanlah peminat tegar AA. Lepas teng...